nukilan : nur al-sufi
Zaman kegemilangan islam telah mengubah banyak peradapan masyarakat di seluruh dunia. Kegemilangan ini telah mengejutkan dunia pada waktu itu yang dikuasai oleh pengaruh yunani dan rom. Siapa yang menyangka disebuah tempat yang terpancil yang dikelilingi bukit-bukau lahirnya sebuah tamadun yang cukup hebat. Sehingga dapat menguasai sebahagian besar dunia ini. Tamadun ini membangun bukan atas dasar kepentingan sekelompok sahaja tetapi memberikan kesejahteraanya ke seluruh alam. Ianya adalah hasil tarbiyyah yang cukup cemerlang ke atas golongan yang dipanggil Sahabatul Rasulullah. NABI MUHAMMAD SAW lah yang mentarbiyyah mereka dengan manhaj yang cukup agung yang bukannya datang dari pemikiran manusia tetapi pencipta manusia yang agung iaitu ALLAH SWT. Manhaj ini tidak akan berubah selama-lamanya. Kesedihan yang amat sangat apabila manhaj ini dilupakan oleh kebanyakan orang islam pada zaman sekarang. Kealpaan ini menyebabkan umat islam tidak dapat mencapai sepertimana yang dicapai oleh generasi pertama islam iaitu golongan para sahabat Rasulullah.
Rasulullah saw memuji mereka dengan sabdanya, “ abad yang sebaik-baiknya adalah abadku ini, kemudian abad berikutnya dan kemudian abad berikutnya”. (Jabir-Zurqani)
Para sahabat ialah golongan yang pernah bersama Rasulullah walaupun sekejap, mereka amat kasih pada rasulullah dan Rasulullah amat kasih kepada mereka. mereka rela mengorbankan apa sahaja demi menjaga Rasulullah dan islam itu sendiri. Mereka redha pada ALLAH dan ALLah redha mereka. ALLAH telah menukilkan keadaan mereka dalam al-Quran dalam surah al-fath ayat 29:
“ Muhammad itu utusan ALLAH dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari kurnia ALLAH dan keredhaanNya. Tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah ia dan tegak lurus di atas pokoknya. Tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya , kerena ALLAH hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). ALLAH menjadikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh antara mereka keampunan dan pahala yang besar”.
Dan ALLAH SWT memuji mereka lagi dalam surah at-taubah ayat 100:
“ Orang-orang yang terdahulu lagi yanag pertama-tama (masuk islam) di antara orang-orang muhajirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, ALLAH redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada ALLAH dan ALLAH menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai dibawahnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar”.
Kehebatan para sahabat terserlah bukan sahaja dihadapan manusia biasa sahaja tetapi juga kepada raja-raja yang memerintah kerajaan yang besar pada waktu itu. Seperti mana yang digambarkan dalam sirah, seorang sahabat , Jaafar bin Abi Talib bersama-sama dengan sahabat lain yang diperintahkan oleh Rasulullah untuk berhijrah ke Habsyah (Etiopia) telah dipanggil oleh Raja Habsyah, an-Najasyi dan diperintahkan sujud hormat kepada raja tersebut, dengan tegas Jaafar menjawab” kimi hanya sujud kepada ALLAH”. Nah, lihatlah betapa hebatnya mereka yang benar-benar berada dalam kebenaran. Mereka tidak akan tunduk kepada manusia yang juga makhluk yang sama sepertinya tetapi mereka menyerahkan segala-galanya kepada pencipta mereka. Sayangnya, manusia sekarang ini tunduk dan patuh kepada menusia sendiri, menganggap manusia yang disembah itulah segala-galanya bagi mereka. tanpanya, mereka tidak boleh hidup, merasakan rezeki mereka berada ditangan menusia yang disembah tersebut. Mereka memuja dan memujinya sedangkan mereka sedar bahawa segala pujian hanya bagi ALLAH. Kebanyakan golongan yang disembah ini selalunya terdiri dari pemimpin. Kerosakan akidah umat islam berleluasa. Umat islam tidak akan mencapai kejayaan selagi kepercayaan taghut ini masih berada dalam hati mereka. apatah lagi ingin mendapatkan syurga ALLAH.
No comments:
Post a Comment