Thursday, September 13, 2012

selamat datang kepada pembaca baru kami^^

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada mahasiswa-mahasiswi yang baru masuk UTM tercinta^^.
Alhamdulillah kerana kita dipertemukan walaupun hanya dalam alam maya. Kami mengalu-alukan kedatngan anda ke UTM terutamanya Kolej Tuanku Canselor ini. 
SELAMAT DATANG KE KOLEJ TUANKU CANSELOR
KAMI MENGHARAPKAN SOKONGAN ANDA KEPADA PIMPINAN BADAR KTC^^

rahsia hari-hari dalam seminggu

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Segala puji hanya untuk Allah Ta’ala tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, kaum kerabat, sahabat r.a dan pengikut-pengikut baginda hingga ke akhir zaman. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan maaf kepada rakan seperjuangan  dan juga pembaca yang sering mengharapkan entry baru dari pihak kami. Jadi saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang saya baca dari sebuah buku terbitan Darul Nu'man. InsyaAllah saya akan menyambung entry akan datang dengan sedaya upaya saya secepat yang boleh.

Allah menjadikan seminggu itu dengan hari-hari yang penuh dengan rahmat. Seminggu yang penuh itu terdiri dari tujuh hari yang mempunyai rahsia dan peristiwa yang tersendiri. Marilah kita rungkai peristiwa dan rahsia yang terjadi pada hari yang mengisi minggu-minggu kita.
HARI AHAD
“Bahawa Rasulullah SAW ditanyakan tentang hari ahad, maka baginda menjawab : Hari ahad adalah hari menciptakan dan memakmurkan. Para sahabat bertanya: Mengapa demikian ya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: Kerana pada hari ahad itulah Allah mulai menciptakan dunia dan memakmurkannya.” (Riwayat Anas bin Malik)
Antara perkara yang telah dicipta pada hari ahad adalah :
1.      Tempat jalan bintang-bintang
2.      Bintang-bintang yang bergerak
3.      Neraka yang bertingkat
4.      Bumi yang berlapis
5.      Lautan yang besar
6.      Anggota tubuh manusia
7.      Hari-hari dalam seminggu
Yang pertama adalah tempat jalan bintang-bintang.  Penciptaannya adalah pada hari ahad. Dikisahkan bahawa Allah telah menjadikan tujuh bahagian daripada kepulan asap. Bahagian-bahagian itu adalah air, embun, perak, emas, mutiara, mira delima dan besi. Kemudian Allah SWT menciptakan dari satu asap itu tujuh langit yang berbeza-beza lapisannya. Lebih unik lagi adalah Allah menurunkan air dari langit yang berfungsi menyuburkan bumi yang tandus. Dari setiap titisan itu terhasilnya pelbagai tumbuh-tumbuhan yang mempunyai pelbagai warna dan rasa.
Firman Allah SWT di dalam surah Ar-Ra’d, ayat 4 :
“Di bumi ada terdapat bahagian-bahagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanam-tanaman dan pohon tamar yang bercabangdan tidak bercabang disiram dengan air yang sama. Kami melebihkan tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.”
Seterusnya adalah penciptaan bintang-bintang yang bergerak. Bintang-bintang telah diciptakan oleh Allah pada hari Ahad. Allah menjadikan bintang dalam tiga bentuk iaitu bintang yang dinamakan dengan tsawabit atau bintang tetap; bintang-bintang yang tidak bergerak dan tidak terbenam, yang kedua ialah bintang yang terbit dan terbenam dan yang terakhir ialah bintang-bntang yang beredar di tempat edarannya.
“Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran Kami kepada orang-orang yang mengetahui.” (Al-An’am:97)

Penciptaan api neraka yang bertingkat-tingkat juga telah dicipta pada hari ahad. Neraka mempunyai tujuh pintu sebagaimana Firman Allah:
“Jahannam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan tertentu dari mereka.”   (Al-Hijr:44)
Neraka yang bertngkat-tingkat itu ialah:
1.      Neraka Jahannam (golongan pendusta)
2.      Neraka Sa’ir (golongan yang lalai dalam solat)
3.      Neraka Saqor (golongan pengumpat dan pencela)
4.      Neraka Jahim (golongan orang sombong dan kafir)
5.      Neraka Huthamah (golongan yang mempersekutukan Allah)
6.      Neraka Lazo (golongan yang keras hati)
7.      Neraka Hawiyah  (golongan yang curang dalam menimbang)
Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril as. Tentang penghuni-penghuni setiaptingkat daripada neraka.
Maka Jibril menjawab : “ Neraka tingkat ketujuh adalah tempat orang-ornag munafik. Tingkat keenam tempat-tempat orang yang derhaka dan mendakwa dirinya sebagai tuhan. Tingkat kelima adalah untuk orang yang sombong dan aniaya. Tingkat yang keempat adalah orang-orang yang sombong dan kafir. Tingkat ketiga adalah tempat orang-orang yahudi. Tingkat kedua adalah tempat orang Nasrani.” Kemudian Jibril pun diam. Maka Rasulullah menanyakan tentang penghuni neraka tingkat pertama itu kepada Jibril. Akhirnya Jibril menjawab: “penghuni neraka tingkat pertama itu adalah orang-orrang derhaka dari umatmu.”
Mendengar penjelasan itu, Rasulullah SAW terjatuh dan tidak sedarkan diri. Setelah sedar kembali, baginda menangis dengan tersedu-sedu, kemudian baginda masuk ke dalam rumahnya dan mengunci pintu. Rasulullah bermunajat kepada Allah. Maka turunlah Jibril membawa khabar gembira iaitu bahawa Rasulullah mempunyai ‘Syafaat’.
Allah juga telah mencipta tujuh lapis bumi pada hari ahad.
Selain itu, penciptaan tujuh lautan yang besar terjadi pada hari ahad.
Allah berfirman : “Dan Dialah yang menundukkan lautan untukmu, agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari kurnianya, dan supaya kamu bersyukur.” (An-Nahl:14)
Allah SWT menegaskan : Aku kumpulkan dalam lautan itu dua macam air yang berbeza. Yang satu tawar, segar dan sedap diminum sedangkan yang satu lagi masin dan pahit. Dan Aku jadikan suatu dinding di antara keduanya, sehingga tidak dapat bercampur yang satu dengan yang lainnya.
Penciptaan tujuh anggota tubuh manusia. Sebahagian ulama mengatakan bahawa tujuh anggota tubuh manusia adalah otak, urat saraf, tulang belulang, daging, darah dan kulit. Ada pula yang menyatakan kebaikan itu dibahagi kepada tujuh bahagian iaitu kehalusan,keelokan,sinar,cahaya terang,kegelapan,kelembutan dan kebersihan.
Telah diriwayatkan bahawa salah seorang nabi bermunajat kepada Allah, ia berkata: “Ya Allah, setiap raja itu mempunyai perbendaharaan , maka apakah perbendaharaan-Mu?”
Allah berfirman: “Aku mempunyai perbendaharaan yang lebih besar dari Arsy, lebih luas dari Kursy, lebih baik daripada Syurga, dan lebih indah daripada kerajaan yang amat besar. Hati seorang Mukmim buminya makrifah, langitnya iman, mataharinya rindu, bulannya cinta, bintangnya buah fikiran, tanahnya kemahuan, dindingnya keyakinan, awannya akal, hujannya rahmat, pohonnya ketaatan, buahnya hikmah, dan ia mempunyai empat tiang iaitu tawakkal, sabra, yakin, dan kemuliaan. Dan ia mempunyai empat pintu iaitu ilmu, akhlak yang mulia, redha dan pintu kesabaran. Dan atas semuanya itu ada fikiran itulah hati.”
Hari Ahad juga telah terjadinya penciptaan tujuh hari dalam seminggu. Sebahagian ulama mengatakan sesungguhnya Allah menamakan hari pertama itu dengan hari ahad, kerana pada hari itulah Allah memula penciptaan segala sesuatu. Allah berfirman bahawa hari Ahad adalah hari pertama, sebelumnya tidak ada sesuatu apapun selain Tuhanmu.
Subhanallah. Inilah bukti menunjukkan betapa hebatnya ciptaan Allah. Segala bukti terbentang di depan mata, hanya menunggu untuk dilihat oleh orang-orang yang berfikir dan bersyukur.
Sebarang kesilapan minta dimaafkan.

p/s : harap anda terus memberi sokongan anda terhadap BADAR KTC. Segala kekurangan dan kelemahan dalam blog ini harap ditegur dan tidak disimpan di dalam hati 



Wednesday, March 28, 2012

Ukhuwah itu INDAH

Assalamuailaikum warahmatullah wabarakatuh,
salam perkenalan dan salam ukhuwah :)

Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.
Imam Hasan Al Banan mengatakan bahawa ukhuwah islamiyah ialah keterikatan hati dan jiwa antara satu sama lain dengan ikatan akidah.


Ada 3 peringkat dalam ukhuwah islamiyah iaitu:
1.Taaruf-mengenal (Al-Hujurat 49:13)
"Wahai manusia!Sungguh,Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan , kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.Sungguh,yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.Sungguh,Allah Maha Mengetahui Maha Teliti."
2.Tafahum-memahami
3.Taawun-membantu


Cara untuk memperkuatkan ukhuwah islamiyah ialah:
1.Doa-"Tidak seorang mukmin berdoa bagi saudara melainkan malaikat berdoa bagimu seperti itu."(Hadis Riwayat Muslim)
2.Berjabat tangan apabila bertemu
3.Silaturahmi(kunjung-mengunjungi)
4.Memberi hadiah bila ada peristiwa penting
5.Memerhati dan memenuhi kehendak saudara


Manfaat orang yang menjalinkan ukhuwah islamiyah ialah:
1.Mendapat nikmat iman
2.Mendapat perlindungan Allah di hari kiamat(menjadi 7 golongan yang dilindungi) 
"Tidak beriman seseorang diantaramu hingga kamu mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri" (HR. Bukhari-Muslim).