Friday, March 28, 2008

Dato' Mufti Haji Ishak bin Baharom


Dato' Mufti Haji Ishak bin Baharom (1 Januari 1928 - 30 Januari 2008) merupakan bekas mufti negeri Selangor Darul Ehsan dan juga merupakan seorang pendakwah bebas. Beliau telah dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jaafar , berketurunan Banjar, berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan. Manakala ibunya Hajah Fatimah buat Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik.

Beliau mendirikan rumahtangga pada 1963 dengan Datin Hajah Maznah bte Yusuf yang berasal dari Manong, Kuala Kangsar, Perak. Hasil perkahwinan ini, mereka mendapat 3 anak.
Pendidikan awal

Dato Haji Ishak baharom bersekolah di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun.

Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai , Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.MuftiBeliau menjawat jawatan Mufti Selangor pada 16 Ogos 1985. Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik sebagai Mufti Selangor pada 1985 ialah pengetua Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.Pada 1997 berikutan penegasannya bahawa pertandingan ratu cantik adalah haram, Allayarham telah dipecat daripada jawatan mufti kerana perkara tersebut menjadi isu politik.

Sungguhpun Allahyarham tidak lagi menjalankan tugasnya sebagai mufti, perjuangannya dalam menyampaikan syiar Islam tetap diteruskan sebagai penceramah dan pendakwah bebas.Sumbangan idea dan pemikirannya berterusan apabila Allahyarham bergiat aktif dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik ahli Majlis Syura' Ulama PAS bagi tempoh dua penggal iaitu 2003-2005 dan 2005-2007.

Meninggal duniaPada 30 Januari 2008, Dato' Haji Ishak, 80 tahun, telah meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala pada jam 2.30 pagi di Hospital Sungai Buloh. Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut pada pukul 6 petang semalam selepas tidak sedarkan diri dan koma.Beliau dikebumikan pada 31 Januari 2008 di kompleks Makam di Raja, Selangor.

Antara pemimpin yang hadir ialah Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad dan Dr Syed Azman ImageSyed Nawawi; Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Osman Sabran; Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Timbalannya, Wan Hasrina Wan Hassan; dan Ketua Penerangan, Salbiah Abd Wahab.Turut hadir ialah Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli MPT KeADILan, Ustaz Badrulamin Baharon; Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib; dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dato' Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz .

No comments: