nukilan:nur al-sufi
Kemabukan dunia telah melanda jiwa umat islam. Hampir seluruh umat islam tidak menyedari hakikat tujuan hidupnya didunia ini. Mereka sudah hilang keterikatan dengan pencipta mereka. Mereka sudah tidak mengenal diri mereka. Padahal tujuan itulah yang merupakan alasan keberadaan dan keabadian mereka untuk hidup bahagia di dunia dan akhirat. Kekeliruan di dalam jiwa umat semakin meningkat selagi semakin lama mereka mengejar dunia . materialistic adalah sesuatu yang indah dan boleh dilihat tetapi perkara sammiyyat tidak dapat dilihat dan dicapai oleh akal menyebabkan umat merasakan perkara tersebut tidak penting dan diabaikan. Inilah masalah terbesar umat islam.
Firman ALLAH dalam surah al-imran ayat 14:
“ dijadikan indah pada (pandangan ) manusia kecintaan kepada apa-apayang diingini, iaitu wnita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenagan hidup didunia dan disisi ALLAH lah tempat kembali yang baik”.
Persoalan berapa ramai orang islam mengenali yang manakah kawan dan yang manakah lawan. Bahkan penyedaran berkenaan perencanaan musuh-musuh islam adalah kurang malahan mungkin tiada langsung. Musuh islam menerapkan pelbagai program yang yang menarik dan label mengiurkan. Mereka menamakan kekafiran sebagai kebebasan, maksiat sebagai seni, kemorosotan sebagai kemajuan, dan sebagainya sehinggakan kebanyakan manusia mengikutnya dan mengakuinya bagai lembu ditarik hidung. Musuh ALLAH adalah musuh kita dan merekalah yang patut kita lawan. Musuh umat islam bukan terdiri dari orang kafir sahaja bahkan umat islam sendiri. Musuh dalam selimut adalah lebih merbahaya dari musuh luar kerana mereka akan melakukan lebih banyak kerosakan. Oleh itu wajib kita mengenali musuh dalaman islam ini.
Syeikh Sa’id Hawwa telah menyatakan dalam bukunya jundullah tsaqoofan wa ahlaqon di bahagian orang- orang dibenci ALLAH ada beberapa golongan yang dibenci ALLAH dan berpotensi menjadi musuh dalaman(munafik):
orang yang menyeleweng.
orang yang mengkehendaki tuntutan hidup jahiliyyah dalam islam.
orang yang menumpahkan darah(membunuh) tanpa alasan yang benar.
orang yang cerewet dan banyak alas an.
orang mutafaihiquun(orang yang takabur).
orang yang zalim
orang yang selalu membuet kekafiran dan dosa(fasik)
orang yang melampaui batas
orang yang berlebih-lebihan
orang yang bangga diri dan sombong
orang yang khianat
orang yang membuat kerosakan
orang yang suka bertengkar dan berbantah
umat islam perlu berjaga jaga dengan golongan diatas dan juga janganlah termasuk dengan golongan mereka.
akidah umat islam kini dirobek oleh ideology-ideologi yang dipakaikan dengan label yang menarik dan mengiurkan. Umat islam sudah tidak mengenali yang mana satukah akidah yang haq dan yang mana satukah akidah yang batil? Disebabkan pendoktrinan ideology terhadap dunia ini terlalu pesat , manusia sudah tidak mengenal kaca dan permata. Ideology ini terserap masuk tanpa disedari seperti larutan hipotonik. Penyerapannya tidak dapat dikesan dengan mata kasar tetapi kesannya cukup mengagumkan. Ideology ini telah menghasilkan umat islam yang mempunyai perbagai aliran pemikiran. Aliran pemikiran ini telah memecah belahkan umat islam menyebabkan umat islam kembali semula ke zaman jahiliyyah tetapi dalm bentuk yang baru yang dinamakan neo-jahiliyyah. Pemikiran inilah telah mewujudkan firqah yang berbagai. Contohnya terwujudnya fahaman seperti mu’tazilah, jabariah, qadariyah, murjiah dan pelbagai lagi. Fahaman yang lebih moden hasil pendotrinisasi ini ialah fahaman sekularisme, nasionalisme, sosialisme dan banyak lagi.
Walaubagaimanapun , semua ini adalah ketentuan ALLAH untuk menguji manusia siapakah yang beriman dan siapakah yang berpura-pura. Sudah pasti ALLAH mengetahui segalanya. Hidup di alam sementara ini hanyalah medium yang digunakan sebagai alat untuk menuju kepada alam yang berkekalan yang menentukan adakah kita berada dalam kebenaran ataupun tidak. Tujuan perjalanan kita sebenarnya telah jelas diterangkan dalam al-Quran surah az-zariyat ayat 56:
“ dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadat kepadaku”
Kewajipan ini telah ditunaikan oleh generasi pertama islam. oleh itu, marilah kita mencontohi mereka.
No comments:
Post a Comment