Sunday, March 30, 2008

Ulama mesti berani nyatakan kebenaran

Firman Allah, Dan sesiapa yang tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka ia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab, walau ke mana sahaja ia melarikan diri) di bumi, dan ia tidak akan beroleh sesiapa pun selain Allah, sebagai pelindung yang membelanya, mereka yang demikian sifatnya adalah dalam kesesatan yang nyata. (al-Ahqaaf: 32)

Setiap tahun pada tanggal 12 Rabiulawal umat Islam menyambut Maulidur Rasul di seluruh dunia. Di Malaysia, sambutannya amat dirasai malah kerajaan memberi cuti umum pada tarikh tersebut.

Sesuai dengan tema sambutan tahun ini iaitu Menjana Ummah Gemilang, wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto, SAHARUDIN ABDULLAH menemu bual pensyarah Syariah, Kulliyah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Datuk Md. Hashim Yahaya bagi membahaskan isu ini.

Selalunya kita sambut hari lahir semasa individu itu masih hidup tetapi berlainan dengan Rasulullah. Apa signifikannya?

MD. HASHIM: Pada asasnya, sambutan hari lahir Rasulullah S.A.W bukan seperti menyambut hari lahir kita. Ia lebih kepada memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad.

Baginda adalah satu anugerah Allah yang sangat besar kepada manusia yang kemudiannya diangkat menjadi rasul membawa ajaran yang benar bagi menyelamatkan kita di dunia dan akhirat.

Ini turut dijelaskan menerusi firman Allah: Tidak kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam. (al-Anbiya’: 107)

Sambutan ini pula masih relevan lebih-lebih lagi dalam keadaan masyarakat Islam umumnya sudah agak jauh daripada cara hidup Islam yang betul. Maka, sambutan Maulidur Rasul yang diisi dengan pelbagai program seperti ceramah, forum dan diskusi bertujuan mendekatkan atau menarik umat Islam kembali kepada cara hidup beragama.

Hal ini sangat penting kerana ia adalah kesempurnaan hidup kita. Tanpa agama kita tidak ada pedoman dan mudah hanyut dalam lembah kemaksiatan.

Saban tahun kita menyambut Maulidur Rasul. Bagaimana nak mengukur keberkesanan dan cinta kita kepada Nabi Muhammad S.A.W?

MD. HASHIM: Agak sukar kita nak mengukur keberkesanan sambutan ini walaupun selepas sekian lama diadakan.

Kalau dapat dibuat kajian oleh pihak yang berkenaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terutama di kalangan generasi muda. Jika dengan mengikuti perarakan ini nampaknya mereka lebih mendekatkan diri dengan agama, itu boleh dikira sebagai salah satu keberkesanan sambutan Maulidur Rasul.

Sejauh mana kita kasihkan rasul, ini perlu kepada kita mempelajari dan menghayati Islam. Cinta kita kepada Rasulullah tidak hanya cukup dengan berselawat 100 atau 200 kali sehari.

Sebaliknya hendaklah kita mempraktikkan segala ajaran Islam dan sunah baginda dalam kehidupan seharian.

Bagaimanakah cintanya Rasulullah kepada umatnya?

MD. HASHIM: Semua nabi memang sayangkan umat. Mereka tidak jemu-jemu menyampaikan risalah dakwah walaupun menghadapi tentangan dan halangan. Inilah yang berlaku sejak zaman Nabi Adam sehinggalah Nabi Muhammad S.A.W.

Cuma istimewanya Nabi Muhammad disebabkan kasih baginda kepada umatnya, baginda berdoa supaya Allah menangguhkan segala pembalasan kepada umatnya di akhirat.

Kalau nabi-nabi yang lain apabila sudah sekelian lama berdakwah dan masih ada golongan yang terlalu degil maka mereka berdoa supaya Allah membinasakan golongan atau puak yang degil ini. Contohnya umat Nabi Nuh dan Nabi Lut yang dibinasakan Allah sama ada dengan ribut taufan dan banjir atau halilintar kerana ingkar menurut agama Allah.

Waima, sewaktu hendak wafat pun Rasulullah masih menyebut “Umatku, umatku, umatku.” Sebab itu, jarang kita nampak Allah balas kejahatan manusia secara terang-terangan dengan kolektif. Kalau adapun, barangkali tsunami itu pun sekali dalam tempoh berapa ratus tahun.

Dalam sebuah hadis ada disebut bahawa umat pada akhir zaman akan dapat pahala berganda apabila mengikut sunah Rasulullah kerana mereka tidak pernah bertemu baginda S.A.W. Soalnya, bagaimana boleh kita mencapai tahap ini?

MD. HASHIM: Memang benar malah ada satu lagi hadis yang bermaksud, “Siapa yang berpegang teguh dengan sunahku ketika rosaknya umatku, dia akan diberi pahala oleh Allah sama dengan 100 orang mati syahid”.

Ganjaran besar ini diberi kerana umat kini lebih hebat. Tanpa melihat atau hidup bersama Rasulullah, mereka dapat mengamalkan segala sunah baginda.

Kita tidak hairan jika orang yang pernah hidup bersama Nabi memang berpegang dan mengamalkan segala sunah baginda. Tetapi untuk seorang yang tidak pernah bersama atau melihat mukjizat baginda selain al-Quran mengamalkan segala sunah, itu menunjukkan orang tersebut mempunyai tahap keimanan yang tinggi.

Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang. Orang tuduh kita macam-macam jika kita mahu kembali mengamalkan Islam sepenuhnya. Hendak menyelamatkan diri daripada rasuah pun kini sukar. Orang kata kita jumud, kolot, ekstrem dan sebagainya.

Bagaimanapun, ada yang mampu bertahan daripada terlibat dengan rasuah. Mereka berpegang kepada prinsip biar sedikit tetapi berkat dan ia lebih baik daripada banyak tetapi tidak halal.

Ada yang mengatakan bahawa sukar untuk kita mengamalkan sunah Rasulullah kerana jarak kewafatan baginda dengan kita amat jauh. Benarkah dakwaan begini?

MD. HASHIM: Dakwaan sedemikian tidak berasas. Islam adalah agama yang kekal sehingga kiamat. Ia tidak akan mengalami perubahan atau tamat seperti agama yang dibawa oleh Nabi sebelum Rasulullah.

Ini dijelaskan menerusi sabda Rasulullah yang bermaksud: Telah aku tinggalkan kepadaMu dua perkara yang mana selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitulah kitab Allah (al-Quran) dan sunnahku. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Yang perlu dilakukan ialah mempelajari dan mendalami Islam untuk mengamalkannya dalam seluruh kehidupan. Islam itu adalah cara hidup maka ia wajar dipraktikkan bukan sahaja dalam beribadat tetapi dalam bermuamalat, bersosial, berpolitik dan sebagainya.

Kita kena ingat dalam keadaan apa sekalipun, kita diikat oleh soal halal haram agama. Bukan hanya di Mekah kita perlu patuh kepada Allah, malah di mana-mana pun kita perlu patuh sebab Allah yang kita sembah itu sama walau di mana kita berada.

Rasulullah ada bersabda, “Ulama itu pewaris nabi”. Ulama bagaimanakah yang dimaksudkan pewaris nabi ini?

MD. HASHIM: Saya ingin memetik kata-kata Imam al-Ghazali dalam hal ini. Beliau membahagikan ulama kepada dua iaitu ulama akhirat dan ulama dunia.

Ulama akhirat ialah mereka yang mendalami agama, alim dan beramal dengan apa yang dipelajarinya serta menyampaikan ilmu itu dengan amanah. Mereka tidak bimbang dicela atau dikutuk dalam menyampaikan kebenaran. Ini bertepatan dengan firman Allah, ...Mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela...(al-Maaidah; 54)

Ulama dunia pula ialah golongan berilmu tetapi tidak jujur dalam menyampaikan ilmu Islam. Mereka tidak amanah dalam menyampaikan kebenaran atau kebatilan. Kalau kepentingan mereka tidak terjejas, maka dia akan sampaikan ilmu itu. Sebaliknya jika kepentingan atau periuk nasinya terjejas, maka dia akan mendiamkan diri.

Hari ini bilangan ulama akhirat ini tidak begitu ramai. Sebagai contoh ulama akhirat ialah Imam Abu Hanifah yang rela dipenjara dan disebat semata-mata kerana tidak mahu mengikut telunjuk pemerintah mengatakan al-Quran itu adalah makhluk.

Friday, March 28, 2008

Dato' Mufti Haji Ishak bin Baharom


Dato' Mufti Haji Ishak bin Baharom (1 Januari 1928 - 30 Januari 2008) merupakan bekas mufti negeri Selangor Darul Ehsan dan juga merupakan seorang pendakwah bebas. Beliau telah dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jaafar , berketurunan Banjar, berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan. Manakala ibunya Hajah Fatimah buat Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik.

Beliau mendirikan rumahtangga pada 1963 dengan Datin Hajah Maznah bte Yusuf yang berasal dari Manong, Kuala Kangsar, Perak. Hasil perkahwinan ini, mereka mendapat 3 anak.
Pendidikan awal

Dato Haji Ishak baharom bersekolah di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun.

Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai , Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.MuftiBeliau menjawat jawatan Mufti Selangor pada 16 Ogos 1985. Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik sebagai Mufti Selangor pada 1985 ialah pengetua Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.Pada 1997 berikutan penegasannya bahawa pertandingan ratu cantik adalah haram, Allayarham telah dipecat daripada jawatan mufti kerana perkara tersebut menjadi isu politik.

Sungguhpun Allahyarham tidak lagi menjalankan tugasnya sebagai mufti, perjuangannya dalam menyampaikan syiar Islam tetap diteruskan sebagai penceramah dan pendakwah bebas.Sumbangan idea dan pemikirannya berterusan apabila Allahyarham bergiat aktif dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik ahli Majlis Syura' Ulama PAS bagi tempoh dua penggal iaitu 2003-2005 dan 2005-2007.

Meninggal duniaPada 30 Januari 2008, Dato' Haji Ishak, 80 tahun, telah meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala pada jam 2.30 pagi di Hospital Sungai Buloh. Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut pada pukul 6 petang semalam selepas tidak sedarkan diri dan koma.Beliau dikebumikan pada 31 Januari 2008 di kompleks Makam di Raja, Selangor.

Antara pemimpin yang hadir ialah Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad dan Dr Syed Azman ImageSyed Nawawi; Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Osman Sabran; Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Timbalannya, Wan Hasrina Wan Hassan; dan Ketua Penerangan, Salbiah Abd Wahab.Turut hadir ialah Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli MPT KeADILan, Ustaz Badrulamin Baharon; Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib; dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dato' Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz .

Thursday, March 27, 2008

Perlunya Tarbiyah Islamiah Dalam Institusi Keluarga

Assalamualaikum…


Selepas membaca buku karangan Ridhuan Mohd Nor yang bertajuk Memperingati 100 tahun Hassan Al Banna, saya berfikir sejenak apabila di akhirul kalam penulis, beliau mengatakan bahawa faktor genetik cukup mengesankan dalam menghadirkan seorang pejuang yang menoreh sejarah, malah disekalikan dengan faktor lingkungan persekitaran seseorang itu membesar. Ini merujuk kepada bagaimana Hassan Al Banna sendiri yang membesar dengan didikan agama dan kemuliaan ajaran sejak dari kecil lagi.

Tarbiah di dalam sesebuah keluarga itu amat penting kerana ia akan mencorakkan peribadi seseorang anak itu. Coretan sejarah silam juga menunjukkan bahawa betapa pentingnya tarbiah seharian dalam mencorak peribadi seseorang muslim. Contoh terbesar ialah Saidina Ali KWJ yang ditarbiah secara langsung oleh baginda Nabi SAW semenjak umur yang masih kecil. Saidina Ali merupakan sepupu dan anak angkat Nabi SAW yang mana Baginda Nabi mengacuankan peribadi Saidina Ali dengan hebat.

Begitu juga Usamah bin Zaid yang menjadi panglima perang pada zaman Khalifah Abu Bakar. Usamah merupakan anak kepada tokoh Islam iaitu Zaid bin Harithah(anak angkat Rasulullah SAW). Usamah dibesarkan dalam perhatian dan kasih sayang baginda Nabi SAW terutama selepas syahidnya ayah Usamah dalam perang Muktah. Rasulullah SAW sendiri yang mengasah potensi dan bakat yang ada pada Usamah bin Zaid. Buktin kehebatan Usamah dapat dilihat apabila beliau telah dilantik sebagai panglima perang dalam umur belasan tahun.Selain itu, ada satu kisah yang berlaku pada zaman Saidina Umar menjadi khalifah yang menunjukkan kepada kita bahawa bagaimana peribadi seorang anak adalah cermin kepada peribadi ibu dan bapanya.

Pada suatu hari, Saidina Umar telah meronda Madinah untuk melihat kehidupan rakyatnya. Ketika melalui sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di jalanan, semua kanak-kanak bertempiaran melarikan diri kerana aura tegas pada Amirul Mukminin melainkan seorang budak kecil.


Saidina Umar bertanya dalam keadaan berseloroh, ”Hai budak, mengapa kamu tidak lari sebagaimana kawan-kawan kamu yang lain?”. Maka budak itu menjawab, ”Mengapa aku nak lari, aku tidak berbuat apa-apa kesalahan.”. Tertarik dengan keberanian dan ketangkasan budak kecil itu, maka bertanya Saidina Umar dengan penuh teruja, ”Siapakah ibu dan bapa kamu?”. ”Ibuku Asma’ binti Abu Bakar dan bapaku Zuber Al Awwam” tukas budak kecil itu. “Patutlah kamu seorang yang hebat kerana kamu mempunyai ayah dan ibu yang hebat” ujar Saidina Umar. Anak kecil itu ialah Abdullah bin Zuber yang akhirnya membina nama besar dalam sejarah Islam.


Ini pula artikel yang saya ambil daripada anonymous…

Seorang ibu adalah MadrasahSedar atau pun tidak, hakikatnya seorang ibu adalah madrasah.Berjayanya ibu-ibu di Palestin melahirkan anak-anak yang memerangi senjataIsrael dengan hanya seketul batu dan melahirkan anak-anak yang penuh denganjiwa jihad.Sebuah kisah di negeri berdarah, ungkapan kata seorang anak kepadaibunya:"Wahai ibu, jangan dinantikan kepulanganku, kerana pergiku dengansatu matlamat ...supaya aku mati syahid..."Sungguh gah hati seorang ibu, kerana melahirkan anak yang berjiwa pejuang.Ibu adalah madrasah para syuhada'.Berkata seorang penyair:" Seorang ibu adalah madrasah. Apabila engkau mendidiknya, bererti engkausedang menyediakan satu generasi yang unggul.”Satu generasi yang bakal dilahirkan oleh muslimah-muslimah yang sedangmentarbiyyah dan ditarbiyyah...iaitu satu generasi Rabbani. Tangan yangmenghayun buaian, dapat menggegarkan dunia....Allah berfirman:"Wahai org-org yg beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yg bahan bakarnya adalah manusia dan batu;penjaganya malaikat-malaikat yg kasar, dan keras, yg tidak durhaka kpd Allah terhadap apa yg Dia perintahkn kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yg diperintahkan" (At-Tahrin:6)Wallahu’alam

Thursday, March 20, 2008

Saidina Bilal r.a dan Cinta Rasul s.a.w





Alhamdulillah, sedar tak sedar kita sudah berada di bulan Rabi’ul Awal. Bulan penuh keberkatan yang mencatatkan sejarah kelahiran seorang insan istimewa, pembawa panduan hidup untuk seluruh alam.

Tanggal pada 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah mengikut pendapat yang masyhur, atau 9 Rabi'ul Awal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi berpandukan kepada pendapat yang rajih, lahirlah Nabi Muhammad bin Abdullah s.a.w ke dunia.


Door of Masjid Al-Nabawi

Kelahiran Rasulullah saw merupakan kelahiran yang ditunggu-tunggu. Bahkan ketibaan nabi akhir zaman ini sangat dinantikan oleh kaum yahudi. Namun dek kerana taasubkan kepada entiti perkauman, nabi utusan terakhir penyempurna kepada agama ini ditolak mentah-mentah oleh mereka bila mana nasabnya bukan daripada keturunan Bani Israil.

Sekarang kita ditinggakan baginda saw lebih daripada 1400 tahun yang lalu, terasa sangat jauh sekali jaraknya, hinggakan segala ajaran Islam kembali menjadi asing dalam bentuk pengamalan yang sebenar. Dagang di bumi sendiri.

Pernah menguasai dua pertiga dunia, kini Islam kembali kepada zaman fitnah. Namanya sahaja sudah dipalitkan dengan pelbagai tomahan hinggalah kepada penghinaan kepada jasad yang nabi saw yang mulia. Semuanya tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menghilangkan nur Islam di bumi ini.

Atas alasan kebebasan bersuara, baginda saw dihina lagi. Ulang cetak karikatur penghinaan kepada rasul saw oleh akhbar Denmark merupakan satu bukti. Bahkan lambakan filem yang menghina agama ditonton tanpa perasaan oleh umat Islam sendiri.

Di manakan kita bila baginda saw dihina?




Saidina Bilal r.a dan cinta Rasul s.a.w.

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, saidina Bilal r.a antara sahabat yang tidak mampu lagi bermukim di bumi Madinah. Segala-galanya di kiri dan kanannya mengingatkan kembali kepada nostalgia bersama nabi s.a.w. Lantas beliau membawa diri ke Badariaan – sebuah tempat berdekatan Syam – untuk mengurangkan kesedihan hati.

Satu hari saidina Bilal r.a didatangi oleh baginda s.a.w dalam mimpi. Baginda s.a.w berkata: “Mengapa kamu menyepi wahai Bilal? Tidakkah kamu teringin menziarahiku ketika ini?”.

Tersedar daripada tidur dengan dalam keadaan sedih dan takut, beliau dengan segera menunggang kenderaan menuju ke Madinah dan terus mendatangi kuburan nabi s.a.w. Kesedihan menyelubungi diri, kisah pahit manis perjuangan bersama nabi s.a.w telah meletakkan cintanya kepada rasulullah s.a.w melebihi daripada segala-galanya. Kini semuanya tinggal kenangan dalam memori.

Sesuai melepas rindunya kepada baginda s.a.w di perkuburan tersebut, dia mencari-cari cucu kesayangan nabi s.a.w, Hasan dan Husin r.a. Mereka dipeluk cium tanda cinta yang tidak berbelah bahagi. Pinta mereka kepada saidina Bilal r.a; “kami berharap sangat untuk mendengar kembali azanmu yang telah dikumandangkan kepada Rasulullah s.a.w di masjid.”

Bagi tidak menghampakan harapan tersebut, bumbung masjid tempat yang selalu dia berdiri mengalungkan azan dipijaknya kembali. Azan pertama dalam sejarah Islam dari mulut bekas seorang hamba ini merupakan satu penghargaan nabi s.a.w kepadanya.

Nafas ditarik…..azan dilaungkan dengan penuh syahdu. Bila kalimah ‘Allahu Akbar! Allahu Akbar!’ dialunkan, bergegarlah seisi Madinah.

‘Asyahadu an la ilaha ila Allah’, jiwa penghuni Madinah makin bergetar. Suara yang pernah didengari pada waktu dan ketika nabi s.a.w masih hidup kembali memenuhi ceruk-ceruk Madinah.

Takkala laungan ‘Ashadu an na Muhammadan Rasulullah’ kedengaran, keluarlah para wanita daripada rumah-rumah mereka seraya berkata ; ‘Adakah Rasulullah s.a.w telah dibangkitkan?’.

Seisi Madinah diselubungi hiba, azan saidina Bilal r.a mengingatkan kembali kepada nostalgia manis bersama baginda s.a.w. Tidaklah dilihat satu hari pun yang paling banyak manusia menangis di Madinah selepas kewafatan nabi s.a.w selain daripada hari tersebut, dek kerana rindu dan teringatkan nabi s.a.w.

Inilah tanda cinta para sahabat kepada Rasulullah s.a.w, yang sukar untuk kita temui sekarang.

(Adaptasi daripada riwayat ibnu asakir daripada sanad junaid)

Pesan Hassan al-Banna

“Duhai manusia, datanglah kepada kami. Sesiapa yang tidak boleh menziarahi Rasulullah s.a.w datanglah kepada kami. Kami adalah pengemis di pintu Rasulullah s.a.w. Sesiapa yang tidak pernah mendengar kisah hidup Rasulullah s.a.w, patut sekali datang mendengarnya daripada kami.”

‘Baginda Rasulullah s.a.w hidup di dalam hati kami dan baginda mendengar segala-galanya. Rasulullah s.a.w hidup di dalam hati-hati yang mempertahankan Islam dan juga di dalam hati yang penuh dengan kasih sayang serta iman yang datang daripada ajarannya.’

Muhasabahlah cinta kita kepada Rasulullah.

Monday, March 10, 2008

Jadikan Al-Quran Dekat di Mata, Lekat di Hati

Allah berfirman, Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan padanya (tentang datangnya dari Allah dan sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa. (al-Baqarah: 2)Kehebatan al-Quran yang mengandungi 6,236 ayat sebagai petunjuk kepada manusia bukanlah rahsia. Namun, masih ramai yang tidak mahu menjadikannya sebagai panduan hidup.

Ikuti temu bual watawan Utusan Malaysia MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto, ABD. RAHMAN SALLEH menemu bual pensyarah Jabatan Tilawah Al-Quran, Pusat Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-hafiz untuk mengupas isu ini.

MEGA: Mengapakah manusia perlukan al-Quran sebagai panduan dalam hidup?

ABDULLAH: Allah sebagai pencipta makhluk termasuk manusia sudah tentu arif dan amat mengetahui apakah keperluan manusia. Sebab itu kita perlu menjadikan al-Quran sebagai manual kehidupan. Manusia yang semata-mata bergantung kepada logik akal tidak semestinya akan betul.Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam Tafsir Al-Munir, hidayah atau petunjuk Allah ada lima tingkatan. Inilah yang selalu kita baca dalam al-fatihah iaitu ihdinas siratal mustaqim (tunjukilah kami jalan yang lurus).Pertama, adalah petunjuk naluri yang sama-sama dimiliki oleh manusia dan juga haiwan. Contohnya, apabila lapar, bayi akan menangis.Kedua, petunjuk perasaan. Contohnya, bayi atau kanak-kanak apabila dimarah mereka akan berkecil hati.Ketiga, petunjuk akal fikiran. Tetapi ia tidak semestinya betul kerana akal kita tidak dapat menjangkau perkara yang ghaib.Keempat, petunjuk agama sebagai panduan dengan al-Quran sebagai kitab yang mengandungi petunjuk, cahaya dan hidayah.Kelima, taufik iaitu supaya kita sentiasa konsisten berada di dalam petunjuk Allah. Dengan taufik ini, graf iman kita akan bertambah dari hari ke hari. Untuk mencapai tahap ini memerlukan kepada ilmu dan penghayatan terutama ilmu bersumberkan al-Quran dan sunah.Akal manusia ada hadnya di mana kita tidak mampu melihat kenikmatan syurga atau pun azab neraka Allah. Demikian juga aliran elektrik di dalam wayar. Kita tidak dapat melihatnya tetapi ia ada. Sebab itu, tidak mesti benda yang tidak nampak oleh mata kasar itu tidak ada.

MEGA: Apakah ayat-ayat yang boleh diperluaskan kegunaannya dalam berdakwah kepada orang Islam dan bukan Islam?

ABDULLAH: Allah adalah tuhan dan pencipta sekelian alam termasuklah pencipta kepada mereka yang bukan Islam. Cuma bezanya ialah dari segi akidah. Orang Islam berpegang kepada tauhid rububiyah dan uluhiyah.Rububiyah bermaksud semua makhluk ini ada pencipta dan pemelihara-Nya. Ini mempunyai persamaan dengan agama lain yang juga percaya semua makhluk itu ada penciptanya.Yang membezakan kita dengan bukan Islam ialah tauhid uluhiyah iaitu sifat Allah yang berhak disembah, dicintai, dipatuhi perintah-Nya, ditumpui, dipohonkan mendapat segala kebaikan dan menolak sebarang mala petaka.Dalam berdakwah tidak semestinya kita hanya mengambil ayat-ayat berkaitan akidah.

Sebabnya masih banyak lagi ayat Allah yang berkaitan aspek kehidupan dan sosial yang mampu menjangkau sempadan agama.Antaranya, ayat yang menerangkan interaksi antara pelbagai kaum sebagaimana yang dijelaskan dalam firman Allah dalam surah al-Hujurat: 13.Dalam bab menjaga alam sekitar pula, kita boleh merujuk kepada surah ar-Rum: 41 yang membicarakan berlakunya pelbagai kerosakan di muka bumi akibat perbuatan manusia. Malangnya, dalam bab menjaga alam sekitar ini adakalanya orang bukan Islam lebih peka berbanding umat Islam.Dalam bab sembahan orang bukan Islam misalnya, kita juga dilarang mencerca tuhan mereka atau menimbulkan provokasi akidah kepada agama mereka sebagaimana dijelaskan dalam surah al-An’aam: 108.Untuk mengelak kemalangan jalan raya pula, kita boleh menggunakan surah an-Nisa’ ayat 29 yang bermaksud, Janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sentiasa mengasihi kamu. Ayat ini beserta maksudnya boleh ditampal di tepi lebuh raya untuk memberi peringatan supaya memandu secara berhemah.


MEGA: Ayat-ayat al-Quran digantung di rumah dan kedai bukanlah senario luar biasa di negara kita. Namun, apakah signifikan perbuatan ini kepada umat Islam?

ABDULLAH: Ayat-ayat Allah yang digantung sebagai perhiasan semata-mata tidak akan membawa apa-apa erti jika ia tidak diamalkan dalam kehidupan.Bagaimanapun, ramai yang salah faham tentang ayat al-Quran dan menggunakannya bagi tujuan materialistik. Sehinggakan sesetengah ayat itu mempunyai nama tertentu.Contohnya, ayat untuk melepasi sekatan kastam iaitu surah Yasin ayat 9; ayat pengasih (Ali-Imran: 14 & 31); ayat sakit mata (Yusuf: 93 & Qaf: 22); mengubat sakit jantung (Yunus: 57); sakit kepala (al-Waaqiah: 19) dan sakit tulang (Yasin: 78 & 79).Hal ini berlaku mungkin kerana salah tafsiran maksud perkataan syifa’ dalam surah al-Israk: 82 yang difahami sebagai penyembuh penyakit. Menurut Imam Ibnu Kathir, maksud syifa’ di sini ialah menghilang atau mengubati penyakit hati seperti ragu tentang kewujudan Allah, sifat munafik, syirik atau terpesong daripada kebenaran.

MEGA: Jadi, adakah salah kita menggunakan ayat-ayat al-Quran dalam kaedah perubatan?

ABDULLAH: Tidak salah kita berubat dengan ayat-ayat Allah tetapi tuntutan yang lebih utama ialah memahami ayat itu mengikut maksud yang sebenar. Al-Quran boleh dijadikan ubat kerana ia mukjizat Allah.Jika ayat-ayat al-Quran diturunkan semata-mata untuk perubatan fizikal seperti kepercayaan sesetengah orang mengapa Rasulullah dan para sahabatnya bermati-matian berperang untuk mempertahankannya?

Sudah pasti ada sesuatu yang lebih penting di sebalik itu.MEGA: Persoalannya bagaimana menjadikan manusia ketagih membaca al-Quran?ABDULLAH: Kata pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta. Demikianlah ibaratnya kita dengan al-Quran. Nampak macam dekat tetapi sebenarnya al-Quran jauh dari kita.Kita membaca al-Quran tetapi tidak ramai yang memahami tafsirannya secara betul atau mengenali al-Quran dalam erti kata sebenar. Oleh sebab itulah, Al-Imam Al-Zamakhzyari mengatakan belajar tafsir al-Quran untuk benar-benar memahaminya adalah fardu ain.

Hakikatnya, sesiapa yang mendampingi kitab suci ini dalam erti kata memahaminya akan merasai ia sesuatu yang tidak akan habis digali.Ramai tidak ketagih membaca dan menghayati al-Quran disebabkan kita gagal mencontohi kaedah yang ditunjukkan oleh Rasulullah.Baginda mengamalkan empat cara di dalam membawa al-Quran kepada generasi sahabat iaitu tilawah- membaca secara betul dan bertajwid kepada para sahabat; menafsirkan ayat supaya tidak ada lagi keraguan; menyuruh sahabat mengamal/menghayati ayat tersebut dan menyuruh mereka menghafalnya.Pendek kata, kombinasi empat perkara ini mampu melahirkan insan yang berperibadi al-Quran.Kesilapan kita sekarang adalah tumpuan yang berlebihan mempelajari ilmu tajwid sahaja atau mempelajari tafsir tetapi mengabaikan kepentingan tajwid atau menghafal tanpa memahami al-Quran.

MEGA: Sesetengah masjid dan surau menyiarkan bacaan al-Quran melalui pembesar suara.

Adakah ini bertepatan dengan ajaran Islam?ABDULLAH: Memang pada mata kasar manusia yang dangkal ilmunya perbuatan sedemikian tidak salah. Namun, kalam Allah itu tidak boleh dibazirkan begitu sahaja.Sebenarnya ini adalah satu lagi kesilapan berinteraksi dengan al-Quran akibat kejahilan. Allah menegaskan dalam firman-Nya, Dan apabila al-Quran itu dibacakan maka dengarlah serta diamlah supaya kamu beroleh rahmat. (al-A’raaf: 204).

Perkataan dengarlah dalam ayat ini bermaksud mendengar dengan penuh perhatian.Ibnu Jauzi dalam bukunya, Talbis Iblis (Belitan/Tipuan iblis) menyifatkan di antara orang yang ditipu oleh iblis ialah sesetengah orang yang memperdengarkan bacaan al-Quran di menara masjid pada waktu malam dengan suara yang kuat sehingga mengganggu orang tidur.Situasi yang sama boleh dikaitkan dengan penggunaan pembesar suara. Perbuatan begini sudah pasti menganggu masyarakat sekeliling yang sedang beristirehat, juga menjadi provokasi kepada bukan Islam. Provokasi dilarang sebagai dalam ayat 108 surah al-An’aam di atas.

Tambah buruk lagi ia mengakibatkan orang bukan Islam mengutuk al-Quran sebagaimana yang berlaku pada zaman Nabi yang membawa kepada penurunan ayat 110 surah al-Israk.Selain itu, pastinya kita tidak dapat menjamin masyarakat sekeliling akan diam mendengar ayat-ayat Allah yang diperdengarkan itu. Akibatnya, niat yang nampaknya baik bertukar menghina al-Quran itu sendiri.

Thursday, March 6, 2008

Kita Bergembira, Mereka Terus Mencari Syurga

ASSALAMUALAIKUM.W.B.TUH.





perkongsian buat kita, sedang kita enak berSyawal di Malaysia dan bumi lainnya, di sana (Palestin): 7000 keluarga syuhada yang ditinggalkan oleh suaminya atau anaknya atau keluarganya yang syahid, iaitu dari intifada pertama hingga intifada kedua. lebih dari 50,000 kaum Muslimin Palestine yang terluka dan cacat akibat penangkapan dan penyiksaan yang dilakukan kaum Zionis-Israel.





Saya juga ingin menyatakan kepada kalian semua kaum Muslimin, sekarang terdapat lebih dari 12,000 orang tawanan yang masih berada di penjara-penjara Israel . ada lebih dari 10,000 rumah kaum Muslimin Palestine itu dihancurkan oleh tentara Zionis Israel. 500,000 kaum Muslimin Palestine yang tidak boleh bekerja kerana cacat dan lumpuh seumur hidup disebabkan penyiksaan yang dilakukan oleh tentera Zionis sekarang penduduk palestine hanya boleh melakukan solat di Masjidil Aqsa sekitar 50,000 orang sahaja itu pun dengan satu syarat iaitu mestilah berusia 50 tahun ke atas. perhatikan artikel di bawah dengan hati dan doa, insyaAllah.





MESTI BACA : Ucapan Aktivis Hamas di Indonesia.

" Pada hari Jumaat, 28 September 2007 bersamaan 17 Ramadhan 1428 H, Indonesia menerima kunjugan seorang pejuang Palestine yang istimewa.

Syeikh Abu Bakar pernah ditangkap sebanyak 5 kali oleh tentera Zionis sehingga mengakibatkan beliau buta.

Beliau yang datang sebagai memenuhi jemputan Eramuslim (http://www.eramuslim.com/) dalam Majlis Iftar Jama'iy itu mengenakan pakaian gamis putih dan turut memberikan ucapan kepada hadirin.Bismillahirahmanirahiim, Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Saya mencintai kamu semua karena Allah, mengapa saya mencintai kalian karena Allah? Karena kalian hamba-hamba-Nya, yang berpuasa, yang mendirikan solat lima waktu, yang memberi sedeqah, mengeluarkan zakat, serta beramal hanya kerana Allah, ikhlas. Dan jangan lupa, "Sesungguhnya kemenangan kaum Muslimin itu semata-mata hanya kerana ketaatan kita kepada Allah SWT. Jika kita jauh dari Allah dan tidak taat kepada Allah, maka kemenangan akan menjauhi kita.

"Saya teringat suatu pesan dari Umar ibn Khattab kepada Saad Abi Waqqash yang mengatakan bahawa nasab kita hanya dihitung jika kita taat kepada Allah. Sesungguhnya, kita dengan musuh-musuh kita adalah sama. Yang membezakannya hanyalah mereka bermaksiat dan tidak beriman kepada Allah, sedangkan kita—mengapa kita perlu menang atas kaum kafir dan musuh-musuh Allah, semata-mata kerana kita beriman dan taat kepada Allah. Jika kita melakukan kemaksiatan seperti yang mereka lakukan, maka kita akan kalah dan terhina di hadapan kaum kuffar.

"Sesungguhnya kemenangan itu tidak akan datang kecuali atas izin pemiliknya, iaitu Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Pemberi." Saya di sini berbicara kepada anda semua atas nama bangsa Muslim Palestine yang dijajah oleh Zionis-Israel, saya juga berbicara di hadapan kalian ini atas nama pejuang-pejuang Palestine, iaitu HAMAS, saya juga berbicara di hadapan kalian atas nama seluruh ulama-ulama Palestine yang diusir dari negaranya, saya akan memberikan beberapa maklumat terkini tentang apa yang terjadi terhadap kaum Muslimin Palestine:
Sayang sekali, sang anak ini tidak sempat untuk berjuang...masih sempatkah kita?Pertama, sekarang terdapat lebih dari 7000 keluarga syuhada yang ditinggalkan oleh suaminya atau anaknya atau keluarganya yang syahid, iaitu dari intifada pertama hingga intifada kedua. Yang kedua, sekarang terdapat lebih dari 50,000 kaum Muslimin Palestine yang terluka dan cacat akibat penangkapan dan penyiksaan yang dilakukan kaum Zionis-Israel.

Saya juga ingin menyatakan kepada kalian semua kaum Muslimin, sekarang terdapat lebih dari 12,000 orang tawanan yang masih berada di penjara-penjara Israel. Mereka mengalami berbagai penyiksaan bahkan banyak yang sampai menemui syahid atau cacat seperti saya. Saya juga ingin menyatakan bahawa ada lebih dari 10,000 rumah kaum Muslimin Palestine itu dihancurkan oleh tentara Zionis Israel dan sekarang ini kami dipisahkan dengan adanya pembangunan tembok-tembok pemisah yang sangat kukuh dan tingginya sampai 10 meter. Sehingga sekarang ini kami dipisahkan dari rumah-rumah kami, kami dipisahkan dari hospital kami, kami dipisahkan dari universiti-universiti kami, dari jiran-jiran kami sehingga kaum perempuan kami pun untuk melahirkan anak di hospital pun tidak boleh.

Ramai wanita-wanita kami terpaksa melahirkan anak di pinggir-pinggir jalan sahaja atau pun di perbatasan-perbatasan yang sengaja dibuat oleh tentara-tentara Zionis-Israel. Sekarang ini terdapat 500,000 kaum Muslimin Palestine yang tidak boleh bekerja kerana cacat dan lumpuh seumur hidup disebabkan penyiksaan yang dilakukan oleh tentera Zionis ke atas kami.

Adakah kita hendak menunggu ahli keluarga kita menjadi mangsa, baru kita kan sedar?Dahulu kami, sekitar 500,000 Muslim Palestine boleh menunaikan solat berjamaah di Masjidil Aqsa, tetapi sekarang kami hanya boleh melakukan solat di Masjidil Aqsa sekitar 50,000 orang sahaja itu pun dengan satu syarat iaitu mestilah berusia 50 tahun ke atas.

Dan perlu diketahui juga bahawa sekarang ini Al-Aqsa sedang berteriak memanggil umat Islam yang berada di seluruh dunia kerana sekarang ini Al-Aqsa tinggal masa menunggu keruntuhannya. Di bawah Al-Aqsa, Zionis-Israel telah melakukan penggalian di sana-sini, kononnya untuk di buat parit-parit dan sebagainya, yang akhirnya jika Al-Aqsa akan runtuh dan di atasnya akan dibangunkan kembali Haikal Sulaiman. Wahai Saudaraku, selamatkanlah Al-Aqsa, kerana Al-Aqsa ini akan segera runtuh jika kaum Muslimin tidak segera membantunya.

Saya juga akan menyampaikan khabar tentang pejuang-pejuang kaum Muslimin Palestine, terutama HAMAS: Pertama, kami sesungguhnya telah berjaya di dalam pilihanraya umum, HAMAS berjaya memenangi kerusi parlimen dengan memperolehi 60% dan kami juga berjaya mengusir keluar tentera Zionis-Israel dari Semenanjung Gaza yang panjangnya 350 kilometer, sehingga kini tentara Zionis-Israel tidak mampu lagi untuk masuk ke Semenanjung Gaza walau hanya sejengkal pun. Allahu Akbar! Kedua, Dan kami juga ingin menyampaikan berita bahawa kami telah kembali membangunkan hospital-hospital, universiti-universiti Islam di Gaza, dan kami juga berjaya dengan dakwah dan tarbiyah kami sehingga kami dapat menciptakan generasi-generasi Islam yang dekat dengan Al-Qur'an dan As sunnah Rasulullah SAW.

Saya sendiri kuatir, bukan kuatir dengan pejuang-pejuang, para mujahidin Palestin, tetapi saya kuatir dengan diri saya dan kalian semua yang ada di Indonesia yang sekarang masih menunggu di jalan jihad. Kita sedang menunggu untuk sampai tiba di sana, tetapi mereka telah ada di sana dan menunggu untuk boleh mendapat syahid atau hidup mulia. Jika kita semua ingin tiba di sana, berdoalah kepada Allah dan tetaplah istiqamah sehingga nantinya kita termasuk orang-orang yang dipilih Allah untuk membebaskan al-Aqsa dan kita boleh melaksanakan solat berjamaah di sana dengan aman. Mungkin ini saja dari saya, Wa bilahi taufiq wal hidayah, Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

The Oneness of God



the only ONE..



The oneness of the Divine Being requires that all submission must be to Him. There’s nothing in people’s mind or in their lives which is not subject to God’s authority. The oneness of God means that there is only One Being who has the right to set values & standards for people to require them to submit to Him, obey Him, and implement the legislation He has enacted for them in all the affairs of their lives.


There is only one faith, namely, pure submission to God alone, which is acceptable to Him. When we said that the only true faith acceptable to God is self-surrender to Him, we mean true Islam. This is not merely a claim to be stated, a flag to be raised or a detached academic concept to be discussed which does not stir hearts or minds, or even a set of acts of worship such as Prayer, fasting & pilgrimage. This is not the sort of Islam which God describes as the only faith acceptable to Him.



True Islam means complete obedience, total submission to God & the implementation of His revelations in human life, as stated in the Quran. Islam also means the oneness of the Divine Being who is the Eternal Master of all. People of earlier revelations used to confuse the person of God & the person of Jesus Christ.


They also confused God’s will & that of Christ’s. They disagreed among themselves so violently that they fought & killed one another on numerous occasions. God, therefore, makes the reasons for these disputes clear for both the people of earlier revelations & for the Muslim community. Their disputes did not arise out of ignorance of the truth. They had been given certain knowledge of God’s oneness & the fact that He is the only Lord in the universe.


They were also given the knowledge they needed about human nature & true submission to God. They simply disagreed ‘through mutual aggression’ when they abandoned the course of justice embodied in the faith & the law of God revealed to them.

Sunday, March 2, 2008

ROH UMAT ISLAM

nukilan:MOHD NUR AL SUFI BIN ROMELE

Seringkali kita mendengar pelbagai bahana telah melanda dunia umat islam. Umat islam bagaikan boneka yang dipermainkan untuk menghiburkan dunia. Yang peliknya umat islam sendiri terhibur dengan permainan boneka itu. Yang sudah pasti tukang dalangnya ialah golongan yang ingin menjatuhkan islam iaitu yahudi dan nasrani. Melalui hasutan yahudi dan nasrani inilah golongan yang lain seperti Buddha dan hindu turut berkolaborasi dengan mereka. Tidak lupa juga umat islam yang menjadi zombie mereka turut memainkan peranan yang penting dalam menjadi gunting dalam lipatan umat islam. Wah, betapa hebatnya mereka. Boneka umat islam ini dimainkan dengan perbagai jenis cerita menarik hinggakan dunia tak jemu melihat persembahan mereka. Mereka tak akan berhanti kerana ramai yang melihat persembahan mereka dan mereka mendapat untung yang lumayan. Kenapa ada umat islam ada yang jadi boneka dan ada yang jadi zombie? Bukankah umat islam itu satu? Umat islamkan dibawah satu akidah ynag sama? Kenapa umat islam menjadi boneka? Kenapa umat islam menjadi zombie? Kenapa sampai sebegitu rupa keadaan islam? Marilah kita lihat firman ALLAH dalm surah al-baqarah ayat 120:

“orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikut jalan mereka…”

Kenapa umat islam tidak menentang mereka? Sebenarnya umat islam tidak mampu sekarang. Adapun boneka yang menyedari dirinya dipermainkan mereka tidak mampu berbuat apa-apa. Umat islam sudah kehilangan roh yang sempurna. Apakah roh umat islam? Islam lah roh mereka. Islamlah kekuatan mereka. Roh mereka tidak sempurna jika islam mereka tidak sempurna.Roh yang sempurna dapat dihasilkan dengan mengambil islam secara keseluruhan seperti firman ALLAH dalam surah al-baqarah ayat 208

“ wahai orang-orang yang beriman , masuklah ke dalam islam secara keseluruhan…”

Kesempurnaan roh akan memberikan kekuatan yang luar biasa kepada pemiliknya. Pemiliknya akan mampu menghadapi segala mehnah dan tribulasi tanpa masalah. Seperti mana sahabat rasulullah dahulu, mereka tidak pernah merasa lemah di hadapan manusia dan mereka mampu menguasai dunia, islamlah yang telah memuliakan mereka dihadapan manusia kerana mereka yayin segala sesuatu yang wujud adalan datangnya dari ALLAH. Setiap cabaran dan rintangan yang mereka hadapi adalah merupakan ujian dari ALLAH yang akan menambahkan iman mereka, mematangkan mereka dan menambahkan pengertian mereka tentang hakikat kehidupan yang sebenar.

Firman ALLAH dalam surah al-imran ayat 139-142:
“ janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang beriman. Jika kamu (pada perang uhud ) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum ( kafir) itupun ( pada perang badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa( kejayaan dan kehancuran) itu.kami mempergilirkan antara manusia( agar mereka mendapat pelajaran)dan supaya ALLAH mebezakan orang-orang beriman (dengan orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikan-NYA (gugur sebagai) syuhada’.dan ALLAH tidak menyukai orang-orang yang zalim. Dan agar ALLAH membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang kafir. Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi ALLAH orang-orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang-orang yang bersabar”.

Sebenarnya jelas bagi kita bawa sahabat mempunyai iman yang kental kerana mempunyai roh islam yang tinggi hasil dari tarbiyyah Rasulullah saw.

Sekarang roh umat islam semakin menghilang dan kebanyakannya sudah tiada. Inilah penyebab umat islam menjadi boneka dan zombie. Umat islam akan ikut rentak yang telah di aturkan oleh musuh islam untuk memusnahkan islam kerana tiada pegangan yang kuat. Pendoktrinan memainkan peranan penting dalam menghasilkan zombie(mayat hidup) yang akan membantu musuh islam dalam merealisasikan perencanaan mereka. Segala pebuatan dan pemikiran mereka telah dibasuh dan diprogramkan untuk mencintai dunia. Dunia adalah segalanya bagi mereka. Akhirat cuma perkataan dimulut sahaja.

Sepertimana marhum sabda Rasulullah saw, “ akan tiba satu zaman diman umat islam akan dikerumuni oleh semua bangsa di seluruh dunia, seperti mereka ingin memakan hidangan makanan. Sahabat bertanya “adakah umat islam sedikit pada waktu itu”. Rasulullah menjawab” Tidak,bahkan kamu banyak seperti buih di waktu banjir. Tetapi ALLAH telah mencabut rasa gerun dihati musuh-musuh kamu terhadap kamu dan ALLAH mencampakkan penyakit wahan ke dalam hati kamu”. Sahabat bertanya “ Apakah wahan itu ya, Rasulullah?” Rasulullah menjawab “cintakan dunia dan takutkan mati”.”

Begitulah perencanaan orang kafir dalam memusnahkan islam. Mereka menkaji setiap kelemahan umat islam. Mereka tidak pernah berhenti. Seperti yang dilihat sekarang pelabelan islam sebagai terrorist diterima oleh semua penduduk dunia temasuklah sebahagian umat islam. Umat islam sendiri yang mengecam umat islam. Roh umat islam sudah tiada. Selamatkanlah umat islam, ya ALLAH!

Dalam dunia globalisasi sekarang , sedar tak sedar umat islam sebenarnya hidup dalam lingkungan ideology-ideologi kiri dan kanan. Ideology ini telah membasuh pemikiran dan hati umat islam dalam melihat keagungan islam dan seterusnya membawa mereka kearah pemikiran materialistic yang palsu. Kemunculan idealogi ini adalah hasil dari falsafah-falsafah yang direka oleh manusia dalam membentuk sebuah masyarakat yang cemerlang mengikut acuan mereka sendiri. Penghasilan ideology ini juga disebabkan tekanan dalam msyarakat itu sendiri contohnya kongkongan pihak gereja semasa zaman gelap. Kemudian ideology ini termodifikasi dan terasimilasi dalam seluruh masyarakat dunia mengikut keadaan msyarakat tersebut contohnya kadar kapasiti penduduk di china membuatkan mereka mudah untuk menerima system komunis. Ideology-ideologi inilah telah merosakkan akal dan hati umat islam sehingga menghasilkan umat islam berbentuk boneka dan zombie. Peresapan ideology ini adalah salah satu strategi musuh islam dalam melaksanakan agendanya. Oleh itu, wajib bagi umat islam mengetahui epistemology berkenaan ideologi ini.

Umat Islam masih boleh diselamatkan, roh umat islam masih boleh dikembalikan semula kerana itulah janji ALLAH. Persoalannya adakah kita akan menjadi perintis dalam pergerakan evolusi tersebut? Ataupun kita hanya menjadi penonton sahaja? Alangkah ruginya kita jika hanya jadi penonton sahaja. Jadi marilah kita mengorak langkah dalam mempersiapkan diri kita dengan perbagai persiapan dan bekalan untuk menuju kearahnya. Dan ingatlah ALLAH selalu bersama orang-orang yang benar.
BERSAMBUNG DALAM TR2

GENERASI ISLAM PERTAMA

nukilan : nur al-sufi

Zaman kegemilangan islam telah mengubah banyak peradapan masyarakat di seluruh dunia. Kegemilangan ini telah mengejutkan dunia pada waktu itu yang dikuasai oleh pengaruh yunani dan rom. Siapa yang menyangka disebuah tempat yang terpancil yang dikelilingi bukit-bukau lahirnya sebuah tamadun yang cukup hebat. Sehingga dapat menguasai sebahagian besar dunia ini. Tamadun ini membangun bukan atas dasar kepentingan sekelompok sahaja tetapi memberikan kesejahteraanya ke seluruh alam. Ianya adalah hasil tarbiyyah yang cukup cemerlang ke atas golongan yang dipanggil Sahabatul Rasulullah. NABI MUHAMMAD SAW lah yang mentarbiyyah mereka dengan manhaj yang cukup agung yang bukannya datang dari pemikiran manusia tetapi pencipta manusia yang agung iaitu ALLAH SWT. Manhaj ini tidak akan berubah selama-lamanya. Kesedihan yang amat sangat apabila manhaj ini dilupakan oleh kebanyakan orang islam pada zaman sekarang. Kealpaan ini menyebabkan umat islam tidak dapat mencapai sepertimana yang dicapai oleh generasi pertama islam iaitu golongan para sahabat Rasulullah.

Rasulullah saw memuji mereka dengan sabdanya, “ abad yang sebaik-baiknya adalah abadku ini, kemudian abad berikutnya dan kemudian abad berikutnya”. (Jabir-Zurqani)

Para sahabat ialah golongan yang pernah bersama Rasulullah walaupun sekejap, mereka amat kasih pada rasulullah dan Rasulullah amat kasih kepada mereka. mereka rela mengorbankan apa sahaja demi menjaga Rasulullah dan islam itu sendiri. Mereka redha pada ALLAH dan ALLah redha mereka. ALLAH telah menukilkan keadaan mereka dalam al-Quran dalam surah al-fath ayat 29:

“ Muhammad itu utusan ALLAH dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari kurnia ALLAH dan keredhaanNya. Tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah ia dan tegak lurus di atas pokoknya. Tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya , kerena ALLAH hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). ALLAH menjadikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh antara mereka keampunan dan pahala yang besar”.

Dan ALLAH SWT memuji mereka lagi dalam surah at-taubah ayat 100:

“ Orang-orang yang terdahulu lagi yanag pertama-tama (masuk islam) di antara orang-orang muhajirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, ALLAH redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada ALLAH dan ALLAH menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai dibawahnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar”.

Kehebatan para sahabat terserlah bukan sahaja dihadapan manusia biasa sahaja tetapi juga kepada raja-raja yang memerintah kerajaan yang besar pada waktu itu. Seperti mana yang digambarkan dalam sirah, seorang sahabat , Jaafar bin Abi Talib bersama-sama dengan sahabat lain yang diperintahkan oleh Rasulullah untuk berhijrah ke Habsyah (Etiopia) telah dipanggil oleh Raja Habsyah, an-Najasyi dan diperintahkan sujud hormat kepada raja tersebut, dengan tegas Jaafar menjawab” kimi hanya sujud kepada ALLAH”. Nah, lihatlah betapa hebatnya mereka yang benar-benar berada dalam kebenaran. Mereka tidak akan tunduk kepada manusia yang juga makhluk yang sama sepertinya tetapi mereka menyerahkan segala-galanya kepada pencipta mereka. Sayangnya, manusia sekarang ini tunduk dan patuh kepada menusia sendiri, menganggap manusia yang disembah itulah segala-galanya bagi mereka. tanpanya, mereka tidak boleh hidup, merasakan rezeki mereka berada ditangan menusia yang disembah tersebut. Mereka memuja dan memujinya sedangkan mereka sedar bahawa segala pujian hanya bagi ALLAH. Kebanyakan golongan yang disembah ini selalunya terdiri dari pemimpin. Kerosakan akidah umat islam berleluasa. Umat islam tidak akan mencapai kejayaan selagi kepercayaan taghut ini masih berada dalam hati mereka. apatah lagi ingin mendapatkan syurga ALLAH.

ERTI SEBUAH PENGORBANAN

nukilan: al-sufi

Alhamdulillah, dari ALLAH kita datang dan kepada ALLAH kita kembali. Sejak di alam roh kita telah berjanji dengan ALLAH untuk taat dan mengabdikan diri kepada-NYA dengan sepenuhnya, tetapi setelah dilahirkan di alam syuhada’, kita telah melupakannya. Tetapi ALLAH SWT telah mendatangkan seorang rasul dari kalangan manusia yang berat atasnya beban yang dipikulnya untuk menjadi panduan dan petunjuk kepada seluruh umat manusia mengingatkan kembali janji kita dengan ALLAH SWT supaya kita tidak mendapat azab yang pedih di hari yang kemudian dan moga–moga mendapat syurga yang penuh nikmat kebahagiaan. InsyaALLLAH.

Oleh itu, wajib atas kita percaya bahawa Islam merupakan agama yang sempurna dan diredhai oleh ALLAH. Asas bagi islam adalah akidah Islamiyyah yang didalamnya terkandung element keimanan dan ketakwaan yang menjadi dasar dalam menentukan darjat seseorang disisi ALLAH SWT. Dalam mengukuhkan keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH SWT, satu-satunya cara adalah melalui pengorbanan. Kita lihat dalam sirah nabawiyyah, kekuatan RASULULLAH dan para sahabat adalah didapati melalui pengorbanan dan bersusah payah dalam perjuangan dakwah. Jika ALLAH berkehendak meletakkan hidayah kepada semua manusia dimuka bumi pada waktu itu nescaya semuanya akan beriman kepada ALLAH SWT. Tetapi mengapa ALLAH SWT, meletakkan Rasulullah dan para sahabat dalam keadaan genting dan menyiksakan semasa menegakkan Islam? Ini kerana ALLAH SWT, ingin menguji mereka sepertimana firman ALLAH dalam surah al-ankabut ayat 2-3,

“Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “kami telah beriman,”sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji (mencabar) orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta”.

dan ALLAH SWT menjelaskan lagi dalam surah al imran ayat 142,

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi ALLAH orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar”.

Dengan itu, jelaslah bagi kita bahawa keimanan dan ketakwaan bukannya sesuatu yang mudah dicapai walaupun mempunyai ilmu yang menggunung tinggi. Ilmu merupakan alat untuk kita melakukan pengorbanan untuk mendapatkan keimanan dan ketakwaan yang mantap. Imam Al-ghazali menyatakan ilmu tanpa amal bagai pohon tanpa buah. Amal yang dimaksudkan boleh juga dirujuk sebagai pengorbanan.

Dunia sekarang telah banyak menipu pandangan mata dan juga pandangan hati kita. Kita sudah tidak dapat membezakan yang manakah permata dan yang manakah kaca. Justeru itu, untuk membezakan kaca dan permata ia perlu diuji dahulu dengan ujian yang teliti dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Begitulah perumpamaan bagi manusia, untuk menilai ketulenan iman seseorang ia perlu diuji. Usah bicara sebelum diuji. Sudah menjadi fitrah manusia dalam inginkan kesenangan hidup yang materialistik tetapi, ingatlah yang terbaik hanyalah disisi ALLAH seperti dalam surah al imran ayat 14-15.

“dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita-wnita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan , binatang-binatang ternak dan sawah lading, itulah kesenangan hidup di dunia dan disisi ALLAH lah tempat kembali yang baik(syurga)”. Katakanlah: ingatlah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu? Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada ALLAH) pada sisi Tuahn mereka ada syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai , mereka kekal di dalamnya.

Memang tidak dinafikan manusia dilahirkan dengan fitrahnya begitu, tapi harus diingat akal adalah penimbangtara untuk menentukan apakah yang terbaik. Apabila tiba satu masa dimana kta terpaksa memilih dunia atau pun ALLAH dan Rasul-NYA, maka pada waktu itulah akal akan memberi ekspresi terhadap perkara tersebut, dan pada waktu itulah kekuatan iman dan takwa akan membantu. Sepertimana dalam al-Quran menyatakan dalam surah at-taubah ayat 24

“katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai dari ALLAH danRasul-NYA dan berjihadlah dijalanNYA, maka tunggulah sehingga ALLAH mendatangkan keputusannya dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”.

Jelas bagi kita bahawa untuk mendapat keredhaan ALLAH bukannya sesuatu yang mudah. Kita terpaksa mengorbankan segala yang berbentuk realistik dan emperikal untuk mendapatkan dunia yang abadi. Jika diajukan soalan berkenaan adakah kita perlu mengorbankan kasih sayang ibubapa kerana Islam? Ya, perlu dimana bukan nya bermaksud kita perlu mengabaikan dan meninggalkan mereka bahkan kita perlu membahagiakan mereka dengan sebaiknya dan memberikan yang terbaik untuk mereka. Tetapi kita harus faham ibubapa kita tidak fahm sepertimana yang kita faham, oleh itu kita perlu mengunakan pendekatan yang terbaik dalam meletakkan mereka pada situasi yang sesuai dalam perjalanan dakwah. Kita melakukan pengorbanan ini bukan sahaja untuk mendapat kebahagiaan diri sendiri bahkan untuk ibubapa kita seterusnya seluruh umat manusia di akhirat kelak. Berdoalah kepada yang YANG MAHA AGUNG supaya DIA memberi faham kepada umat manusia khususnya ibubapa kita sendiri sepertimana kita faham betapa pentingnya pengorbanan dalam pejuangan menegakkan Islam dan meletakkan al-Quran sebagai perlembagaan yang tertinggi. Sahabat Rasulullah, Mus’ab bin Umaiyah seorang anak seorang bangsawan, telah mengorbankan segalanya hinggakan semasa dia mati Rasulullah menangis melihat keadaannya yang memilukan, dia tidak mempunyai kain yang cukup untuk mengkafankan drinya. Ya, sahabat . mendapat redha ALLAH, cukup susah. Kadang kala kita terpaksa menjadi gharib(pelik dari manusia biasa)

Sabda dari Rasulullah saw,” islam itu datang daripad gharib(dagang) dan akan kembali gharib(dagang), maka beruntunglah bagi orang-orang yang gharib(dagang).

Adakah wajib untuk kita berjuang sehingga sebegitu rupa? Bukankah kita sudah aman? Bukankah kita dah mempunyai negara Islam? Sudah ramai orang yang bejuang kenapa mesti kita? Cukuplah dengan amal ibadat yang dibuat, kita dah lakukan tahajud setiap malam, tak cukup lagi ke? aku dah berdakwah, tak perlulah terlalu estrim sehingga mengorbankan akademik? Bukankah belajar ilmu itu satu jihad, dan aku dah berjihad melawan hawanafsu aku bukankah aku dah layak untuk syurga ALLAH?

Inilah persoalan persoalan yang akan bermain dalam minda kita yang serba dangkal ini. Kita masih belum matang dan skop pemikiran masih sempit apatah lagi mengatakan diri mengenali islam. Kita tidak melihat kepada saudara- saudara kita yang lain yang memerlukan kita untuk menyelamatkan mereka dalam gelombang maksiat , sedangkan kita masih mementingkan diri sendiri, inikah ajaran ISLAM yang dibawa oleh Rasulullah, yang ditunjukkan Rasulullah? Islam tidak akan berjaya selagi pemikiran ini masih wujud dalam minda golongan yang mengatakan mereka memahami Islam. Tepuk dada Tanya iman.

Sabda Rasulullah saw,”Tidak beriman seorang itu, jika dia tidak menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri.”

Pemikiran umat Islam sekarang telah dijajah oleh musuh ALLAH, kita perlu membebaskan penjajahan ini dari diri umat islam. Kita tidak mampu berseorangan dalam usaha ini , kita memerlukan teman yang memahaminya sama seperti kita memahami islam. Sahabat kita perlu bersatu, sahabat kita perlu bergabung , sahabat mari kita contohi rasulullah. Sahabat, rasulullah pun memerlukan sahabatnya untuk berjuang tetapi kenapa kita berseorangan? hebatkah kita sehingga boleh mengatasi dakwah Rasulullah.


Akhir kata, hidup sebagai hamba bukannya mudah, kita perlu terus melakukan kerja sehingga kita meninggal dunia. Semasa menbuat kerja perlulah melakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh semoga tuan kita menyayangi kita. Hidup ini satu perjuangan, jika berhentinya perjuangan nescaya berhentilah hidup kita. Semoga ALLAH memberi kefahaman yang sejati kepada kita dalam mendaulatkan ISLAM.

MASALAH UMAT ISLAM

nukilan:nur al-sufi

Kemabukan dunia telah melanda jiwa umat islam. Hampir seluruh umat islam tidak menyedari hakikat tujuan hidupnya didunia ini. Mereka sudah hilang keterikatan dengan pencipta mereka. Mereka sudah tidak mengenal diri mereka. Padahal tujuan itulah yang merupakan alasan keberadaan dan keabadian mereka untuk hidup bahagia di dunia dan akhirat. Kekeliruan di dalam jiwa umat semakin meningkat selagi semakin lama mereka mengejar dunia . materialistic adalah sesuatu yang indah dan boleh dilihat tetapi perkara sammiyyat tidak dapat dilihat dan dicapai oleh akal menyebabkan umat merasakan perkara tersebut tidak penting dan diabaikan. Inilah masalah terbesar umat islam.

Firman ALLAH dalam surah al-imran ayat 14:
“ dijadikan indah pada (pandangan ) manusia kecintaan kepada apa-apayang diingini, iaitu wnita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenagan hidup didunia dan disisi ALLAH lah tempat kembali yang baik”.

Persoalan berapa ramai orang islam mengenali yang manakah kawan dan yang manakah lawan. Bahkan penyedaran berkenaan perencanaan musuh-musuh islam adalah kurang malahan mungkin tiada langsung. Musuh islam menerapkan pelbagai program yang yang menarik dan label mengiurkan. Mereka menamakan kekafiran sebagai kebebasan, maksiat sebagai seni, kemorosotan sebagai kemajuan, dan sebagainya sehinggakan kebanyakan manusia mengikutnya dan mengakuinya bagai lembu ditarik hidung. Musuh ALLAH adalah musuh kita dan merekalah yang patut kita lawan. Musuh umat islam bukan terdiri dari orang kafir sahaja bahkan umat islam sendiri. Musuh dalam selimut adalah lebih merbahaya dari musuh luar kerana mereka akan melakukan lebih banyak kerosakan. Oleh itu wajib kita mengenali musuh dalaman islam ini.

Syeikh Sa’id Hawwa telah menyatakan dalam bukunya jundullah tsaqoofan wa ahlaqon di bahagian orang- orang dibenci ALLAH ada beberapa golongan yang dibenci ALLAH dan berpotensi menjadi musuh dalaman(munafik):

orang yang menyeleweng.
orang yang mengkehendaki tuntutan hidup jahiliyyah dalam islam.
orang yang menumpahkan darah(membunuh) tanpa alasan yang benar.
orang yang cerewet dan banyak alas an.
orang mutafaihiquun(orang yang takabur).
orang yang zalim
orang yang selalu membuet kekafiran dan dosa(fasik)
orang yang melampaui batas
orang yang berlebih-lebihan
orang yang bangga diri dan sombong
orang yang khianat
orang yang membuat kerosakan
orang yang suka bertengkar dan berbantah

umat islam perlu berjaga jaga dengan golongan diatas dan juga janganlah termasuk dengan golongan mereka.

akidah umat islam kini dirobek oleh ideology-ideologi yang dipakaikan dengan label yang menarik dan mengiurkan. Umat islam sudah tidak mengenali yang mana satukah akidah yang haq dan yang mana satukah akidah yang batil? Disebabkan pendoktrinan ideology terhadap dunia ini terlalu pesat , manusia sudah tidak mengenal kaca dan permata. Ideology ini terserap masuk tanpa disedari seperti larutan hipotonik. Penyerapannya tidak dapat dikesan dengan mata kasar tetapi kesannya cukup mengagumkan. Ideology ini telah menghasilkan umat islam yang mempunyai perbagai aliran pemikiran. Aliran pemikiran ini telah memecah belahkan umat islam menyebabkan umat islam kembali semula ke zaman jahiliyyah tetapi dalm bentuk yang baru yang dinamakan neo-jahiliyyah. Pemikiran inilah telah mewujudkan firqah yang berbagai. Contohnya terwujudnya fahaman seperti mu’tazilah, jabariah, qadariyah, murjiah dan pelbagai lagi. Fahaman yang lebih moden hasil pendotrinisasi ini ialah fahaman sekularisme, nasionalisme, sosialisme dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun , semua ini adalah ketentuan ALLAH untuk menguji manusia siapakah yang beriman dan siapakah yang berpura-pura. Sudah pasti ALLAH mengetahui segalanya. Hidup di alam sementara ini hanyalah medium yang digunakan sebagai alat untuk menuju kepada alam yang berkekalan yang menentukan adakah kita berada dalam kebenaran ataupun tidak. Tujuan perjalanan kita sebenarnya telah jelas diterangkan dalam al-Quran surah az-zariyat ayat 56:

“ dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadat kepadaku”

Kewajipan ini telah ditunaikan oleh generasi pertama islam. oleh itu, marilah kita mencontohi mereka.

12 Tingkatan Nafsu

Allah berfirman di dalam Al Quran:

"Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah orang yang mengotorinya." (QS Asy Syams 9-10)

Islam menganggap nafsu itu sebagai musuh manusia. Allah SWT telah menegaskan:

"Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan." (QS Yusuf 53)

Dalam ayat ini digunakan tiga bentuk ketegasan, yakni in–taukik, lam–taukik dan isim fiil mubalaghah. Gaya bahasa ini menunjukkan bentuk penekanan yang sungguh-sungguh bahwa nafsu akan membawa kepada kejahatan.

Nafsu adalah musuh di dalam diri manusia. Sedangkan nafsu adalah sebagian dari diri manusia. Nafsu adalah jismul latif (tubuh halus yang tidak dapat dilihat). Kejahatan nafsu harus dibuang dari diri manusia. Jika tidak dibuang maka nafsu akan menjadi musuh. Tapi walaupun kita ingin membuangnya, nafsu tetap merupakan sebagian daripada diri. Oleh karena itu, melawan hawa nafsu adalah hal yang sangat sulit.

Nafsu adalah jalan raya (highway) bagi syaitan. Ini diterangkan oleh hadis Rasulullah SAW yang maksudnya :

"Sesungguhnya syaitan itu bergerak mengikuti aliran darah, maka persempitlah jalan syaitan dengan lapar dan dahaga." (Riwayat Ahmad)
Ini menunjukkan syaitan dapat dilawan dengan melawan hawa nafsu secara mengurangi makan atau berpuasa. Jika nafsu tidak terdidik, jalan syaitan adalah besar. Sedangkan syaitan itu juga adalah musuh. Firman Allah yang maksudnya :

"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata." (QS Al Baqarah 168)

Ayat yang menerangkan tentang nafsu sebagai musuh memiliki tiga gaya bahasa penegasan. Sedangkan ayat yang menerangkan tentang syaitan hanya memiliki satu gaya bahasa penegasan. Hal ini menunjukkan bahwa nafsu lebih jahat daripada syaitan. Syaitan akan mendapat jalan atau peluang yang sangat besar untuk merusak manusia jika nafsu tidak terdidik.

Menghalau atau mengalahkan syaitan tidak bisa dilakukan dengan dijampi atau dibacakan ayat-ayat Quran. Cara melawan syaitan adalah dengan mendidik hawa nafsu. Jika nafsu terdidik niscaya syaitan akan kesulitan untuk mempengaruhi diri. Jika nafsu terdidik, jalan syaitan akan terputus. Yang boleh dilawan dengan dibacakan dengan ayat-ayat Quran adalah apabila syaitan merosak jasad lahir manusia. Jika hal ini terjadi, syaitan dapat dilawan dengan dibacakan Ayat Kursi, Surat An Naas dan lain-lain. Demikianlah menurut dalil atau nashnya. Tetapi jika syaitan menggoda dan merusak hati, bacaan-bacaan itu tidak dapat digunakan lagi. Jika hati rosak, rosaklah seluruh anggota badan. Oleh kerana itu, kita tidak perlu merisaukan tentang syaitan tetapi didiklah nafsu dan bermujahadahlah. Jika nafsu tidak terdidik maka menjadi mudah bagi syaitan untuk mempengaruhi kita. Oleh kerana itu perangilah nafsu, niscaya serangan syaitan akan tertahan.

Nafsu diperlukan untuk manusia. Namun berhati-hatilah. Karena nafsu, manusia boleh jadi akan kecewa, celaka dan masuk Neraka. Tapi nafsu juga bisa menjadi alat untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia sebelum sampai ke Akhirat.
Ketika Allah menciptakan akal, Allah bertanya kepada akal, "Siapakah kamu, siapakah Aku?" Jawab akal, "Saya hamba, Engkau Tuhan." Kemudian Allah memerintahkankan akal agar maju ke depan dan mundur ke belakang. Akal mematuhi perintah Allah. Hal ini menunjukkan bahwa akal begitu taat kepada Allah.

Kemudian Allah menciptakan nafsu. Ketika Allah bertanya kepada nafsu, "Hai nafsu, siapa engkau, siapa Aku ?" Nafsu menjawab dengan sikap membantah, "Engkau Engkau, aku aku." Karena itulah Allah murka kepada dan kemudian Allah memberikan didikan kepada nafsu agar insaf. Allah memasukkan nafsu ke Neraka selama 100 tahun, ia dipukul dan dibakar hingga hangus menjadi arang. Kemudian setelah nafsu dikeluarkan dari neraka, Allah bertanya lagi kepadanya, "Siapa engkau, siapa Aku?" Setelah semua itu, barulah nafsu mengenal Tuhannya, ia menjawab, "Engkau Tuhan, aku hamba"

Ketika Allah menciptakan Nabi Adam as, Allah memasukkan akal dan nafsu ke dalam dirinya. Ketika Nabi Adam datang ke bumi, keturunan manusia bertambah banyak. Maka peranan nafsu dan akal tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia. Kemungkaran yang terjadi di atas muka bumi ini adalah dari nafsu, bukan dari akal.
Karena akal dan nafsu ada dalam diri manusia, maka terjadilah pertentangan antara satu sama lain. Peperangan nafsu dan akal tidak pernah ada henti-hentinya. Kadang-kadang nafsu yang menang, kadang-kadang akal menang. Buktinya, jika kita berhadapan dengan perbuatan yang baik, maka nafsu akan menolaknya dan mengajak kepada kejahatan sedangkan akal mengajak kepada kebaikan. Kalau kita mengikuti nafsu, artinya kita kalah. Sebaliknya, jika kita mengikuti akal maka kita menang.

Namun bagaimanapun nafsu tetap diperlukan oleh manusia. Bila nafsu musnah, manusia juga akan musnah. Sebagai contoh adalah nafsu makan. Nafsu makan tidak akan hilang karena merupakan fitrah alami manusia. Jika nafsu makan tidak ada, manusia akan mati. Begitu juga dengan nafsu terhadap lawan jenis. Jika nafsu ini tidak ada, maka manusia tidak akan berketurunan. Pernah seorang sahabat datang kepada Rasulullah dan memberitahukan bahwa ia ingin membunuh nafsunya agar ia dapat bersungguh-sungguh berjuang. Tetapi Rasulullah melarang karena Rasulullah sendiri juga berumah tangga dan beliau menyukai jika umatnya mempunyai keturunan yang banyak. Pernah juga ada seorang sahabat yang mengatakan kepada Rasulullah bahwa ia ingin berpuasa terus menerus agar dapat lebih berbakti kepada Allah. Rasulullah juga melarangnya karena Baginda sendiri juga berpuasa dan jberbuka. Rasulullah juga tetap bermasyarakat dan berjuang untuk menegakkan kehidupan di dunia dan dan Akhirat. Jadi, Rasulullah memberi jalan tengah. Nafsu ini tetap diperlukan untuk manusia. Akan tetapi, jangan sampai salah langkah sehingga membawa kita ke Neraka. Rasulullah bersabda tentang nafsu ini,

"Ada dua lubang yang dapat menyebabkan seseorang masuk ke Neraka, yaitu lubang faraj dan lubang mulut." (Riwayat Tirmidzi)

Nafsu juga dapat kita jadikan kuda untuk ke Syurga. Sebagian orang jika mendengar kata nafsu, hanya terbayang hal-hal yang jahat saja. Sedangkan nafsu itu adakalanya jahat, adakalanya baik. Nafsu akan menjadi baik jika dilatih. Imam Al Ghazali mengibaratkan nafsu itu sebagai anjing, jika dilatih akan menjadi baik.

Para ulama telah membagi nafsu menjadi 7 peringkat :
Nafsu Ammarah
Lawwamah
Mulhamah
Muthmainnah
Radhiah
Mardhiah
Kamilah

1. Nafsu Ammarah

Allah berfirman dalam Al Qur'an, maksudnya :
"Sesungguhnya nafsu itu senantiasa mengajak kepada kejahatan." (QS Yusuf 53)
Ayat tersebut berkaitan dengan peristiwa Nabi Yusuf dan isteri perdana menteri Mesir. Barang siapa yang memiliki nafsu ammarah, maka ia tidak lagi dapat menahan diri untuk menjaga kehormatan dirinya. Bahkan seseorang yang terkenal sekalipun akan jatuh dan terhina jika menuruti nafsu ammarah. Orang yang memiliki nafsu ammarah, tidak mampu lagi menjaga diri agar tidak terjerumus ke dalam perbuatan maksiat. Karena inilah sehingga seseorang yang tidak pernah kita sangka akan melakukan maksiat, tiba-tiba minum arak, punya wanita simpanan, melakukan korupsi dan sebagainya. Hal ini adalah karena nafsu ammarah yang ada di dalam diri.

Nafsu ammarah inilah yang mendorong manusia melakukan kejahatan. Jika berhasil melakukan perbuatan maksiat, barulah terasa puas. Bahkan akhirnya manusia berlomba-lomba dalam perbuatan maksiat. Seseorang yang berada di peringkat nafsu ammarah tidak peduli dengan Akhirat. Ia mudah merasa kecewa tidak tahan dengan ujian. Kadang Allah memanjangkan umurnya agar puas dengan maksiat dan akhirnya dilemparkan ke dalam api Neraka. Orang yang mempunyai nafsu ammarah adalah ahli Neraka. Walaupun ada juga yang mencoba berpura-pura menjadi baik tapi kebaikan itu bertujuan untuk memudahkannya melakukan kejahatan dan mencari keuntungan pribadi.2. Nafsu Lawwamah
Seseorang yang sudah memiliki kesadaran dan keinsafan akan menyadari bahwa kejahatan itu dosa dan kebaikan itu pahala. Ia ingin berbuat kebaikan tetapi tidak tahan lama. Ketika jatuh dalam kejahatan, ia merasa resah tak tentu arah.Walaupun merasa puas dengan kejahatan tapi hati menderita karena perbuatan itu. Meskipun begitu, terasa sangat berat untuk keluar dari kejahatan.

Terjadi perebutan pengaruh antara nafsu dan akal di dalam dirinya. Nafsu mengajak kepada kejahatan sedangkan akal mengajak kepada kebaikan. Orang yang memiliki nafsu lawwamah belum dapat membuat keputusan untuk berbuat baik baik. Ia seperti daun yang tertiup angin, terbawa ke mana arah saja angin bertiup. Ia belum ada kekuatan untuk meninggalkan maksiat. Setelah berbuat kebaikan, ia masih melakukan berbuat kejahatan. Kadang-kadang ke tempat ibadah, kadang-kadang ke tempat maksiat. Hatinya selalu merintih kepada Allah ketika tidak dapat melawan nafsu sehingga melakukan maksiat dan tidak dapat istiqamah dalam berbuat kebaikan.

3. Nafsu Mulhamah

"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu, jalan kejahatan dan ketaqwaan." (QS Asy-Syams 8 )

Bagaimanakah rasa hati orang yang memiliki nafsu mulhamah ini? Seseorang yang berada di peringkat ini masih merasa berat ketika akan berbuat amal kebaikan. Jadi ia melakukan amal kebaikan dalam keadaan bermujahadah. Ia sanggup bermujahadah karena sudah mulai dapat merasa takut akan kemurkaan Allah dan neraka. Ketika berhadapan dengan hal-hal maksiat, sebenarnya sebagian dirinya masih rindu dengan hal-hal itu. Tetapi hatinya dapat melawan keinginan-keinginan itu dengan mengingat-ingat nikmat di Syurga.Seseorang yang memiliki nafsu mulhamah, di dalam hatinya masih banyak mazmumah atau sifat-sifat buruk. Tapi ia sudah dapat mengenali penyakit-penyakit hati yang ada dalam dirinya, hanya saja belum sanggup melawannya. Ia mencoba beribadah dengan sabar.

Apa arti sabar? Sabar adalah menahan perasaan tidak setuju di dalam hati untuk melahirkan rasa setuju. Orang yang memiliki nafsu mulhamah, jika mendapat pujian pasti masih merasa puas, senang dan berbangga. Ibadah yang dilakukan masih belum khusyuk. Bagaimanakah cara untuk melawan penyakit hati yang ada dalam diri orang yang berada di peringkat nafsu mulhamah ini? Karena penyakit-penyakit hati itu didorong oleh nafsu dan syaitan, maka untuk mengelak dari godaan syaitan dan nafsu ada baiknya mengamalkan zikir-zikir dan wirid-wirid tertentu. Syaitan dan nafsu hanya takut pada tuannya saja yaitu Allah. Bila kita berwirid dan berzikir, seolah-olah kita menunjukkan kepada nafsu dan syaitan bahwa Allah sedang melihat kita.

Amal kebajikan yang dilakukan karena Allah, bukan karena manusia, insya Allah amal kebaikan itu akan istiqomah. Jika amal kebaikan dilakukan karena orang lain atau karena guru kita misalnya, hal itu tidak akan tahan lama. Kita hanya akan melakukannya ketika ada orang lain atau ketika ada guru saja. Di belakang mereka boleh jadi kita akan berbuat maksiat. Jadi setiap kebajikan harus dilakukan karena Allah.
Orang yang berada di peringkat nafsu ini perlu dipimpin oleh guru mursyid yang betul-betul dapat mengenal jiwa muridnya dan dapat mengasuh murid-muridnya. Jika penyakit-penyakit hati itu sudah tidak ada lagi, maka sesorang itu akan akan merasakan suatu kemanisan baru dalam hatinya dan akan merasa benci dengan kejahatan. Di waktu itulah ia akan meningkat ke peringkat nafsu yang lebih baik lagi yaitu nafsu Muthmainnah.

4. Nafsu Muthmainnah

Terhadap orang yang memiliki nafsu muthmainnah, Allah berfirman dalam Al Qur'an:

"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai, maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam Syurga-Ku" (QS Al Fajr 27-30)

Hamba Tuhan yang sebenar-benarnya adalah mereka yang telah sampai ke peringkat nafsu Muthmainnah. Sebelum itu hamba juga, tetapi hamba yang didasarkan kepada dia buat atau dipaksa, bukan atas dasar keredhaan. Orang yang sudah sampai kepada nafsu ini, dia sudah dijamin Syurga.

Bagaimanakah sifat orang-orang yang memiliki nafsu Muthmainnah? Seseorang yang telah berada di peringkat ini, ketika ia dapat melakukan amal kebaikan maka hatinya akan terasa sejuk. Hatinya tenang dan puas. Ia selalu merasa rindu untuk berbuat kebaikan dan senantiasa menunggu datangnya waktu untuk beribadah kepada Allah. Mereka ini disebut sebagai penggembala matahari karena senantiasa menunggu waktu sholat. Hatinya senantiasa merasa rindu dengan Allah. Jika membaca ayat-ayat Allah yang bekaitan dengan Neraka, mereka merasa takut dan cemas. Bahkan ada yang sampai pingsan dan mati.Mereka merasa takut dengan dosa-dosanya, seolah-olah dosa-dosa itu bagaikan gunung akan menimpa kepalanya. Jika berkorban, mereka sanggup berhabis-habisan, barulah terasa puas hatinya. Senantiasa merasa cemas dengan maksiat dan berusaha mencegahnya sekuat tenaga. Doanya mustajab, dengan segera dikabulkan Allah. Rezekinya dijamin oleh Allah. Mereka senantiasa sabar dengan ujian dari Allah dan rasa sabar itu kemudian meningkat menjadi redha kepada Allah. Dengan kesabaran dan keredhaan dalam hati mereka itu maka mereka akan meningkat kepada peringkat nafsu yang kelima yaitu nafsu Radhiah.

5. Nafsu Radhiah

Sifatnya:
Walau hanya terhadap larangan yang kecil, mereka akan meninggalkan perkara yang dilarang itu dengan sungguh-sungguh. Terhadap perkara yang makruh, mereka menganggapnya seolah-olah itu perkara yang haram. Sedangkan terhdap perkara yang sunat, dianggap seolah-olah perkara yang wajib. Kalau tidak melaksanakan hal yang sunat seolah-olah berdosa. Kita dapat mempelajari kisah-kisah mereka. Kadang-kadang jika mereka mendapat musibah seperti kematian anggota keluarganya, mereka berkata "Alhamdulillah". Dalam sejarah terdapat kisah seorang seorang ibu yang anak-anaknya pergi berperangfi sabilillah. Ketika ada orang yang membawa berita bahwa anaknya telah gugur, ibu itu merasa gembira. Orang-orang yang semacam ini ini sudah mampu menjauhkan diri dari bahkan dari perkara yang syubhat. Apabila diseru kepada perjuangan di jalan Allah, mereka menyambutnya bagaikan menyambut hari raya. Kalau kita perhatikan, takbir hari raya itu adalah takbir yang dikumandangkan para sahabat setalah memeproleh kemenangan pada perang Khandak.
Sebagian dari mereka jika dilarang ke medan perjuangan mereka menangis. Di dalam Al Qur'an mereka disebut dengan "asnabul buka" sebanyak 18 orang. Ketika Rasulullah tidak memiliki cukup kendaraan untuk membawa mereka dalam peperangan Tabuk, mereka menangis siang dan malam. Mereka mengadu kepada Allah, apakah dosa mereka sehingga tidak dipilih ke medan perang. Sampai akhirnya Allah menurunkan wahyu kepada Rasulullah bahwa mereka menangis sepanjang malam karena menyangka mereka berdosa. Mereka begitu cinta dengan mati syahid. Mereka redha terhadap apa yang Tuhan redhai.

Dalam beribadah kepada Allah, mereka bukan sekedar merasakan kelezatan dalam berdoa atau membaca Al Quran, bahkan mereka juga merasakan kelezatan dalam beramal kebaikan. Akhlak mereka terpuji dan mulia di sisi Allah Mereka sanggup memberi maaf kepada orang lain bahkan ketika mereka memliki kekuasaan. Pernah seorang sahabat Rasulullah mengalamu sebuah peristiwa. Sahabat ini yang memiliki hamba sahaya. Suatu hari hamba sahaya itu membawa sebuah wadah yang berisi daging kambing. Tiba-tiba pisau yang berada di atas wadah itu terjatuh dan menimpa kepala anak sahabat tersebut yang sedang merangkak di bawah. Anak itu kemudian meninggal seketika. Karena kejadian itu, hamba sahaya itu ketakutan. Maka, sahabat tadi berkata kepadanya, "Tenanglah kamu. Anak itu milik Allah dan kini Allah telah mengambilnya kembali. Pada hari ini aku memerdekakan kamu."

Tidak ada seorangpun yang mampu melakukan hal yang demikian kecuali mereka yang memiliki nafsu Radhiah. Mereka akan merasa menderita apabila ada sahabatnya yang terjerumus dalam maksiat. Mereka akan mendoakan sahabat-sahabatnya secara khusus di malam hari agar diselamatkan dari perbuatan maksiat. Mereka juga banyak mendapat pertolongan dari Allah, di antaranya Allah memberikankan firasat yang tajam. Mereka dapat dengan mudah mengenali mana orang yang berbuat maksiat dan mana yang tidak tidak. Mereka dapat dengan mudah memimpin masyarakat karena mereka mengenal sifat-sifat hati manusia. Mereka dapat memberi nasehat-nasehat tepat kepada orang-orang yang mereka didik. Apabila mereka diusir dari masyarakat, maka tunggulah datanganya bala bencana dari Allah. Mereka juga dianugerahi oleh Allah dengan berbagai karamah. Begitu juga dengan kata-kata mereka.
Lidahnya masin, apa yang disebut insya Allah akan terjadi.

6. Nafsu Mardhiah
Inilah peringkat nafsu kekasih-keasih Allah atau wali-wali besar. Merka redha kepada Allah dan Allah pun redha kepada mereka.

7. Nafsu Kamilah
Peringkat Nafsu Kamilah adalah peringkat nafsu yang sempurna. Inilah kesempurnaan yang dimiliki oleh para Nabi dan Rasul.
Setelah kita mengetahui di peringkat manakah nafsu kita, marilah kita berupaya meningkatkannya untuk mencapai hati yang selamat dan sejahtera untuk kembali kepada Allah SWT.
nukilan:khairul syams




Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut."Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut" tanya Malaikat Pendakwa di kamar Mahkamah Akhirat Tuhan Semut.



"Errr… saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel" jawab Gadis Semut kembali. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.



"Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkan ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama?" soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis."Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan" jawab Gadis Semut."Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga" bentak Malaikat Pendakwa kepada Malaikat Pembantu yang lain."Wahai ibubapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu" tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya.



"Kami lalai tuan, Kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kamu ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama" jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.



"Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga" bentak Malaikat Pendakwa."Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?" tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut."Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan" jawab Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut.





"Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini" tanya Malaikat Pendakwa."Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan." dakwa Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut."Panggil kekamar bicara Menteri Pendidikan" bentak Malaikat Pendakwa lalu ditanya pula."Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?""Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan" terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut.



"Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu" tegas soalan dari Malaikat Pendakwa."Perdana Menteri kami, tuan" lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka."Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga" bentak Malaikat Pendakwa kepada pembantu-pembantuny a.Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu.. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi."Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini." tanya Malaikat Pendakwa dengan tegas kepada Menteri Besar."Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya. " jawab Menteri Besar lemah."Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan" tanya Malaikat Pendakwa."Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya.



Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya" lemah jawapan Menteri Besar tersebut."Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini" lontar Malaikat Pendakwa."Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.



" bentang Malaikat Pendakwa kepada Tuhan Semut dengan lengkap dan tertibnya."Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina" titah Tuhan Semut kepada Malaikat Pendakwa dan semua Malaikat seluruhnya.Jika anda seorang yang berakal, tentunya anda dapat menangkap maksud petikan ringkas cerpen diatas.



Semoga Allah tidak melaknat kita dan memasukkan kita keseluruhannya kedalam neraka atas sikap sambil lewa dan cuai kita dalam memilih pemimpin dan pimpinan negara.. Walaupun ada satu dosa kecil yang dilakukan oleh mana-mana pihak, maka kita pun akan dimasukkan kedalam neraka jika kita membiarkan dosa ini dilakukan walaupun tanpa kita sedar.Undi kita walaupun hanya sekadar satu garisan diatas sekeping kertas akan menyebabkan kita dimasukkan kedalam syurga ataupun neraka. Ingat, apakah jawapan yang mampu kita berikan diakhirat kelak sewaktu dibicarakan dihadapan Allah, Tuhan Rabbul Jalil.Ingat sumpah kita, janji kita, mission statement kita "Aku berSaksi Tiada ilah yang disembah melainkan Allah.Aku berSaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah



"Sediakanlah jawapan anda. Undilah dengan iman, amal dan akal. Jangan biarkan anda dipengaruhi dengan kebendaan dan keduniaan yang mana ianya tidak akan kekal.Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah Kematian.Setiap patah perkataan yang kita tulis, setiap apa yang kita lakukan,tangan- tangan dan kaki-kaki kita akan menjadi saksi. Tanpa cuai walau sedetik pun waktu berlalu, ada yang menghisabnya.

Kisah Semut

nukilan:khairul syams


Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut."Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut" tanya Malaikat Pendakwa di kamar Mahkamah Akhirat Tuhan Semut.

"Errr… saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel" jawab Gadis Semut kembali. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.

"Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkan ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama?" soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis."Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan" jawab Gadis Semut."Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga" bentak Malaikat Pendakwa kepada Malaikat Pembantu yang lain."Wahai ibubapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu" tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya.

"Kami lalai tuan, Kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kamu ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama" jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.

"Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga" bentak Malaikat Pendakwa."Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?" tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut."Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan" jawab Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut.


"Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini" tanya Malaikat Pendakwa."Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan." dakwa Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut."Panggil kekamar bicara Menteri Pendidikan" bentak Malaikat Pendakwa lalu ditanya pula."Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?""Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan" terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut.

"Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu" tegas soalan dari Malaikat Pendakwa."Perdana Menteri kami, tuan" lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka."Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga" bentak Malaikat Pendakwa kepada pembantu-pembantuny a.Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu.. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi."Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini." tanya Malaikat Pendakwa dengan tegas kepada Menteri Besar."Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya. " jawab Menteri Besar lemah."Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan" tanya Malaikat Pendakwa."Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya.

Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya" lemah jawapan Menteri Besar tersebut."Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini" lontar Malaikat Pendakwa."Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.

" bentang Malaikat Pendakwa kepada Tuhan Semut dengan lengkap dan tertibnya."Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina" titah Tuhan Semut kepada Malaikat Pendakwa dan semua Malaikat seluruhnya.Jika anda seorang yang berakal, tentunya anda dapat menangkap maksud petikan ringkas cerpen diatas.

Semoga Allah tidak melaknat kita dan memasukkan kita keseluruhannya kedalam neraka atas sikap sambil lewa dan cuai kita dalam memilih pemimpin dan pimpinan negara.. Walaupun ada satu dosa kecil yang dilakukan oleh mana-mana pihak, maka kita pun akan dimasukkan kedalam neraka jika kita membiarkan dosa ini dilakukan walaupun tanpa kita sedar.Undi kita walaupun hanya sekadar satu garisan diatas sekeping kertas akan menyebabkan kita dimasukkan kedalam syurga ataupun neraka. Ingat, apakah jawapan yang mampu kita berikan diakhirat kelak sewaktu dibicarakan dihadapan Allah, Tuhan Rabbul Jalil.Ingat sumpah kita, janji kita, mission statement kita "Aku berSaksi Tiada ilah yang disembah melainkan Allah.Aku berSaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah

"Sediakanlah jawapan anda. Undilah dengan iman, amal dan akal. Jangan biarkan anda dipengaruhi dengan kebendaan dan keduniaan yang mana ianya tidak akan kekal.Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah Kematian.Setiap patah perkataan yang kita tulis, setiap apa yang kita lakukan,tangan- tangan dan kaki-kaki kita akan menjadi saksi. Tanpa cuai walau sedetik pun waktu berlalu, ada yang menghisabnya.

CIRI-CIRI KEPIMPINAN PERSPEKTIF AL-MAWARDI

Kalau ingin berenang,
pertama teluk kedua pantai
Kalau ingin memimpin,
pertama elok kedua pandai


Bait pantun dua kerat melayu ini relevan denganpersedian pemilih di dalam menghadapi pilihan raya yang bakal menjelang. Pilihan raya adalah merupakan satu perkara besar yang bakal ditempoh oleh semuarakyat Malaysia. Ia memberikan satu signifikan yangbegitu penting kepada kita selaku rakyat Malaysia yangduduk di bawah sistem demokrasi. Di dalam sistemdemokrasi ini, rakyat diberikan kuasa yang besar untukmemilih kepimpinan yang bertujuan untuk membela hakrakyat dan memimpin negara selama 5 tahun akan datang.Proses pemilihan kepimpinan negara melalui lunasdemokrasi ini adalah sesuatu yang tidak bolehdipandang ringan atau enteng oleh rakyat dimana iamemerlukan satu pemilihan yang tepat memandangkan iamampu untuk memberikan kesan yang begitu besar kepadamasyarakat dan negara. Justeru itu kita wajar untukmenimbang beberapa aspek sebelum membuat keputusanuntuk memilih kepimpinan.

Dalam hal ini, Islam mengambil berat di dalam soalpemilihan kepimpinan memandangkan ia memberikanperanan yang begitu besar di dalam membina ketamadunandan survival Ummat. Ini jelas terkelihatan melaluisatu kata-kata Saidina Umar al-Khattab,“Tiada Islam tanpa jamaah, tiada jamaah tanpa kepimpinan dan tiadakepimpinan tanpa taat”. Islam meletakkan kepimpinansebagai taklif (bebanan amanah) bukan tashrif(kemuliaan). Oleh sebab inilah, kepimpinan menjaditanggung jawab yang akan di persoalkan Allah swttentang pelaksanaan amanah tersebut dan dengan ini dankepimpinan dituntut untuk dilaksanakan sebaik mungkin.Justeru itu, rakyat seharusnya membuat pertimbanganberdasarkan merit dan kebolehan calon yang bertanding,bukan parti yang pertanding.

Aspek-aspek asaskepimpinan dalam Islam seperti yang telah diungkapkan Al-Mawardi yang dikatakan sebagai Bapa Sains PolitikIslam di dalam magnum opus, karyanya Al-AhkamSultaniyyah menyebutkan bahawa adil, berilmu,berkemampuan, berakhlak dan berani sebagai antaraperkara-perkara asas yang harus ada pada kepimpinan.Melihat kepada perkara-perkara inilah seharusnya parapengundi perlu untuk melihat soal pengetahuanseseorang, dari sudut latar belakang pendidikan calon,kesungguhannya kepada mengangkat martabat Ilmu danagama Islam. Aspek pendidikan Islam ini adalah pentingkerana hanya melalui ilmu pengetahuan, satu-satukeputusan yang tepat boleh dilaksanakan dan hanya dariilmu pengetahuan, satu-satu dasar yang adil dapatdilaksanakan. Di dalam konteks adil pula, Islam mendefinasikannyasebagai ‘meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya’.

Aspek keadilan ini adalah merupakan satu perkara yangpaling susah dalam kepemimpinan. Persoalan sepertimenjalankan tugas, menyuarakan pandangan rakyat,menjaga kebajikan rakyat mahupun membezakan pentinganrakyat atau kepentingan parti dan peribadi menjadikayu ukur penting di dalam menjawab persoalanmenegakkan keadilan. Contoh keadilan kepimpinan dapat dilihat dalamkepimpinan Khilafah Umar Abd Aziz. Pada satu ketika,Khalifah Umar didatangi salah seorang anaknya yangingin mengadu hal, tetapi yang menarik untuk kitaambil iktibar adalah apabila Khalifah Umar berhadapandengan anaknya itu, beliau menanyakan samada kehadirananaknya ingin berbicara soal negara atau peribadi.Lalu anaknya menjawab, beliau hadir atas urusanperibadi. Khalifah Umar lantas memadamkan lilin yangdinyalakan, dan dinyalakannya lilin yang lain. Apabiladitanyakan perbuatannya itu, Khalifah Umar menjawabbahawa lilin yang awal tadi adalah lilin untuk urusankerajaan, manakala lilin yang baru ini adalah untukurusan peribadi. Inilah etika seorang pemimpin yangingin meletakkan keadilan ditempatnya. Walaupunsekecil perkara pun dijaga dengan rapi, kerana setiaptindakan seorang pimpinan itu akan ditanya di sisiAllah swt.

Aspek seterusnya yang harus ada pada kepimpinan adalahsoal akhlaknya dan keberanian. Akhlak menjadi tunjangkepada kepimpinan, seperti mana ungkapan melayu‘Kepimpinan Melalui Tauladan’ atau dalam istilah arabyang biasa kita gunakan adalah ‘Qudwah Hasanah.Sebaik-baik contoh akhlaknya adalah Rasulullah saw,kerana baginda adalah sebaik-baik contoh. Kepimpinanharus memberikan contoh yang baik kepada pengikutnyadan rakyat. Ia merangkami aspek peribadi, keluargamalah sekecil-kecil perkara seperti makan dan berjalanharus diambil berat kerana segalanya akan dinilai.Justeru itu kepimpinan yang berakhlak dan bermoralakan menjadi pilihan para pemilih.Soal keberanian ini adalah penekanan kepada prinsip‘Amar Maaruf Nahi Mungkar’ atau mengajak kepadakebaikkan dan mencegah kemungkaran. Seorang pemimpinharus dinilai atas dasar kemampuannya untuk menegakkanprinsip ini. Pemimpin seharusnya tidak boleh tundukpada tekanan atau balasan dalam memutuskan satu-satuperkara.

Menegakkan kebenaran dan mencegah kepadakebathilan harus menjadi prinsip utama di dalamkepemimpinan. Jika satu-satu perkara itu walaupunpedih dan payah untuk dihadapi, tetapi jika itulahkebenaran, maka kepimpinan harus hadapi menyatakankebenaran, begitu juga sebaliknya. Permasalahan rakyat itu perlu menjadi keutamaan dalammenentukan satu-satu urusan dan dasar. Sebaliknyabukan pada aspek-aspek lain seperti periuk nasisendiri, malah parti sekalipun. Di dalam mentadbir danmembuat dasar rakyat kepentingan peribadi dankepentingan parti harus dibawa kepada perkara kedua.Aspek ini mungkin susah untuk dilihat di kebanyakkannegara Islam, tetapi dikebanyakkan negara-negara majudi barat adalah sebaliknnya. Mengambil contoh daripadaapa yang berlaku di Britain, sewaktu kepimpinan TonyBlair yang datangnya daripada Parti Buruh tetapisewaktu berbahasan isu penyertaan Britain di Iraqselaku sekutu kuat AS, Parti yang dianggotai Blairsendiri iaitu Parti Buruh yang menentang Polisi beliauuntuk membantu AS dalam menakluk Iraq.

Aspek kebajikan rakyat juga harus diutamakan. SaidinaUmar al-Khattab adalah antara contoh kepimpinanterbaik di dalam menjaga kebajikan rakyatnya. Beliauyang terkenal dengan tindakan menyamar sebagai rakyatbiasa pada waktu malam untuk melihat sendiri keadaansebenar rakyat dengan mata sendiri. Mungkin keadaanini sedikit sebanyak berbeza dengan keadaan sesetengahwakil rakyat yang ada pada hari ini. Jika menghadirisatu-satu majlis keramaian bersama masyarakat,masyarakat yang kebiasaannya bersusah payah menyiapkansegala persiapan dengan hidangan yang enak-enak dansambutan kedatangan yang penuh meriah. Mungkin budayasebegini perlu diubah.

Kepemimpinan harus sentiasabersama masyrakat, menyelami perih pedih rakyat danmendengar rintihan rakyat. Berdasarkan beberapa ciri-ciri dan contoh yangdigariskan ini, wajar untuk diambil untuk menjaditimbangan para pengundi untuk membuat pilihan wakilrakyat. Bagi bakal calon, aspek-aspek yang digariskanini adalah wajar untuk dimuhasabah dan diambiliktibar. Tulisan ini akhirnya ditutup dengan baitpantun 2 kerat yang patut direnungi oleh semua pihakdi dalam persiapan menghadapi pilihan raya yang bakalmenjelang.

Pemimpin adil
Pemimpin di sembah ( Taat )
Pemimpin zalim Pemimpin disanggah