Saturday, February 9, 2008

Muqaddimah


Assalamualaikum.

Pertama dan selamanya marilah kita mengucapkan seinfiniti kesyukuran ke hadrat Allah kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya dalam kita meneruskan kehidupan di dunia fana ini.Selawat dan salam keatas junjugan besar Nabi Muhammad s.a.w atas ketabahan dan kesabaran baginda dalam memperjuangkan iman dan Islam sehingga dapat kita rasai pada saat dan ketika ini.

Sekalung tahniah buat warga Biro Kerohanian(BADAR) JKM kerana dengan penat lelah dalam mencurahkan segala pengorbanan sehingga lahirnya blog yang pertama untuk BADAR.Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penasihat BADAR, saudara Muhammad Hafiz Bin Muhammad dan saudari Nur Fazrena Binti Kamal atas kesudian memberikan tunjuk ajar kepada kami.

Dengan tertubuhnya blog ini, kami mengharapkan ia akan menjadi salah satu wasilah untuk kami menyampaikan kesyumulan dan keharmonian Islam kepada warga kolej,UTM dan masyarakat lainnya.Kami mengharapkan blog ini digunakan sepenuhnya untuk mendapatkan input agama yang berguna untuk diri kita.

Semoga dengan apa yang kita lakukan sentiasa mendapat keredhaan Allah.

Sekian Terima Kasih,

Abdul Azim Bin Abd Jamil
Ketua Biro Kerohanian KTC 08

No comments: