Wednesday, February 27, 2008

TUNTUTAN SOLAT BERJEMAAH

PILIH SOLAT SENDIRIAN ATAU JEMAAH?Dari ibnu umar r.a bahwa Rasulullah S.A.W bersabda: صَلاةُ الجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاةِ الفًذِّ بِسَبْعِ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً –متفق عليهSolat berjemaah itu lebih utama daripada solat sendirian sebanyak dua puluh darjat.

Kalau rasa diri tu dah banyak pahala, dah banyak beribadat, dan terjamin masuk syurga, maka bolehlah bersolat sendirian dan meninggalkan solat jemaah yang jauh lebih utama.

BUTA KE PEKAK?

“ada seorang buta datang mendapatkan nabi S.A.W katanya: “ya Rasulullah, saya tidak mempunyai penuntun yang akan membimbing saya ke masjid.” Lalu dimohonnya kelonggaran untuk bersembahyang di rumah sahaja. Permintaannya itu dikabulkan oleh nabi. Tapi baru sahaja ia pergi, tiba-tiba dia dipanggil kembali oleh nabi yang menanyakan: “adakah anda dengar panggilan azan?” ujarnya: “ya.” Maka sabda baginda pula: “kalau demikian, datang sajalah!” (riwayat muslim)Sedangkan orang yang buta pun nabi suruh solat berjemaah di masjid, inikan lagi orang yang sempurna. So, diri tu kan tak buta dan boleh mendengar, pergi la ke masjid!

OK.. ADA EXCUSE..

Dalam keadaan-keadaan berikut diberikan keringanan:Masa dingin atau kehujananKami keluar bersama Rasulullah s.a.w. dalam suatu perjalanan, kemudian kehujanan, maka beliau pun bersabda: “siapa yang suka di antaramu, boleh bersembahyang dalam khemahnya sendiri-sendiri.” Diriwayatkan oleh ahmad, muslim, abu daud, dan turmidzi.

Hidangan telah tersedia“apabila seseorang di antaramu sedang makan, janganlah tergesa-gesa hingga selesai melakukannya sekalipun solat telah dibacakan qamatnya.” Riwayat bukhariDesakan dua macam buang air“tidak sempurna solat seseorang yang di mukanya telah tersedia makanan, demikian pula di waktu ia sedang menahan dua macam buang air.” Riwayat ahmad, muslim, dan abu daud

TAK NAK PERGI MASJIG JUGAK?Ok. Kalau degil sangat tetap tak nak pergi masjid solat jamaah, boleh. Takpe. Dengan syarat, sehari semalam tu buat la kerja sendirian, tak payah jumpa, berurusan, hatta bercakap dengan sesiapa. Nak sangat sendiri-sendiri kan?solat jemaah=bersosial..islam tidak mengajar anti-sosial!

Saturday, February 23, 2008

10 Nasihat untuk Memahami Maksud Al Quran

Ketika malam bertukar menjadi pagi, kucoretkan tulisan ini sebagai nasihat bagi yang sudi, untuk dipraktikkan bukan sekadar teori, agar Al Quran dibaca lalu difahami. Berikut adalah beberapa panduan untuk sesiapa sahaja yang ingin memahami Al Quran, terutama mereka yang tidak memahami sebahagian besar ayat Al Quran hanya kerana ayat-ayat itu adalah di dalam Bahasa Arab. Perkara sebegini bukan halangan untuk anda memahami Al Quran. Malah ramai yang menguasai Bahasa Arab tetapi masih lagi tidak cuba memahami Al Quran. Semoga Allah SWT memberikan hidayah untuk saya dan anda semua.
1- Membeli sebuah Al Quran berserta terjemahan. Mungkin terdapat perbezaan pendapat di kalangan kita tentang terjemahan Al Quran yang paling baik. Saya secara peribadinya mencadangkan agar pembaca membeli terjemahan Al Quran yang dicetak oleh Kerajaan Arab Saudi di dalam Bahasa Indonesia dan juga Tafsir Pimpinan al Rahman terjemahan Dr. Abdullah Basmeih yang dicetak oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia. 2- Peruntukkan waktu secara tetap sama ada harian atau mingguan untuk membaca beberapa ayat Al Quran berserta terjemahan. Tidak perlu terlalu bersemangat kerana selalunya semangat yang berlebihan tidak akan bertahan lama. Jika anda sekadar ingin membaca ayat Al Quran tanpa terjemahan, sememangnya digalakkan setiap hari dalam keadaan yang sederhana. Namun untuk membacanya berserta terjemahan, perlulah diberikan peruntukan waktu untuk ‘menghadamkan’ terjemahan dan maksud ayat-ayat yang telah dibaca. Mungkin pembaca boleh memperuntukkan masa untuk ayat-ayat daripada juzuk 30 kerana ia ayat-ayat yang sering kita baca dan hafal. Sebagai contoh, mulakan dengan surah al Ikhlas yang mengandungi 4 ayat dan diberi tempoh selama 3 hari untuk membaca, merenung dan memahami maksudnya sebelum berpindah kepada surah al Naas pula. Begitulah seterusnya. Tidak semestinya anda mengikut susunan misalnya bermula daripada al Fatihah kemudian al Baqarah, Ali Imran dan seterusnya, atau bermula daripada al Naas kemudian al Falaq, al Ikhlas dan seterusnya. Matlamat kita ialah cuba memahami ayat-ayat Al Quran secara keseluruhan. Mungkin minggu ini kita ingin memahami maksud beberapa ayat daripada surah Yaasin dan minggu depan pula kita ingin mengetahui maksud beberapa ayat daripada surah al Kahfi pula. Apa yang penting, setiap minggu kita akan peruntukkan sedikit masa untuk memahami beberapa ayat dan sikap ini berterusan dengan penuh istiqamah. 3- Tandakan ayat-ayat yang kurang jelas maksudnya. Sememangnya kita tidak akan dapat memahami dengan jelas setiap ayat yang dibaca. Mungkin ini disebabkan oleh keadaan atau tumpuan kita semasa membacanya. Mungkin juga disebabkan ayat terjemahan itu tidak jelas dan mungkin juga disebabkan kita baru membacanya sekali tanpa benar-benar faham. Walau apa pun sebabnya, jangan biarkan ayat itu berlalu tanpa memastikan kita benar-benar faham maksudnya. Tandakan ayat tersebut dan peruntukkan beberapa hari atau lebih untuk mengkaji maksudnya dengan lebih jelas. 4- Wujudkan panel rujukan sendiri dengan menyimpan nombor telefon beberapa orang ustaz yang dirasakan mampu menghuraikan maksud ayat-ayat yang kurang jelas maksudnya tadi. Rujuk kepada mereka untuk mendapatkan jawapan yang lebih cepat dan mudah. Lebih cepat ialah dengan menulis sms dan dihantar ke telefon bimbit seseorang ustaz, misalnya anda tulis ‘Assalaamualaikum ustaz, apa maksud ayat 23 surah Luqman? Terima kasih’. Mungkin sesetengah ustaz tidak terus membalasnya kerana ingin mengkaji terlebih dahulu. Lihat, anda telah melakukan amal soleh dengan menyebabkan seorang agamawan membuka kembali buku dan kitabnya yang telah lama berhabuk di atas rak buku, hanya kerana satu sms yang ingin tahu tentang tafsir satu ayat daripada Al Quran. 5- Boleh juga mencari maksud ayat tersebut daripada terjemahan edisi yang lain atau membeli buku tafsir Al Quran yang telah diterjemahkan. Kini terdapat banyak buku tafsir yang diterjemahkan dan yang paling baik setakat pengetahuan saya ialah terjemahan Tafsir Ibn Kathir. Buku terjemahan Al Quran juga terdapat dalam banyak versi sama ada di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Indonesia dan lain-lain lagi. Langkah ini mungkin memerlukan kepada perbelanjaan yang lebih untuk memiliki sebanyak mungkin terjemahan Al Quran, tetapi ia tetap berbaloi kerana tujuan kita amat mulia iaitu memahami Al Quran. 6- Pengulangan bacaan tafsiran atau terjemahan ayat yang sama dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang ayat. Mungkin kali pertama anda membaca terjemahannya dan tafsirannya semasa pemikiran anda tidak berfokus dan tidak tenang disebabkan pelbagai masalah. Kali kedua pula anda membacanya dalam keadaan tenang dan tiada masalah. Pasti bacaan kedua akan lebih membantu anda memahami ayat tersebut, wallahu a’lam. 7- Sebolehnya cari kaset-kaset atau CD yang mengandungi huraian Al Quran daripada ustaz-ustaz atau mana-mana pendakwah. Mungkin anda sibuk dan tak sempat nak mendengar kuliah tafsir, maka bukalah radio atau belilah cd untuk anda belajar daripada dalam kereta atau gunakan alat seperti cd walkman atau mp4 untuk mempelajari tafsir Al Quran. Takkanlah waktu di dalam kereta hanya dengan mendengar lagu atau berita di radio sahaja? 8- Lebih baik lagi jika mempunyai tempat kuliah tafsir yang dihadiri secara tetap. Ini penting untuk menjadikan kita sentiasa istiqamah dalam mempelajari tafsir. Ustaz yang mengajar juga boleh kita jadikan sebagai rujukan tetap kerana kita akan sentiasa bertemu dengan beliau setiap kali tiba waktu kuliah. 9- Layari laman web Islamik yang menawarkan perkhidmatan untuk memahami ayat-ayat Al Quran atau boleh muat turun beberapa program yang mengandungi tafsir atau terjemahan Al Quran. Internet perlu digunakan sebaik mungkin terutama bagi mereka yang boleh ‘online’ semasa berkerja. Program tafsir juga boleh dimuat turun ke dalam laptop atau ke dalam alat seperti telefon bimbit atau telefon PDA yang canggih lagi memudahkan. 10- Cuba pelajari Bahasa Arab untuk lebih mendekatkan diri kita dengan maksud ayat yang dibaca. Hendak seribu daya. Saya secara peribadi telah bertemu dengan orang-orang yang tahu berbahasa Arab dengan mempelajarinya secara sendiri dan mereka bukanlah produk sekolah agama atau universiti di negara Arab.
Akhir kata, berdoalah kepada Allah SWT agar kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang ingin mendalami ilmu Allah SWT terutamanya ingin mendalami Al Quran. Ingatlah, tiada keinginan untuk menambahkan ilmu agama adalah satu penyakit merbahaya. Kesannya pesakit ini akan terus hidup dalam keadaan jahil dan tidak bertambah ilmunya. Ingat pesan Rasulullah SAW :
Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya.(Riwayat al Bukhari, no.5027). Waallahu'alam

Friday, February 22, 2008

Bila Nafsu Berbicara

penulis:Akhi Khairul Syam

"Tak pa, awal lagi nak solat pun…"
"Tak pa, pandang sekali je rezeki nie…"
"Tak pa, exam lambat lagi…."
"Tak pa, bos bukan tau kalau balik keje awal…"
"Tak pa , dah tua sok barulah tobat byk2….


"Budaya “Tak pa” telah lama menguasai umat ini, menyebabkan kita sering ketinggalan dan dianggap mundur dari segenap bidang sama ada dari sudut ukhrawi mahupun duniawi. Kenapa budaya ini meresap dalam relung hati kita hingga kita menjadi umat yang hina walaupun hakikatnya kita sepatutnya mulia dengan keIslaman ini. Kenapa budaya ini cukup sebati dalam diri masyarakat kita sedangkan Islam cukup membenci budaya yang melengah-lengahkan amalan kebaikan dan membiasakan diri dengan amalan kejelekan seperti di atas. Kerana bila nafsu berbicara, iman menjadi bisu tanpa bicara lalu tubuh mula melakukan aksi yang bakal membinasakan kehidupan sang manusia yang memakai baju Islam dan Muslim itu.Bila nafsu berbicara, ibadah menjadi suatu yang diambil mudah seperti mudahnya kita menanggalkan pakaian dari tubuh lantas solat hanya dilakukan sekadar untuk melengkapkan diri dengan title seorang Muslim dan bukan sebagai suatu keperluan dalam kehidupan seorang Muslim yang bakal menjauhkan diri dari terjebak dengan perbuatan keji dan mungkar“….Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar.”[Al Ankabuut 29:45]Bila nafsu berbicara, solat hujung lima waktu itu tidak mampu menurunkan pandangan melihat yang haram hingga menjadi santapan harian yang cukup enak apatah lagi hidangan itu terlupa untuk ditutup dengan ‘tudung saji’ namun sekadar ditutup dengan sehelai kain ‘sapu tangan lutsinar’ hingga mampu menggoncang dada untuk berdenyut melebihi paras normal seorang manusia dan mula terpaut dihati hingga berlakulah pertemuan dan berbalas hadiah serta menyambut tarikh khurafat 14 Februari dan nafsu semakin kuat berbicara……. “Pandang jangan tak pandang….”Bila nafsu berbicara, bukan sekadar nilaian ukhrawi semakin kurang bahkan nilaian dunia juga diabaikan hingga pelajaran sudah menjadi suatu yang membebankan, menjadikan diri malas untuk menelaah pengajian, malas mengikuti pengajian, malas memahami makna sebuah pendidikan. Justeru itu, lahirlah generasi yang mempunyai tahap akademik yang baik tapi belum mampu mendapatkan pekerjaan hingga pelbagai bantuan harus disalurkan namun masih ramai yang menganggur kerana kualiti pendidikan yang cukup lemah dan siapakah yang patut dipersalahkan sistem pendidikan atau sikap semasa berada dalam sistem tersebut. Dan nafsu semakin lantang bersuara…”Rilek lah brother/sister, exam nanti kita pakat tiru ramai-ramai….”Bila nafsu berbicara, hatta setelah mendapat pekerjaan yang dapat menampung kehidupan dengan gaji yang boleh dikatakan oklah, maka segala tugas dilakukan secara sambil lewa, datang kerja pada awal waktu tapi mula kerja pada hujung waktu, balik kerja pada waktu yang ditentukan namun cabut awal dari waktu sebenar dibantu rakan sekerja yang ‘prihatin’ dan ‘amanah’ sebagai duta untuk ‘punch card’kan. Masalah birokrasi mula diselitkan dengan sebuah ‘income tambahan’ jika ingin mempercepatkan urusan lalu mula menggeletar saat Badan Pencegah Rasuah menyiasat kerana pasti tidak akan dipilih sebagai calon nantinya….maka nafsu semakin ghairah bersuara…. “Keje biasa-biasa je, janji duit masuk …”Bila nafsu berbicara, masa terus berlalu dan berlalu walhal kita masih lagi bergelimang dengan dosa dan noda, budaya ‘Tak pa’ masih menjadi iktikad yang kuat dalam diri dan kehidupan hinggalah tiba saat rambut mula menjadi seindah warna kapas, kulit mula menunjukkan kekurangan otot-ototnya dan badan semakin ingin menyembah bumi lantas barulah tersedar dari lamunannya dan terkenang zaman ‘tak pa’nya dulu, lalu kaki mula tergerak untuk menaiki tangga surau dan masjid hingga berbondong-bondong warga emas ini mengikuti pengajian dan memohon taubat atas kealpaaannya selama hidupnya yang sudah tiba ke penghujungnya. AlhamduliLLAH jika masih sempat bertaubat dan kembali menyesal atas dosa-dosa lalu cuma perubahan yang kita dambakan pastinya sudah samar-samar akibat lambatnya kita menyedari kesilapan dan kelalaian sendiri. Tetapi bagi mereka yang masih belum tiba waktu tuanya pasti membiarkan nafsu membesarkan suaranya dalam relung hati masing masing…….. “Tak pa, life start atforty, still have time…yang penting kita enjoy!!!!!Bila nafsu berbicara, kita sering tewas dan terpaksa mengalah dengannya, alangkah ruginya andai kita tidak mampu mendidik nafsu ini ke arah yang diredhai-Nya, alangkah ruginya masa-masa kita jika nafsu ini masih dibiarkan untuk berbicara sekehendaknya hingga mampu menyesatkan kita dari jalan kebenaran-Nya, alangkah ruginya kita bila merasa seronok dengan perbuatan yang hanya memuaskan nafsu diri yang pastinya tidak pernah puas selama-lamanya hingga kematian menjemput kita. Adakah nafsu kita masih berbicara??Bila nafsu berbicara, pastikan imanmu juga berbicara bahkan dengan suara yang dapat menundukkan nafsu itu dari menguasaimu, maka menjadi kewajipan untuk menguatkan imanmu dengan akidah yang bersih, ibadah yang dapat dirasakan kemanisannya dan akhlak yang indah dari segi dalaman dan luaran sebagai tanda ibadahmu memberi kesan bukan sahaja kepada dirimu bahkan kepada masyarakat sekelilingmu. Dan nafsu itu masih lagi berbicara tapi bicaranya bukan lagi ke arah kejelekan bahkan ke arah kebaikan. Siapakah pemilik nafsu yang diberi rahmat ini??? Berdoalah agar kita salah seorang daripadanya wahai teman-temanku.Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.”[ Yusuf 12:53]Dari Abu Muhammad Abdullah bin Amr bin Ash ra berkata; RasuluLLAH saw bersabda, “ Tidak beriman seseorang di antara kalian sehingga hawa nafsunya mengikuti ajaran-ajaran yang aku bawa.”[Hadith 41 –dr Hadith Arbain An Nawawiyah] “….Dan sesungguhnya kebanyakan (dari manusia) benar benar hendak menyesatkan (orang lain) dengan hawa nafsu mereka tanpa pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang melampaui batas.”[Al An’aam 6:119]“Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu.”[Al Mu’minuun 23:71]“Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu…”[Al Maidah 5:48]” …Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran….”[An Nisa’ 4:135]

Tuesday, February 19, 2008

Adab-adab Menuntut Ilmu

1. Ikhlas kerana Allah.
Hendaknya niat kita dalam menuntut ilmu adalah kerana Allah dan untuk negeri akhirat. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelaran agar mendapatkan kedudukan yang tinggi atau ingin menjadi orang yang terpandang atau niat yang sejenisnya, maka Rasulullah telah memberi peringatan tentang hal ini dalam sabdanya :
"Barangsiapa yang menuntut ilmu yang pelajari hanya karena Allah sedang ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata-benda dunia, ia tidak akan mendapatkan bau syurga pada hari kiamat".( hari: Ahmad, Abu,Daud dan Ibnu Majah

Tetapi kalau ada orang yang mengatakan bahwa saya ingin mendapatkan syahadah (MA atau Doktor, misalnya) bukan kerana ingin mendapatkan dunia, tetapi kerana sudah menjadi peraturan yang tidak tertulis kalau seseorang yang memiliki pendidikan yang lebih tinggi, segala ucapannya menjadi lebih didengarkan orang dalam menyampaikan ilmu atau dalam mengajar. Niat ini - insya Allah - termasuk niat yang benar.

2. Untuk menghilangkan kebodohan dirinya dan orang lain.
Semua manusia pada mulanya adalah bodoh. Kita berniat untuk meng-hilangkan kebodohan dari diri kita, setelah kita menjadi orang yang memiliki ilmu kita harus mengajarkannya kepada orang lain untuk menghilang kebodohan dari diri mereka, dan tentu saja mengajarkan kepada orang lain itu dengan berbagai cara agar orang lain dapat mengambil faedah dari ilmu kita.

Apakah disyaratkan untuk memberi manfaat pada orang lain itu kita duduk dimasjid dan mengadakan satu pengajian ataukah kita memberi manfa'at pada orang lain dengan ilmu itu pada setiap saat? Jawaban yang benar adalah yang kedua; karena Rasulullah bersabda :
"Sampaikanlah dariku walupun cuma satu ayat (hari: Bukhari)
Imam Ahmad berkata: Ilmu itu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Para muridnya bertanya: Bagaimanakah yang demikian itu? Beliau menjawab: ia berniat menghilangkan kebodohan dari dirinya dan dari orang lain.

3. Berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari'at.
Sudah menjadi keharusan bagi para penuntut ilmu berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari'at. Kerana kedudukan syari'at sama dengan pedang kalau tidak ada seseorang yang menggunakannya ia tidak bererti apa-apa. Penuntut ilmu harus membela agamanya dari hal-hal yang menyimpang dari agama (bid'ah), sebagaimana tuntunan yang diajarkan Rasulullah. Hal ini tidak ada yang bisa melakukannya kecuali orang yang memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk Al-Qor'an dan As-Sunnah.

4. Lapang dada dalam menerima perbedaan pendapat.
Apabila ada perbedaan pendapat, hendaknya penuntut ilmu menerima perbedaan itu dengan lapang dada selama perbedaan itu pada persoalaan ijtihad, bukan persoalaan aqidah, karena persoalaan aqidah adalah masalah yang tidak ada perbedaan pendapat di kalangan salaf. Berbeda dalam masalah ijtihad, perbedaan pendapat telah ada sejak zaman shahabat, bahkan pada masa Rasulullah masih hidup. Karena itu jangan sampai kita menghina atau menjelekkan orang lain yang kebetulan berbeda pandapat dengan kita.

5. Mengamalkan ilmu yang telah didapatkan.
Termasuk adab yang tepenting bagi para penuntut ilmu adalah mengamalkan ilmu yang telah diperoleh, karena amal adalah buah dari ilmu, baik itu aqidah, ibadah, akhlak maupun muamalah. Karena orang yang telah memiliki ilmu adalah seperti orang memiliki senjata. Ilmu atau senjata (pedang) tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan).

6. Menghormati para ulama dan memuliakan mereka.
Penuntut ilmu harus selalu lapang dada dalam menerima perbedaan pendapat yang terjadi di kalangan ulama. Jangan sampai ia mengumpat atau mencela ulama yang kebetulan keliru di dalam memutuskan suatu masalah. Mengumpat orang biasa saja sudah termasuk dosa besar apalagi kalau orang itu adalah seorang ulama.

7. Mencari kebenaran dan sabar
Termasuk adab yang paling penting bagi kita sebagai seorang penuntut ilmu adalah mencari kebenaran dari ilmu yang telah didapatkan. Mencari kebenaran dari berita berita yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah hadits misalnya, kita harus meneliti lebih dahulu tentang keshahihan hadits tersebut. Kalau sudah kita temukan bukti bahwa hadits itu adalah shahih, kita berusaha lagi mencari makna (pengertian ) dari hadits tersebut. Dalam mencari kebenaran ini kita harus sabar, jangan tergesa-gasa, jangan cepat merasa bosan atau keluh kesah. Jangan sampai kita mempelajari satu pelajaran setengah-setengah, belajar satu kitab sebentar lalu ganti lagi dengan kitab yang lain. Kalau seperti itu kita tidak akan mendapatkan apa dari yang kita tuntut.

Di samping itu, mencari kebenaran dalam ilmu sangat penting karena sesungguhnya pembawa berita terkadang punya maksud yang tidak benar, atau barangkali dia tidak bermaksud jahat namun dia keliru dalam memahami sebuah dalil.Wallahu 'Alam.

Dikutip dari " Kitabul ilmi" Syaikh Muhammad bin Shalih Al'Utsaimin (Abu Luthfi)

Sunday, February 17, 2008

Kerana Sebiji Epal

Penulis: Akhi Syahid Mujahidin
Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.

Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.

Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara'. Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.

Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh Abdullah.
Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata:

"Wahai Abu Salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia."
Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya. Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn gelaran "Mahyuddin" bermaksud "Yang Menghidupkan Agama".

Cinta kita : Cinta Perjuangan



"Enti menangis..?"
"Untuk apa ana menangis, bukankah enta selalu pesan, jangan menangis kerana manusia."
"Habis, mata enti berair?"

"Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair."
Aku tersenyum. Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan 'masuk habuk' yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.
"Ana tahu enti menangis.."
"Tidak…!! Tak faham-faham ke?!" Dia tiba-tiba membentak.
"Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama.." "Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap enta tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yan
g sah lagi. Sekadar pertunangan…"
"Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?"
"Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah.."
"Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?" Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.
"Enta punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum.." Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?

…………………………………………

"Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!" Seorang
muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya. "Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?" Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak.
"Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?" Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap 'hangat' pada malam ini.

"Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai'ah? Bezanya, bai'ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!"
"Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?"
"Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu." "Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz." Dia menamatkan 'soalannya' lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian.

………………………………………

"Kau kenal dia Abdullah?" Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.
"Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!" Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.
"Jawab soalan aku dulu.."

"Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…" Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya.



"Jawab soalan aku dulu.." Aku memohon untuk kali kedua.
"Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan 'kalah' dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakan
nya adalah membosankan!"
"Jawab soalan aku dulu.." Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.
"Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… "
"Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan."
"Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka.." Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya.
"Lagi.. negatifnya?"
"Negatifnya.. banyak.." Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung,
"Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu."
"Apa dia..? Negatifkah?"

"Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi."
"Gerakan militankah?"
"Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat 'hazar' yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!"
"Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?"
"Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jang
an terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!"
"Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?" Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah.
"Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai'ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!"

…………………………………………


Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?
"Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?"

"Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.
"Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya." Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal.
"Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya' ana sudah mempunyai 'ikatan' di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti." Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu.
"Ustaz tidak main-mainkan ana?"
"Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain."
"Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana.." Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi 'perisik'ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahram
nya.

…………………………………………

Sudah lima bulan aku di bumi ambiya', suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi ambiya' ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya..
"Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar.." dan dia akan terus menyambung, "Mungkin ketaatan ana pada
akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut.."
Dan biasanya aku akan 'cemburu' dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku. Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Ciber Café yang menjadi rumah 'kedua'ku. Ku buka laman web Utusan Online, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku, "SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV' Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila
satu lagi pelayar web menunjukkan mesej : "you have 1 unread message' namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan. "Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. 'Dia' yang kau amanahkan padaku untuk 'tengok-tengok' telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan disyaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah 'dia', tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!" Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas,
"Akhi, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!"

Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita!

Sapa lebih besaq nie????





Pernahkah anda baru masuk ke dalam satu komuniti atau satu organisasi dan anda memandang rendah kepada seseorang kerana perwatakannya atau sifat fizikalnya?

Atau anda pergi ke pasar dan memandang salah seorang peniaga di situ dengan ada rasa merendahkan si dia? Ia berlaku kepada saya semasa sesi perkenalan untuk ahli-ahli baru dalam salah satu persatuan di universiti.

Saya melihat seorang rakan yang juga merupakan ahli baru seperti saya berpakaian agak kurang kemas(lebih kurang seperti budak yang gemar melepak-lepak). Dan dia juga tergagap-gagap semasa memperkenalkan diri di hadapan.

“Bolehkah dia buat kerja?” Tanya saya dalam hati dengan nada sedikit meremehkan.

Tetapi setahun selepas itu, selepas saya dilantik menjadi salah seorang mainboard dalam persatuan tersebut, si dia yang dipandang rendah oleh saya dahululah yang paling aktif di dalam persatuan tersebut. Malah merupakan antara orang yang perlu ada dalam setiap program yang dianjurkan.

Kalau tiada dia dalam satu-satu program, maka program agak kelam kabut jadinya. Dalam masa setahun, personalitinya berubah. Cara berpakaian tetap sama tetapi cara dia bercakap menampakkan keyakinan yang tinggi dalam dirinya.

Di situ, saya sedar yang first impression saya dahulu terhadapnya adalah salah. Kalau cara berpakaian atau tingkah lakunya sahaja yang tidak kena dengan diri kita, tidak sepatutnya kita memandang rendah kepadanya atau kita rasakan diri kita lebih baik daripadanya.

Siapa yang lebih besar?

Pernah seorang ustaz saya memberi satu contoh mudah tentang bagaimana cara kita melihat sesuatu atau seseorang.

Ada dua huruf. Satu ‘A kecil(small caps)’ dan satu lagi ‘B besar(big caps)’. Antara dua huruf ini, yang mana satu adalah besar?

Kemudian dengan mudah, ramai yang menjawab, “Tentulah huruf ‘B’.”

Kemudian dia keluarkan satu gambar lain pula. Sekarang huruf ‘A kecil’ tadi itu saiznya lebih besar daripada huruf ‘B besar’. Kemudian ustaz saya itu bertanya lagi, “Sekarang yang mana satu yang besar? ‘A kecil’ yang saiznya besar atau ‘B’ yang sememangnya ‘besar’?”

Seisi kelas senyap. Ada yang tersenyum-senyum. Ada yang menjeling-jeling rakan di sebelah. Ada yang mahu jawab, tapi takut-takut. Teragak-agak.

Contoh sederhana ini menggambarkan yang kita sering menilai sesuatu berdasarkan ciri fizikal yang kita nampak dan juga berdasarkan gelaran yang terdapat padanya.

Kadang terjadi first impression kita memandang si dia sebagai orang yang tidak boleh buat kerja sedangkan kita masih lihat lagi kemampuan sebenarnya. Dan kalau orang lain menggelarkan si dia itu ‘lembab’, maka kita juga akan menilainya sebagai seorang yang lembab.

Tetapi kita tidak tahu yang si ‘lembab’ itu mungkin lebih baik daripada kita atau lebih baik daripada seseorang yang kita anggap yang ‘terbaik’. Dan kita juga tidak tahu orang yang selalu kita pandang dengan pandangan yang meremehkan itu mungkin lebih baik daripada orang yang kita anggap sebagai unggul.

Jadi, berhati-hati dengan cara kita melihat orang di sekeliling kita. Kalau kita ‘lebih besar’ dari satu aspek, tidak bermakna kita juga ‘lebih besar’ pada aspek-aspek yang lain.

Rasa diri sendiri lebih baik

Dalam satu kuliah saya bersama Puan Ainon Mohd, beliau pernah memberi sesuatu fakta. Dalam diri setiap manusia itu, ada sifat over rate diri sendiri atau dengan kata lainnya menilai diri sendiri sebagai yang terbaik.

Ia boleh juga dikatakan sebagai ‘ego’ dalam diri iaitu merasakan apa yang kita ada atau kita buat, ia lebih baik daripada orang lain yang kita pandang rendah kepadanya.

Tidaklah menjadi satu kesalahan, tetapi seboleh mungkin kita perlu cuba mengawalnya. Siapa yang dapat mengawalnya, dialah yang paling pandai mengambil hati orang lain. Siapa yang pandai mengawalnya, maka dialah calon pemimpin yang hebat.

“Taatilah Allah dan rasul-Nya. Jangan bertengkar, supaya jangan kamu gentar dan kekuatanmu akan hilang. Bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.” (Al-Anfal: 46)

John C. Maxwell dalam salah satu bukunya menyatakan bahawa siapa diri kita adalah bagaimana kita memandang orang lain. Apa yang kita nampak akan memberi kesan kepada diri kita.

Lain orang dalam satu bilik akan melihat sesuatu benda yang sama dengan pandangan yang berbeza. Tetapi manusia yang terbaik adalah mereka yang bijak dalam menilai sesuatu dan selalu berpandangan positif serta berbaik sangka.

Siapa di sekeliling kita

Andai kata kita adalah huruf ‘B besar’ seperti dalam analogi yang diberikan tadi, kita tidak tahu ada berapa banyak ‘A kecil’ di sekeliling kita. Dan dalam bilangan ‘A’ yang banyak itu, kita tidak tahu yang mana lebih baik daripada kita.

Jadi, sentiasalah bersangka baik dengan orang di sekeliling kita. Biarpun mereka itu bukan yang sealiran dengan kita atau yang sebulu dengan kita.



Kerana kita juga tidak tahu ada berapa banyak huruf small caps lain di sekeliling kita.

Saturday, February 16, 2008

MENTAATI IBU BAPA TANGUNGJAWAB SEORANG ANAK.


Penulis:Ibnu Jamil

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun).dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Surah al-israa’ : 23-24

Islam adalah agama yang sangat mementingkan nilai-nilai hidup yang baik dan tersusun.Menghormati kedua ibu bapa menjadi tangungjawab serta kewajipan yang sangat perlu dilakukan oleh seorang anak sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini.Islam mendidik umatnya agar menghormati atau berbuat baik kepada kedua ibu bapa.Segala jasa dan penat lelah serta pengorbanan yang mereka curahkan sejak kita dilahirkan begitu besar dan tidak ternilai harganya.

Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas’ud r.a katanya: “Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w. : Apakah amalan palinh utama? Baginda bersabda : Sembahyang pada waktunya.Aku bertanya lagi : Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbaktilah kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda : Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada Rasulullah, semata-mata mahu menemani dan menjaga perasaan Baginda.” (Riwayat Muslim)

Sebenarnya kita sebagai anak wajib mentaati ibu bapa sebagai tanda penghormatan yang tidak berbelah bahagi kepada ibu bapa.Realitinya, syurga bagi seseorang isteri itu terletak kepada suaminya namun syurga bagi seorang suami itu terletak kepada ketaatannya kepada ibu bapa selepas mentaati perintah Allah dan Rasulullah.

Perintah Allah dan Rasul-NYA untuk mentaati kedua ibu bapa adalah satu yang berbentuk subjektif dan sangat umum.Islam melarang umatnya untuk memusuhi malah menengking ibu bapanya walaupun berlainan agama.Tetapi definasi mentaati perintah ibu bapa dalam konteks anak yang beragama Islam dan ibu bapa yang berlainan agama adalah bersyarat.Syarat yang dimaksudkan ialah sentiasa mentaati ibu bapa selagi mereka tidak mengajak atau menyuruh secara pujukan atau paksaan agar mensyirikkan Allah.

Bagi mereka yang sudah kematian ibu bapa.Menghormati dan berbuat baik kepada mereka walaupun mereka sudah meninggal dunia sangat dituntut dan tidak terhenti selepas mereka meninggal dunia.tetapi anak-anak dituntut untuk terus mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka di alam barzakh.Selain itu menjadi tangungjawab anak untuk menyelesaikan sebarang hutang yang ditangung oleh mereka semasa hidup.Ingatlah, wang yang kita habiskan untuk membayar hutang mereka tidak akan menyamai usaha mereka membesar dan mendidik kita menjadi insan berguna.

Mengingkari dan mencerca mereka adalah dosa besar selepas syirik.Ini dapat dibuktikan dengan hadis dari Rasulullah s.a.w. :

Baginda pernah menceritakan tentang dosa besar dan bersabda yang bermaksud : “Menyekutukan Allah, menderhakai ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata yang palsu .” (Riwayat Muslim)

Didalam Islam, walaupun kita mengungkapkan perkataan ‘aah’ atau ‘uuh’ sekali pun sudah dikira menderhakai ibu bapa.Banyak kisah atau cerita yang dibukukan atau dibawa dari generasi ke generasi berkaitan penderhakaan kepada ibu bapa.Kisah Alqamah boleh diambil pengajaran.Kisah Alqamah memberi banyak pengajaran kepada umat manusia.Tidak kira sama ada kita sebagai anak adalah ulama atau perdana menteri sekali pun tetapi andai kata hati ibu terutamanya dan hati bapa kita terguris disebabkan perbuatan kita yang kurang menyenangkan akan menyebabkan Allah melaknati kita.

Kesimpulannya, ayuhlah kita bermuhasabah diri adakah kita selama ini menjadi anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa atau anak yang soleh dan solehah.Sesungguhnya apabila kitamenghormati ibu bapa sudah tentu akan mengwujudkan suasana yang harmoni di dalam keluarga seterusnya suasana harmoni itu dibawa kepada masyarakat dan negara.Marilah kita mendoakan kesejahteraan meraka : "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Thursday, February 14, 2008

Sepinggan Pahala Berulamkan Dosa


Tajuk artikel ini adalah adaptasi daripada artikel ustaz hazrizal(saifulislam.com) yang bertajuk Sepinggan Dosa Berulamkan Pahala. Tapi saya tukar sedikit kerana skop tajuk ini dikhususkan kepada semua pejuang dakwah siber agar jadi muhasabah kita semua. Terutamanya diri yang dhaif lagi hina ini.


MAD'U & DUAT

Mungkin dalam kesibukan kita menyajikan bahan dakwah kepada mad'u(orang yang kita nak dakwah) kita di alam siber ini. Jangan kita lupa bahawa para duat(pendakwah) juga akan diuji oleh Allah swt. dalam pelbagai dimensi. Samada dari ujian dalaman mahupun luaran. Dalaman melibatkan persoalan sejauhmana rasa berTUHAN kita wujudkan dalam diri.

Dakwah di dunia tanpa batasan. Tapi kadang-kadang ada yang tersesat didunia siber yang penuh dengan lumpur dosa. Akhirnya perjuangan terhijab daripada nusrah/pertolongan Allah swt. Bak kata pepatah yang didukung tercicir dan yang dicari tak dapat. Ini bukan sahaja tidak dapat bahkan dapat kemurkaan Allah swt. Bagaimanakah mungkin pertolongan Allah boleh turun jika keadaan ini berlaku?

Ketika orang tiada pantau kita dalam melayari internet. Semuanya boleh berlaku. Pengaruh syaitan dan nafsu jangan dipandang remeh oleh para pendakwah siber sekalian. Kerana suntikan syaitan dan desakan nafsu mampu mengegarkan iman walau setinggi gunung. Bukti telah banyak Allah tunjukkan kepada kita.

Mungkin disebabkan kita merasakan terlalu banyak menasihati orang menyebabkan kita sudah memandang ringan dosa kita sendiri. Dosa-dosa kecil kita anggap kecil. Boleh sahaja dihapuskan dengan amal kubra yang kita buat. Tapi kita lupa adakah kita yakin amalan kita itu sudah diterima atau tidak oleh Allah swt. Semuanya masih belum pasti.


CCTV AKHIRAT


Tapi kita alpa, lupa, ego dan sombong dengan pengaruh syaitan. Merasakan kita sudah berjaya mengatasi pengaruh syaitan dan nafsu. Sedangkan orang mukmin itu mesti merasakan rasa berdosa sepanjang masa dan takut akan masa hadapan yang belum pasti. Tiada siapa dapat berikan jaminan. Kerana Rasulullah saw telah lama pergi meninggalkan kita.


Akhirnya, sebagai para duat siber sekalian. Ingatlah dan awasi diri bahawa cctv akhirat telah diwujudkan sejak kita baligh lagi. Tak perlu kawalan manusia dan software kalau kita betul-betul menghayati cctv akhirat.

Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah,pertolongan dan lindungi kepada kita daripada fitnah ini kerana tiada jaminan untuk kita melainkan kita sendiri yang berusaha mewujudkan perasaan muraqobah(Allah sentiasa observe kita) dalam diri. Takutlah kamu wahai manusia akan slide show akhirat yang akan menayangkan segala tingkah laku mu samada buruk atau baik.

Sanggupkah muka mu itu menanggung malu yang teramat sangat nanti. Renungkanlah…

Wednesday, February 13, 2008

ISU GEMPAR:Hari Kekasih:Antara Murtad dan Keseronokan

Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebutkan

"sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut."

Beliau berta, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.

"Kita sebagai umat Islam tidak perlu budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita.Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,"

Beliau mengulas lanjut sikap umat Islam di negara ini khususnya muda mudi yang masih cenderung untuk meraikannya setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.

Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius 2. Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis mengangap 14 Februari sebagai 'hari burung-burung mencari pasangan mereka'. Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.Masing-masing akan mengucapakan 'Selamat HAri Valentine' sesama pasangan mereka.

Ada juga mitos menyebut, kad HAri Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering enghantar kad bertulis FROM YOUR VALENTINE kepada kekasihnya iaitu anak seorang pengawal penjara.

Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan.

"TIDAK SESEKALI YAHUDI DAN NASRANI ,EREDHAI KAMU, SEHINGGA KAMU MENGIKUT MEREKA.KATAKANLAH, SESUNGGUHNYA PETUNJUK ALLAH ISLAH SEBENAR-BENAR PETUNJUK.SEANDAINYA KAMU MENURUT KEMAHUAN MEREKA SEDANGKAN KAMU MENGETAHUINYA,TIDAK ADA PELINDUNG/PEMBANTU(UNTUK MENOLONG) DARI (SIKSAAN) ALLAH:"

Tuesday, February 12, 2008

PENAWAR HATI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tika ini,

langkah terasa payah,

nafas terasa lelah,

hati teramat gelisah,

menghadapi ujian yang Maha Esa..


Kalbuku,

yakinlah pada janji ar-Rahim,

kau tak pernah sendiri,

tidak mungkin jua terasa sunyi,

mustahil jua tandus tanpa cinta,

kerna kasih Nya sentiasa ada buatmu...


Nuraniku,

tabahlah kau menjamah getir ujian buatmu,

teguhlah kau terus berdiri,

kerna kau pasti mampu hadapinya,

itu janji Tuhan yang Esa...


Penawar,

biar perih terasa mengejar cinta Yang Esa,

dari terleka mencari fatamorgana yang fana,

berimanlah ini terbaik untukmu,

segala tersurat sudah,

kerana Dia Khalidmu,

Maha mengetahui segala sesuatu,

pasti ada sebabnya setiap kisah hidupmu....



Sunday, February 10, 2008

Kepimpinan: Kuasa Bukan Senjata Utama

May 3rd, 2007 | by Abu Saif | 6,998 Views | Print This Post Print This Post | Email this post Email this post |



CHIN PENG , TUN MAHATHIR, SITI NURHALIZA, ASHAARI MUHAMMAD, HIDEO NOMO, MAWI, HASAN AL-BANNA, TIGER WOODS, BILL GATES, SAID HAWWA, SIMON COWELL, ABU HAMID AL-GHAZZALI, IBN TAIMIYAH, STEPHEN COVEY, TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ, CALVIN COOLIDGE

Jika saya tanya, apakah yang menjadi asas saya mengumpulkan nama-nama di atas di dalam satu himpunan, tentu ada yang berubah wajah. Mungkin ada yang merah padam wajahnya apabila nama seorang alim, saya kumpulkan sekali dengan nama seorang artis.

Mungkin ada di antara mereka ini yang anda tidak pernah mendengar namanya. Ada juga yang diketahui semua. Tetapi kembali kepada soalan saya tadi, apakah yang anda nampak di sebalik semua nama ini?

Mencampur-adukkan antara yang Haq dengan yang Batil?

Menggaulkan yang positif dengan yang negatif?

Letakkan apa sahaja andaian anda. Saya ada alasan yang tersendiri, untuk nama-nama ini duduk dalam satu kumpulan.

Mereka adalah manusia yang BERPENGARUH.

Setiap manusia ada pengaruh. Pengaruh itu bermaksud, dirinya berhubung dengan seseorang dan hubungan itu memberi bekas. Ada yang memberi pengaruh positif, ada yang memberi pengaruh negatif. Tetapi jika kita mahu perlakuan dan perkataan kita memberi impak kepada orang lain, ia mesti datang dengan pengaruh.

Soal PENGARUH inilah yang sukar untuk dilihat kepentingannya oleh kita, dalam konteks kehidupan yang luas ini.

KEPIMPINAN DAN PENGARUH

Saya pinjam huraian yang dibuat oleh John C. Maxwell di dalam bukunya Becoming A Person of Influence. Apa yang dipaparkan ini adalah berkaitan dengan soal kepimpinan. Kepimpinan adalah salah satu cara mengaplikasikan pengaruh.



Kepimpinan yang paling lemah, adalah kepimpinan yang bergantung kepada kedudukan dan jawatan.

Ada kedudukan, ada jawatan baru boleh memimpin. Ini adalah pemimpin yang paling lemah. Seorang pemimpin yang seperti ini sentiasa berada di dalam keadaan tidak tenteram dan tidak selamat. Beliau akan menggunakan sepenuh keupayaan yang ada untuk mempertahankan kedudukannya, lebih daripada usaha membangunkan dirinya sebagai seorang pemimpin.

Kepimpinan yang bergantung kepada jawatan dan kedudukan ini, boleh melanda kepimpinan semuda kepimpinan di sekolah, sampailah kepada kepimpinan di sebuah kerajaan dan negara.

KEPIMPINAN DI SEKOLAH

Kalau di sekolah, andaikata pelajar dilatih memimpin hanya dengan jawatan, mereka akan hanya mampu mempimpin andaikata diberikan kuasa, jawatan dan kedudukan. Apabila mereka ini dilepaskan ke tempat yang memerlukan mereka untuk bangun sendiri, memimpin persekitaran dan membentuk pergerakan, mereka gagal.

Ini adalah di antara punca mengapa ada pelajar yang cemerlang dalam kepimpinan di sekolahnya, apabila masuk ke universiti, gagal berperanan. Pelajar sekolah agama yang disegani (sebenarnya mungkin digeruni kerana kuasanya), mungkin gagal berbuat apa-apa, jika dia menyambung pengajian ke sebuah universiti yang tiada persatuan Islam, tiada platform, dan tiada siapa yang membekalkan kuasa.

Jika ke Mesir yang ada persatuan seperti PMRAM, mungkin kelangsungan kepimpinan boleh diteruskan. Bagaimana pula jika pelajar ini dihantar ke bandar-bandar terpencil di Kiev Ukraine, Moscow, Wellington, atau Durham dan Swansea?



Ini antara analisa saya terhadap kegagalan sesetengah pelajar sekolah agama berperanan di kampus-kampus negara Barat.

Apabila latar belakang mereka diselidik, mereka datang dari sekolah-sekolah agama yang bagus, malah mereka adalah di antara pemimpin pelajar yang terkenal semasa di sekolah.

Tetapi kenapa gagal berperanan semasa di kampus? Bukan sahaja gagal memimpin, malah ramai juga yang ’pencen awal’ dari identiti agama.

Antara faktor yang saya kenal pasti, adalah pendekatan Tarbiyah mereka semasa di sekolah. Badan-badan agama yang diberikan otoriti oleh pihak sekolah, atau diwarisi turun temurun, berperanan sebagai ’cemeti’ melaksanakan dakwah di sekolah. Tetapi jika kepimpinan terlalu bergantung kepada kuasa dan kedudukan, mereka gagal memimpin di dalam dunia sebenar, yang melihat aspek yang lebih penting iaitu PENGARUH!

Hal yang sama teraplikasi di dalam sebuah organisasi perniagaan. Amat rumit jika ketua sebuah jabatan, adalah seorang yang hanya ada jawatan dan kedudukan tetapi tiada pengaruh. Beliau akan memaksa jawatan dan kedudukannya di’sedari’ oleh pekerja, dari semasa ke semasa, demi memastikan arahannya berjaya dipatuhi. Tetapi di dalam mesyuarat, kata-katanya bukanlah yang membentuk keputusan. Mungkin dengan kuasanya keputusan boleh dipaksakan ke atas mesyuarat, namun ia tidak menyerap ke hati dan persetujuan ahli.

PERINGKAT KEPIMPINAN



Kepimpinan lazim bermula dengan kedudukan dan jawatan (POSITION). Namun ia mestilah ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Apabila seorang ketua berjaya memperlihatkan bibit-bibit kewibawaan pada dirinya, maka pengikut akan mula membenarkan diri mereka dipimpin dan diterajui oleh ketua tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan tahap PERMISSION.

Di sini, mungkin pengikut akan membenarkan seorang ketua melaksanakan lebih dari skop kerjanya semata-mata. Pengikutnya akan bertanya lebih dari soal kerja, meminta pandangan tentang satu dua masalah peribadi, dan membolehkan kumpulan atau organisasi tersebut maju setahap lagi ke peringkat PRODUCTION.

Kerjasama yang meningkat di antara seorang pemimpin dengan mereka yang dipimpin, akan membolehkan mereka bersinergi. Dengan cara ini, hasil kerja mereka akan jadi lebih produktif.

Dalam suasana yang seperti ini, seorang pemimpin itu mungkin selesa bekerja dengan pengikutnya. Tetapi kehilangannya mungkin tidaklah begitu dirasakan. Mengeluh sehari, dan cepat mencari pengganti. Mungkin ramai ADUN yang menerima nasib begini. Kubur masih merah, orang dah berpesta mencari pengganti.

Tetapi jika seorang pemimpin yang sudah elok bergaul dengan pengikutnya, berjaya memberikan impak dan mengubah kehidupan pengikutnya kepada yang lebih baik, maka kepimpinannya sudah naik ke tahap yang keempat iaitu PEOPLE DEVELOPMENT. Pemimpin di tahap ini akan membantu pengikutnya membangunkan potensi diri.

Akan tetapi, seorang pemimpin yang benar-benar cemerlang adalah pemimpin yang berjaya sampai ke peringkat kelima. Kepimpinannya bukan hanya memberikan kesan kepada soal taraf kehidupan pengikut, atau kejayaan karier mereka, malah berjaya membentuk pengikutnya menjadi insan yang cemerlang, hasil pengaruh dirinya sendiri ke atas mereka yang dipimpin (PERSONHOOD). Ia sukar untuk dicapai, kecuali selepas seseorang itu menghabiskan seluruh umurnya untuk membangunkan manusia mencapai potensi terbaik mereka.



Inilah ukuran yang mendorong Michael H. Hart meletakkan Nabi Muhammad S.A.W di tempat pertama dalam senarai 100 orang paling berpengaruh dalam sejarah manusia, mengalahkan Isaac Newton dan Jesus Christ sendiri. Bukunya The 100: A Ranking Of The Most Influential Persons In History: A Ranking of the Most Influential Persons in History, memperkatakan soal PENGARUH, dan faktor inilah yang menjadikan kehidupan seseorang itu sangat signifikan kepada manusia yang lain.

Baginda S.A.W. adalah insan yang berpengaruh, sebelum baginda diberi Kenabian, sebelum beroleh kuasa dan kerajaan. Pengaruh baginda S.A.W. adalah pada kualiti dirinya. Kualiti Al-Amin, kualiti integriti dan kualiti kompetensi.

Untuk memimpin dengan pengaruh, seseorang itu akan menumpukan perhatian kepada membangunkan kualiti dirinya sebagai aset terbesar dalam kepimpinannya. Dia akan terus menjadi pusat, sama ada dengan jawatan, atau tanpa jawatan. Jatuh naiknya kepimpinan beliau tidak bergantung pada kemenangan pertandingan dan kekuatan lobi orang lain untuk dirinya. Pengaruh bukanlah sesuatu yang dicari. Apabila kualiti diri dibangunkan, pengaruh datang sendiri.

“PENGARUH BUKANLAH SESUATU YANG DICARI. APABILA KUALITI DIRI DIBANGUNKAN, PENGARUH DATANG SENDIRI”

Ciri-ciri inilah yang mesti dibangunkan oleh setiap kita sebagai seorang individu Muslim yang cemerlang.

PENGARUH IBU BAPA

Tentu sahaja malang bagi seorang ibu atau bapa, jika beliau memimpin keluarga tanpa pengaruh. Saingan terbesar bagi pengaruh seorang ibu dan bapa terhadap anak-anak adalah kawan-kawan mereka. Kawan-kawan anak yang memberikan lebih banyak masa berbanding ibu bapa kepada si anak. Kawan-kawan lebih banyak berhubung dengan anak-anak berbanding ibu bapa.

Ibu bapa mesti berfikir bagaimanakah caranya untuk diri mereka terus berpengaruh dalam kehidupan anak-anak, khususnya remaja? Dalam suasana kehidupan hari ini, herdik dan takut menakutkan, bukan lagi senjata yang berkesan untuk ibu bapa mengawal anak-anak. Apatah lagi jika sikit-sikit mengugut “anak durhaka”!

Saya tidak dapat menyebutnya dengan panjang lebar di sini, tetapi cukuplah sekadar ibu bapa menerima bahawa mereka perlu menjadi model. Anak-anak lebih dipengaruhi oleh tingkah laku ibu bapa, berbanding perkataan. Keduanya, cubalah berkawan dengan kawan anak-anak kita. Ia tidak mudah, namun ada banyak caranya. Majalah Anis sering memperkatakan tentang hal ini.

PENGARUH DAN PENDAKWAH

Tetapi soal pengaruh di sini, paling penting untuk difikirkan oleh para pendakwah. Apakah anda bergantung kepada status, gelaran dan jawatan, institusi dan aliran untuk mengawal masyarakat? Jika anda malas membina pengaruh, meningkatkan kualiti diri, dan berhubung dengan manusia pada akal dan hati mereka, maka adalah pemimpin yang paling lemah.


Calvin Coolidge (1872 – 1933)

Saya tertarik dengan kisah bagaimana seorang tetamu telah bermalam di White House di zaman Presiden Calvin Coolidge (1872 – 1933). Semasa bersarapan pagi, tetamu tersebut tidak menjamah makanan sehinggalah ia dimulakan oleh Presiden. Beliau memerhatikan terlebih dahulu bagaimanakah Coolidge bersarapan supaya dapat menonjolkan imej yang baik sesuai dengan gaya Presiden.

Mula-mula cawan Presiden diisi dengan kopi. Beliau kemudiannya menuangkan sedikit daripada kopi itu ke dalam piring. Kopi di dalam piring itu dicampur dengan sedikit gula dan krim.

Oleh kerana tetamu tadi tidak mahu melanggar apa-apa etika, beliau melakukan perkara yang sama. Selepas selesai membancuh kopi di dalam piring beliau menanti apakah tindakan Presiden berikutnya.

Alangkah terkejut dan tergamamnya beliau apabila Presiden Calvin Coolidge telah meletakkan piring itu di atas lantai untuk dijamah oleh si kucing! Tiada keterangan yang menjelaskan apakah yang dilakukan seterusnya oleh tetamu tersebut.

Itu kisah di Amerika.

ASHAARI MUHAMMAD

Saya teringat kepada perbualan saya bersama-sama dengan bekas pengikut al-Arqam tentang ciri-ciri kepimpinan Ashaari Muhammad mereka.

Antara kisah yang ingat ialah, apabila Ashaari Muhammad berceramah, ia akan dirakam dengan video. Selepas ceramah, Ashaari Muhammad dan rakan-rakannya akan menonton video tersebut yang banyak memfokuskan kepada penonton. Mata-mata yang terbeliak, mulut yang terlopong, adalah tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu berpotensi untuk diajak menjadi pengikut. Individu yang sedemikian rupa akan disiasat latar belakangnya, dan dicari alamatnya.

Lalu Ashaari Muhammad dan pengikutnya akan ke rumah lelaki tersebut. Bayangkan sahaja betapa berbesar hatinya seorang yang sedang sarat dengan kekaguman diziarah oleh tokoh yang dikaguminya. Ashaari Muhammad akan bertanya khabar, dan kemudian meminta izin untuk berehat seketika dengan tidur di atas lantai beralaskan bantal sofa lelaki tersebut.

Allah, cair hati tuan rumah. Lepas tu, minta apa pun diberi Insya Allah.

Saya tidak bermaksud mahu menganalisa Ashaari Muhammad dan gerakannya di sini, namun sikap beliau sangat mempengaruhi pengikut. Jika nyamuk gigit pun, Ashaari Muhammad hanya meniup dan tidak menamparnya. Ketika makan bertalam, Ashaari Muhammad akan mengambil tulang lebihan mereka yang makan setalam dengannya, dan akan dijamahnya sisa-sisa daging yang masih terlekat sehingga habis licin.

Gaya kepimpinan begini, sangat mempengaruhi. Apa yang beliau lakukan? Beliau berhubung dengan pengikutnya. Bukan hanya hubungan logik akal, tetapi hubungan hati, hubungan emosi.

Kepimpinan yang begitu berpengaruhi, akan mengenepikan soal keputusan akal terhadap benar atau batilnya agenda yang dibawa. Jika perjuangan yang batil boleh begitu berkesan hasil pengaruh, malang sekali perjuangan yang benar hanya kalah kerana sentiasa bergantung kepada kuasa, iaitu selemah-lemah kepimpinan.

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT



Inilah watak yang juga saya kesan pada peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa saya pergi menziarahinya seawal tahun 1992. Ketika tiba di kediaman beliau, Tuan Guru baru sahaja turun dari bumbung rumah, membetulkan atap yang rosak. Ketika ditanya, bagaimanakah ayah beliau mendidiknya, Tuan Guru memberitahu bahawa mancis api sebatang pun, dibelah dua untuk mengajar anak berjimat cermat.

Sungguh mengujakan saya.

Tanpa perlu temu janji, seorang pelajar lepasan SPM seperti saya dapat bertemu dengan seorang tokoh sepertinya. Tokoh yang berpengaruh, menjadikan setiap manusia yang berhubung dengannya, terasa istimewa. Beliau melakukan MODELLING, MOTIVATING, MENTORING dan akhirnya berjaya menghasilkan MULTIPLYING.



Mereka yang berpengaruh, mereka itulah yang menguasai. Mereka yang berkuasa, belum tentu berjaya mempengaruhi.

Jangan marah, jika artis lebih popular. Manusia dan kepimpinan …. adalah soal PENGARUH

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

If you think that this entry deserves a cup of coffee, I praise Allah for your generosity. Thank you.





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2007)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Diambil Dari www.saifulislam.com

wanita solehah penghibur hati


WANITA SOLEHAH….
SENANTIASA TENANG JIWANYA
LANTARAN ITU SENTIASA MEMBESARKAN TUHAN DI DALAM SOLAT
DAN SUNNAH RASULULLAH JADI JALAN KEHIDUPANNYA
MENJADI AKHBAR DAN HIBURAN
JANJI-JANJI ALLAH JAMINAN KETENANGAN BUATNYA
SUMBER JIWANYA BEROLEH KEKUATAN
AGAR SABAR MENENTANG MUSIBAH

BERTEGUH MENJUNJUNG HUKUM HAKAM ALLAH

INILAH WANITA SOLEHAH
TIDAK MEMBIARKAN DIRI
MENJADI BUSAR PANAHAN SYAITAN
DIPERALATKAN UNTUK MENGUMPAN KAUM ADAM
MEMANDANGNYA....
MENYEJUKKAN MATA.....

DIRINYA TENTERAM
MEMBIARKAN HIBURAN
KIRANYA IA SEORANG ISTERI
KEPERIBADIAN MENGHIBUR SUAMI

SENTIASA MENGUNTUM SENYUM DI HaDAPAN SUAMI
SANGGUP HIDUP BERDUA MATI BERSAMA
LANTARAN MENGHARAPKAN KEREDHAAN ALLAH SEMATA-MATA
MEMADAI DENGAN APA YANG ADA
TIDAK PERNAH MENUNTUT APA YANG TIADA
MENJADI TULANG BELAKANG PERJUANGAN SUAMI
HINGGA SUAMI MERASAKAN RUMAH ITU SYURGA
MENJADI KEKUATAN JIWA
UNTUK MENEGAKKAN JIHADNYA

NATIJAHNYA,
LAHIRLAH JIWA SAKINAH
BERNAFSUKAN MUTMAI’NAH.

‘SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH’

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA..



sumber:iluvislam.com