Sunday, March 2, 2008

ROH UMAT ISLAM

nukilan:MOHD NUR AL SUFI BIN ROMELE

Seringkali kita mendengar pelbagai bahana telah melanda dunia umat islam. Umat islam bagaikan boneka yang dipermainkan untuk menghiburkan dunia. Yang peliknya umat islam sendiri terhibur dengan permainan boneka itu. Yang sudah pasti tukang dalangnya ialah golongan yang ingin menjatuhkan islam iaitu yahudi dan nasrani. Melalui hasutan yahudi dan nasrani inilah golongan yang lain seperti Buddha dan hindu turut berkolaborasi dengan mereka. Tidak lupa juga umat islam yang menjadi zombie mereka turut memainkan peranan yang penting dalam menjadi gunting dalam lipatan umat islam. Wah, betapa hebatnya mereka. Boneka umat islam ini dimainkan dengan perbagai jenis cerita menarik hinggakan dunia tak jemu melihat persembahan mereka. Mereka tak akan berhanti kerana ramai yang melihat persembahan mereka dan mereka mendapat untung yang lumayan. Kenapa ada umat islam ada yang jadi boneka dan ada yang jadi zombie? Bukankah umat islam itu satu? Umat islamkan dibawah satu akidah ynag sama? Kenapa umat islam menjadi boneka? Kenapa umat islam menjadi zombie? Kenapa sampai sebegitu rupa keadaan islam? Marilah kita lihat firman ALLAH dalm surah al-baqarah ayat 120:

“orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikut jalan mereka…”

Kenapa umat islam tidak menentang mereka? Sebenarnya umat islam tidak mampu sekarang. Adapun boneka yang menyedari dirinya dipermainkan mereka tidak mampu berbuat apa-apa. Umat islam sudah kehilangan roh yang sempurna. Apakah roh umat islam? Islam lah roh mereka. Islamlah kekuatan mereka. Roh mereka tidak sempurna jika islam mereka tidak sempurna.Roh yang sempurna dapat dihasilkan dengan mengambil islam secara keseluruhan seperti firman ALLAH dalam surah al-baqarah ayat 208

“ wahai orang-orang yang beriman , masuklah ke dalam islam secara keseluruhan…”

Kesempurnaan roh akan memberikan kekuatan yang luar biasa kepada pemiliknya. Pemiliknya akan mampu menghadapi segala mehnah dan tribulasi tanpa masalah. Seperti mana sahabat rasulullah dahulu, mereka tidak pernah merasa lemah di hadapan manusia dan mereka mampu menguasai dunia, islamlah yang telah memuliakan mereka dihadapan manusia kerana mereka yayin segala sesuatu yang wujud adalan datangnya dari ALLAH. Setiap cabaran dan rintangan yang mereka hadapi adalah merupakan ujian dari ALLAH yang akan menambahkan iman mereka, mematangkan mereka dan menambahkan pengertian mereka tentang hakikat kehidupan yang sebenar.

Firman ALLAH dalam surah al-imran ayat 139-142:
“ janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang beriman. Jika kamu (pada perang uhud ) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum ( kafir) itupun ( pada perang badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa( kejayaan dan kehancuran) itu.kami mempergilirkan antara manusia( agar mereka mendapat pelajaran)dan supaya ALLAH mebezakan orang-orang beriman (dengan orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikan-NYA (gugur sebagai) syuhada’.dan ALLAH tidak menyukai orang-orang yang zalim. Dan agar ALLAH membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang kafir. Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi ALLAH orang-orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang-orang yang bersabar”.

Sebenarnya jelas bagi kita bawa sahabat mempunyai iman yang kental kerana mempunyai roh islam yang tinggi hasil dari tarbiyyah Rasulullah saw.

Sekarang roh umat islam semakin menghilang dan kebanyakannya sudah tiada. Inilah penyebab umat islam menjadi boneka dan zombie. Umat islam akan ikut rentak yang telah di aturkan oleh musuh islam untuk memusnahkan islam kerana tiada pegangan yang kuat. Pendoktrinan memainkan peranan penting dalam menghasilkan zombie(mayat hidup) yang akan membantu musuh islam dalam merealisasikan perencanaan mereka. Segala pebuatan dan pemikiran mereka telah dibasuh dan diprogramkan untuk mencintai dunia. Dunia adalah segalanya bagi mereka. Akhirat cuma perkataan dimulut sahaja.

Sepertimana marhum sabda Rasulullah saw, “ akan tiba satu zaman diman umat islam akan dikerumuni oleh semua bangsa di seluruh dunia, seperti mereka ingin memakan hidangan makanan. Sahabat bertanya “adakah umat islam sedikit pada waktu itu”. Rasulullah menjawab” Tidak,bahkan kamu banyak seperti buih di waktu banjir. Tetapi ALLAH telah mencabut rasa gerun dihati musuh-musuh kamu terhadap kamu dan ALLAH mencampakkan penyakit wahan ke dalam hati kamu”. Sahabat bertanya “ Apakah wahan itu ya, Rasulullah?” Rasulullah menjawab “cintakan dunia dan takutkan mati”.”

Begitulah perencanaan orang kafir dalam memusnahkan islam. Mereka menkaji setiap kelemahan umat islam. Mereka tidak pernah berhenti. Seperti yang dilihat sekarang pelabelan islam sebagai terrorist diterima oleh semua penduduk dunia temasuklah sebahagian umat islam. Umat islam sendiri yang mengecam umat islam. Roh umat islam sudah tiada. Selamatkanlah umat islam, ya ALLAH!

Dalam dunia globalisasi sekarang , sedar tak sedar umat islam sebenarnya hidup dalam lingkungan ideology-ideologi kiri dan kanan. Ideology ini telah membasuh pemikiran dan hati umat islam dalam melihat keagungan islam dan seterusnya membawa mereka kearah pemikiran materialistic yang palsu. Kemunculan idealogi ini adalah hasil dari falsafah-falsafah yang direka oleh manusia dalam membentuk sebuah masyarakat yang cemerlang mengikut acuan mereka sendiri. Penghasilan ideology ini juga disebabkan tekanan dalam msyarakat itu sendiri contohnya kongkongan pihak gereja semasa zaman gelap. Kemudian ideology ini termodifikasi dan terasimilasi dalam seluruh masyarakat dunia mengikut keadaan msyarakat tersebut contohnya kadar kapasiti penduduk di china membuatkan mereka mudah untuk menerima system komunis. Ideology-ideologi inilah telah merosakkan akal dan hati umat islam sehingga menghasilkan umat islam berbentuk boneka dan zombie. Peresapan ideology ini adalah salah satu strategi musuh islam dalam melaksanakan agendanya. Oleh itu, wajib bagi umat islam mengetahui epistemology berkenaan ideologi ini.

Umat Islam masih boleh diselamatkan, roh umat islam masih boleh dikembalikan semula kerana itulah janji ALLAH. Persoalannya adakah kita akan menjadi perintis dalam pergerakan evolusi tersebut? Ataupun kita hanya menjadi penonton sahaja? Alangkah ruginya kita jika hanya jadi penonton sahaja. Jadi marilah kita mengorak langkah dalam mempersiapkan diri kita dengan perbagai persiapan dan bekalan untuk menuju kearahnya. Dan ingatlah ALLAH selalu bersama orang-orang yang benar.
BERSAMBUNG DALAM TR2

No comments: