Kadang-kadang tentu kita berasa sukar untuk memaafkan orang yang berbuat salah terhadap kita. Kita selalu menganggap diri terlalu mulia kerana terlalu memaafkan kesalahan orang. Beranggapan bahawa harga diri dipijak-pijak oleh mereka yang lain.
Daripada sikap enggan memaafkan kesalahan akan melahirkan perasaan benci dan yang lebih parah akan menimbulkan dendam di dalam hati. Aduh, amatlah simpati bagi mereka yang hidup dalam dendam dan penuh benci. Bagaimanakah si fulan itu akan menikmati rasa cinta rindu dan kasih dari ILAHI.
Wahai teman-teman, renungkanlah diri kita semoleknya. Pantaskah kita mengaku sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w sedangkan kita tidak mencontohi sikap pemaaf baginda? Tidak malukah kita terhadap Baginda yang sudi memaafkan penduduk Mekah semasa peristiwa penaklukan Mekah? Bahkan Baginda pernah bersabda "Matilah kamu dengan marahmu!"
Sungguh tidak dinafikan bahawa kita sebagai manusia memang tidak lepa dalam melakukan dosa, namun mudah-mudahan kita diberikan kesedaran dan masa untuk kembali ke jalan yang lurus.
AMEEN..
No comments:
Post a Comment