Dakwah : Kemelut jiwa!!
Penulis : Abdul Azim Bin Abd Jamil
1. Tangungjawab siapa sebenarnya?
Pasti akan timbul pelbagai persoalan yang bermain di pemikiran segenap orang yang bergelar muslim tentang tangungjawab berdakwah.Ada jugak yang akan tertanya-tanya adakah diri ini layak untuk berdakwah kepada orag lain.Semua persoalan yang ditimbulkan ini ada jawapannya dan hanya dari AQuran dan As-Sunnah sajalah tersingkap segala jawapan bagi persoalan yang ditimbulkan.
Firman Alalh:
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar ; mereka adalah orang-orang yang beruntung.”(QS.3:104)
Sabda Rasulullah S.A.W
“Dan sekiranya diantara kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah mencegah baginya dengan tangan(kuasa), sekiranya tidak berdaya maka dengan lisannya, sekiranya tidak berdaya maka hendaklah dengan hati, sesunguhnya itulah selemah-lemah iman”.
Sudah terjawabkah persoalan kita?.Jika dilihat dari firman Allah diatas pasti ada yang menarik nafas lega kerana Allah hanya menyatakan segolongan umat dan jika kita memikirkan tangungjawab segolongan umat itu pasti akan diletakkan di bahu biro kerohanian kolej tetapi mungkin kita terlupa tentang hadis Rasulullah yang menyatakan sekiranya kita melihat kemungkaran maka hendaklah mencegahnya.Rasulullah menyatakan semua orang yang melihat kemungkaran dan tidak difokuskan kepada golongan tertentu.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa tugas dakwah bukan dipikul oleh biro kerohanian kolej semata-mata tetapi kepada semua orang.Jadi apakah keputusan kita?.Adakah selama ini kita melaksanakan tangungjawab itu.Itulah persoalan muhasabah diri untuk kita.
Saidina Ali berkata:
“Sesiapa yang mengucap Laailahaillallah, maka dia adalah seorang pendakwah “.
Sebenarnya hukum berdakwah bagi umat Islam adalah fardhu ain dan fardhu kifayah.Fardhu ain sekiranya dakwah islam tidak dijalankan oleh pemerintah untuk melaksanakan hukum Allah dengan seluruhya dalam pemerintahannya dan hukum berdakwah menjadi fardhu kifayah sekiranya dakwah islam dijalankan oleh pemerintah islam seluruhnya dalam pentadbirannya.Walaupun terdapat hokum fardhu kifayah namun perkataan fardhu itu merujuk kepada kewajipan untuk berdakwah sekiranya ia berlaku dihadapan kita.
2.Bagaimana cara dakwah Rasulullah yang boleh kita ikuti?
Mudah dan senang untuk kita ikuti.Rasulullah berdakwah dengan penuh berhikmah.Tidak pernah kita dengar dalam sirah nabawiyah bahawa Rasulullah berdakwah dengan mengunakan kekerasan.Method dakwah Nabi s.a.w cukup mudah berkesan.Tetapi bagaimana caranya?.Sesunguhnya dengan akhlak Nabi s.a.w jugak la cara yang sangat berkesan dalam menarik masyarakat jahiliyyah kepada masyarakat syurga.Pelbagai kisah yang boleh kita singkap tentang akhlak Nabi s.a.w mengenai akhlah Nabi s.a.w
Puteri kesayangan Nabi s.a.w pernah ditanya:
“Wahai Fatimah Az-Zahrah,bagaimanakah akhlak Rasulullah?.Lalu Fatimah menjawab : Sesungguhnya akhlak Rasulullah itu adalah Al-Quran dan As-Sunnah”.
Sungguh terpujinya akhlak Nabi s.a.w. Sebenarnya pelbagai cara yang boleh kita gunakan dalam usaha dakwah.Selain melalui kuasa dan lisan,terdapat puluhan dan mungkin ratusan malahan ribuan cara untuk berdakwah.Media massa,internet dan sebagainya menjadi salah satu wadah untuk berdakwah.Cukup senang dan mudah dan persoalannya sekarang terpulanglah pada diri kita sama ada untuk melaksanakannya atau tidak.
3.Apa ditunggu lagi?
Segala persoalan telah pun terlerai.persoalan tentang diri anda untuk melaksanakan dakwah masih lagi tidak terlerai.Telah diterangkan pelbagai persoalan dan fikirkanlah kenapa kita harus berdakwah.Marilah kita bersama-sama berdakwah bagi memastikan Islam di ktc terus menyinar dan berkembang seperti kembangnya bunga
Firman Allah:
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.(QS.3:110)
No comments:
Post a Comment