Saturday, January 30, 2010

pilihanraya kampus

salam ukhwah..28 januari adalah tarikh semua mahasiswa UTM turun mengundi untuk memilih bakal pemimpin2 mereka.keputusan juga telah diketahui pada malam yang sama.untuk pelajar tahun 1 macam saya,suasana seperti ini adalah suasana yang agak berlainan daripada piliharaya semasa di matrikulasi.malam pengumuman pun agak meriah dengan penyokong-penyokong calon.

cuma apa yang saya rasa agak terkilan adalah kerana tidak dapat mengenali calon dengan baik.ini kerana tempoh berkempen selama 3 hari adalah sangat singkat dan tiada kempen dari bilik kuliah ke bilik kuliah.kalau di matrik dahulu,saya dapat mengenali kesemua calon kerana kempen yang dijalankan.saya mengharapkan suasana pilihanraya yang lebih meriah daripada tahun ini.mungkin kempen boleh dilanjutkan kepada 1 minggu??ini hanyalah cadangan daripada seorang mahasiswi.
 
keputusan telah pun diumumkan dan takziah pada kesemua calon yang memenangi kerusi.harapan saya,semoga kalian dapat bekerja dengan penuh amanah dan jangan sesekali meninggalkan amanah tersebut.kalian harus ingat bahawa kalian berada di atas adalah dengan undi dari mahasiswa,tak kiralah mereka mengundi disebabkan bakat kepimpinan,hubungan persaudaraan atau paras rupa,kalian telah pun berada di tampuk pemerintahan paling atas bagi mahasiswa UTM.Semoga MPP kali ini akan melakukan lebih banyak program bersama JKM kolej. salam juang dari saya

Friday, January 29, 2010

maafkan dia

Kadang-kadang tentu kita berasa sukar untuk memaafkan orang yang berbuat salah terhadap kita. Kita selalu menganggap diri terlalu mulia kerana terlalu memaafkan kesalahan orang. Beranggapan bahawa harga diri dipijak-pijak oleh mereka yang lain.

Daripada sikap enggan memaafkan kesalahan akan melahirkan perasaan benci dan yang lebih parah akan menimbulkan dendam di dalam hati. Aduh, amatlah simpati bagi mereka yang hidup dalam dendam dan penuh benci. Bagaimanakah si fulan itu akan menikmati rasa cinta rindu dan kasih dari ILAHI.

Wahai teman-teman, renungkanlah diri kita semoleknya. Pantaskah kita mengaku sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w sedangkan kita tidak mencontohi sikap pemaaf baginda? Tidak malukah kita terhadap Baginda yang sudi memaafkan penduduk Mekah semasa peristiwa penaklukan Mekah? Bahkan Baginda pernah bersabda "Matilah kamu dengan marahmu!"

Sungguh tidak dinafikan bahawa kita sebagai manusia memang tidak lepa dalam melakukan dosa, namun mudah-mudahan kita diberikan kesedaran dan masa untuk kembali ke jalan yang lurus.

AMEEN..

Saturday, January 23, 2010

Hargailah matamu..


Matalah segala punca segala kelakuan yang ganjil-ganjil
Api bernyala asalnya dari percikannya yang kecil
Betapa banyaknya penglihatan yang mengganggu hati tuannya!
Laksana panah yang menikam jantung menembusi
sanubarinya
Selama manusia mempunyai mata yang mempermain-
mainkannya
Merenung pandangan ke mata jelitawan tetap
membahayakanya
Matalah yang bergembira namun hati yang
menerima padahnya
Biar tidak gembira kira diri yang ditimpa mudaratnya

Puisi Arab yang dipetik Syed Ahmad Semait


Tiga manusia yang matanya tidak akan melihat api neraka;
  1. Mata yang sentiasa berjaga di medan perang
  2. Mata yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
  3. Mata yang menahan penglihatannya terhadap larangan Allah



Di manakah posisi kita?

tenangkan hatiku..

si pulan: Saya merasa jiwa saya kering kontang. Telah banyak yang saya ketahui, tetapi saya tidak dapat merasakan nikmatnya berhubungan dengan Allah.

Makcik si pulan tersenyum.,=D. Lalu berkata: Bersabarlah. Jangan memaksakan diri. Pandanglah Allah dengan hatimu, bukan dengan fikiranmu. Fikiran dapat memahami tetapi tidak dapat merasakan. Hanya hati yang merasakan sebuah hubungan. Seperti seorang kekasih yang bergetar memandang orang yang dikasihi. Seperti hati yang bergetar melihat indahnya gunung yang tinggi, laut yang membiru, ombak yang memecah karang, anak yang soleh dan suci. Hati yang dipenuhi cinta akan bergetar. Dengan cinta, berzikirlah, maka zikirmu akan membawa ketenangan dan kebahagiaan jiwamu. Saat itulah, jiwa kita tidak akan merasakan kekeringan dan kekosongan lagi!..

Bagaimana dengan diri kita?

Friday, January 8, 2010

meeting pertama

salam ukhwah. insya ALLAH pada hari isnin 11 januari 2010 pukul 9 malam akan diadakan perjumpaan badar yang pertama bagi tahun 2010. antara agenda pada perjumpaan ini ialah
1) memperkenalkan pimpinan badar 2010
2)VMO BADAR
3)pembahagian jabatan
4)pembentangan program-program badar
5)brainstorm untuk program
6)lantikan PIC program

untuk jabatan,ada 3 jabatan yang boleh sahabat2 pilih
1)jabatan surau dan dakwah
2) jabatan akademik,kebajikan dan aktiviti
3)jabatan penerangan dan penerbitan

sila respons kehadiran anda kepada ketua atau s/u badar sebelum hari ahad jam 1 pagi berserta jabatan apa yang anda mahukan..syukran..

Wednesday, January 6, 2010

perubahan

nampak gayanya ketua biro badar telah mendahului exco jabatan penerbitan dan penerangan dalam menjalankan tugasnya.untuk post saya yang pertama sebagai salah seorang kolumnis di blog badar,saya hanya ingin menyuarakan harapan dan impian saya terhadap biro ini.seperti yang telah diuar-uarkan,inya ALLAH sebagai pimpinan baru badar,kami akan cuba untuk mengubah pandangan skeptikal masyarakat apabila mendengar nama biro kerohanian dan dakwah.

harapan saya,walaupun dalam biro ini keahliannya mungkin sedikit kalau nak dibandingkan dengan biro lain,namun saya benar-benar mengharapkan yang sedikit ini adalah yang paling berkualiti dan kita akan sama-sama bergerak untuk menegakkan biah solehah di Kolej Tuanku Canselor dan juga menyebarkan dakwah kepada semua orang melalui medium elektronik.insya ALLAH,blog ini bukan hanya akan menjadi tempat untuk mendapatkan artikel-artikel yang berkualiti,,tetapi saya juga mengharapkan dalam blog ini akan sentiasa di update dengan isu-isu semasa dalam mahupun luar negara.

saya harap,dengan perubahan yang ingin kami lakukan ini,kita akan sama-sama menjadi mahasiswa yang lebih cakna dengan perkembangan dunia semasa dan juga keadaan dalam kampus.

Salam Perubahan

Salam Perubahan. Salam Islamisasi

Sebelum itu, penulis mengakui dengan tulus ikhlas yang sebelum ini penulis belum pernah membuka laman sesawang ini. Tidak tahu atau tidak minat penulis pun tidak tahu.

Tetapi bagi penulis pokok pangkalnya adalah mungkin kerana isu-isu yang yang diutarakan adalah tidak menarik untuk dibaca. Cetusan idea dan pendapat mungkin terlalu ditapis sehingga tinggal seluar dalam je. Opps!. Tidak sopan. Itu mungkin persepsi penulis. Mungkin ada salah dan mungkin ada benarnya.

Bila jadi penulis, sesuatu yang perlu kita hadapi iaitu keberanian. keberanian mencetuskan isu, keberanian membongkar permasalahan dan isu serta sebagainya.

Penulis menegaskan di sini, bila berada bawah pengurusan penulis, penulis tidak mahu ada dalam kalangan yang takut dan bachul. Lontarkan idea dan kritikan yang membina, be outspoken. Sila klik [sini]

Setelah hampir tiga minggu memegang tapuk pemerintahan ini, penulis sendiri pun masih tidak lihat secara sendiri, apakah perubahan yang telah dilakukan. Penulis sendiri mengakui, jika penulis mahukan perubahan secara berseorangan, mana mungkin perubahan itu dapat berlaku.

Justeru, penulis mengharapkan kerjasama yang erat dalam melakukan perubahan. Networking yang luas mampu membawa kita ke hadapan.

Salam Kerjasama.