Saturday, April 25, 2009

ORBIT DALAM ALQURAN




Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam al-quran, ia ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;

"Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya). (Surah al-Anbiya; 33)

Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik, tetapinya mempunyai orbit yang tertentu;

"Dan matahari berada di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui."
(Surah Yasin; 38)


Fakta yang digunakan dalam al-quran ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini . Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 00 km sejam mengarah kebintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17, 280, 000 km sejam secara anggaran. Bersama-sma dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lngkungan graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang ditentukan.

Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit yang telah dimaktubkan di dalam al-quran;

" Demi langit yang mempunyai jalan-jalan "
(Surah az-Dzariyat; 7)

Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semester, yang mengandungi hampir 200 bilion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet-planet ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk beberapa juta tahun, semuanya 'berenang' melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama yang lain.

Selanjutnya, bilangan omet yang banyak juga bergerak bersama-sama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.

Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.


Suatu yang pasti, ketika al-quran ini diturunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya sesuatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit dipenuhi dengan lintasan dan orbit seperti yang dinyatakan dalam al-quran. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam al-quran yang diwahyukan ketika itu, - kerana al-quran sebenarnya qalam Tuhan.

Thursday, April 9, 2009

Bangunan apakah itu????

Dari kejauhan, sinaran lampunya menarik pandangan,
lantas camera dicapai diabadikan gambarnya,
bangunan apakah itu sebenarnya,
adakah pencakar langit??
atau pencakar bumi???
yang pastinya bukan pencakar tanah. =)


Langkah kaki diteruskan lagi,
tersergam indah kini,
jelas sudah gambaran yang samar2,
indah nian dengan nion2 yang memancar,
mengindahkan malam ciptaan Allah yang maha besar.


Hayunkanlah kaki kalian,
Mulainya dengan doa,

"Ya Allah, jadikanlah cahaya dihatiku, cahaya dilidahku,
cahaya dipendengaranku, cahaya dipenglihatanku,
cahaya dari belakangku, cahaya dari mukaku,
cahaya dari atasku dan cahaya dari bawahku.
Ya Allah, berikanlah aku cahaya."
(Doa menuju ke masjid)

Bermula dengan Bismillah,
Melangkah dengan kaki kanan anugerah Allah,
dengan tenang, tidak tergesa2,
nawaitu jangan dilupakan,
hati diikhlaskan.

Alangkah indahnya jika bangunan yang tersergam indah ini,
diimarahkan juga dengan seindah rupanya,
semegah binaannya...

"Aku berlindung kepada Allah yang maha agung,
pada wajahNya yang mulia,
dan kekuasaanNya yang Qadim dari syaitan yang terkutuk,
Dengan nama Allah dan marilah kita solat.
Semoga salam sejahtera terlimpah kepada Rasulullah.
Ya Allah, bukalah pintu-pintu rahmatMu untukku."
(Doa masuk masjid)



Hadith :


Dari Ubai bin Kaab r.a katanya:”Ada seorang lelaki yang setahuku dialah yang paling jauh tempat tinggalnya dari masjid. Walaupun begitu dia tidak pernah ketinggalan bersolat jamaah. Kata orang kepadanya:”Alangkah baiknya jika kamu membeli seekor keldai untuk tunggangan kamu di malam gelap atau di panas terik.” Dia menjawab:”Aku tidak suka tinggal berdekatan dengan masjid kerana aku ingin supaya setiap langkahku pergi dan pulang dari masjid ditulis Allah pahalanya bagiku.” Sabda rasulullah SAW :”Allah mengumpulkan pahala semuanya itu bagi mu.

(Muslim)

Huraian

Begitu indah ‘panggilan Allah’ sehingga orang yang benar-benar beriman akan segera berganjak dari kesibukan mereka untuk segera menyahut panggilan-Nya. Demikian juga banyak sekali keutamaan yang diberikan kepada mereka yang memakmurkan rumah Allah (masjid). Maka sesuai dengan kemajuan hari ini juga, banyak surau-surau dan masjid yang cantik dibina bagi memudahkan kita untuk solat berjemaah. Apatah lagi jika surau atau masjid itu terletak berdekatan dengan kediaman kita.

Tidak perlu kita berkenderaan untuk ke sana. Namun kelazimannya manusia sentiasa
tidak bersyukur di atas nikmat tersebut yang jika direnungkan amat ketara sekali pengabaiannya. Ini terbukti apabila kebanyakan masjid tinggal terbiar, sunyi sepi tanpa dimakmurkan oleh ahli kariah masing-masing sedangkan fungsi masjid amat luas iaitu selain menjadi tempat mendirikan solat ia juga berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan aktiviti ceramah, majlis ilmu, aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya.

Hari ini apa yang menjadikan masjid meriah hanyalah jika tiba bulan puasa dan hari raya. Meskipun kedudukan masjid
tidak jauh ternyata kita tidak tertarik untuk ke sana. Kata orang, hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tetapi jika hendak ke masjid, meskipun tidak hujan, panas, jauh sekali ribut petir kita tetap tidak pergi ke masjid.

Betapa kita menilai bahawa pemberian gaji dan pemberian pahala itu seakan sesuatu yang asing. Kerja untuk dunia dan solat untuk
akhirat. Sedangkan kerja juga suatu ibadah yang ganjarannya selain datang dari manusia yang berupa gaji, ia juga datang daripada Allah yang dengan sifat Pemurah-Nya memberikan kita rezeki (melalui kerja tersebut) dan Dia jugalah yang memberikan kita pahala jika kerja itu diniatkan sebagai ibadah yang dilakukan kerana Allah.

Maka kita selaku manusia sewajarnya bersyukur kepadanya dengan datang
beramai-ramai ke masjid untuk memakmurkan rumah-Nya yang sekalipun kita tidak diberi gaji untuk itu tetapi yang penting kita dikurniakan pahala dan keberkatan oleh-Nya. Bukankah itu sebaik-baik jalan bagi manusia menuju kesejahteraan hidup memandangkan bahawa bumi ini adalah milik Allah dan kita hanyalah makhluk yang kerdil yang menumpang sementara di atasnya. Justeru hidupkanlah masjid sebagai tempat untuk menunaikan ibadah secara berjemaah.

YOK KE MASJID!!!!
paling tidak pun,
jom jemaah di surau As-Syakirin so1 =)

Sunday, April 5, 2009

Ujian dan Dugaan -NYA Adalah Anugerah…

Setiap perjalanan kehidupan yang dilalui manusia di muka bumi ini terdapat banyak cabaran, dugaan, halangan, suka duka, pahit manis dan berbagai macam ragam lagi wujud kerana itu sudah menjadi lumrah kita sebagai hamba-NYA yang sentiasa diuji untuk menilai sejauhmana keimanan dan ketaqwaan kita kepada Sang Pecipta seluruh alam ini. Ujian Sang Pencipta adalah berbagai bentuk antaranya sakit demam, bencana alam, gempa bumi dan sebagainya.


Apabila didatangi ujian yang menimpa diri setiap daripada kita, maka ada yang mengeluh kesah, kecewa malah ada juga yang sanggup menyalahkan Sang Pencipta dengan apa yang menimpa ke atas dirinya. Tahukah kita setiap ujian yang datang itu adalah anugerah yang dikurniakan oleh Sang Pencipta kepada kita? Itu tandanya DIA mengasihi dan menyayangi kita. Bukankah semakin banyak cabaran dan dugaan serta ujian yang dihadapi semakin dekat kita kepada Sang Pencipta?

Sekiranya tidak didatangi pelbagai ujian dalam kehidupan kita, mungkin kita alpa dan lalai dengan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Bukankah Sang Pencipta menjadikan manusia dan jin adalah untuk beribadat kepada-NYA? Kalau kita mengetahui hakikat ini, pasti kita akan sentiasa melakukan dan menurut apa yang diperintahkan oleh-NYA. Tetapi masih ramai manusia yang lupa dengan tuntutan dan kehendak ini. Mereka lupa tujuan apa sebenarnya mereka dilahirkan di dunia ini, apa matlamat dan halatuju mereka serta apakah kesudahan kehidupan mereka di akhirat kelak.


Dengan keterlupaan inilah maka wujudlah di muka bumi ini manusia-manusia yang angkuh dan sombong sehingga tidak mempedulikan apa yang dilakukan itu adalah hak ataupun bathil. Sehingga hati-hati mereka tertutup rapat untuk membezakan kebenaran ataupun kezaliman dan kebaikan ataupun kejahatan. Malah ada juga yang merasa bangga dan mendabit dada apabila melakukan kejahatan dan kezaliman terhadap diri sendiri dan makhluk-makhluk lain di muka bumi ini.

Manusia seperti ini apabila tidak didatangi ujian dan dugaan daripada Sang Penciptanya, maka dia terus alpa dan lalai dengan keangkuhannya. Apabila ujian Sang Pencipta menimpa diri barulah mereka sedar dan insaf serta kembali kepangkal jalan kebenaran. Maka dengan itulah baru mereka mengakui bahawasanya ujian dan dugaan daripada Sang Pencipta adalah satu anugerah yang paling berharga jika dibandingkan dengan kemewahan duniawi. Justeru itu, setiap yang berlaku terhadap diri kita hadapilah dengan penuh rasa syukur kerana itu adalah satu ANUGERAH DARIPADA SANG PENCIPTA YANG MAHA AGUNG.

Wednesday, April 1, 2009

Presiden Termiskin Di Dunia



Presiden Iran saat ini: Mahmoud Ahmadinejad, ketika di wawancara oleh TV Fox (AS) soal kehidupan peribadinya:
"Saat anda melihat di cermin setiap pagi, apa yang anda katakan pada diri anda?"
Jawabnya: "Saya melihat orang di cermin itu dan mengatakan padanya:"Ingat, kau tak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggung jawab yang berat, iaitu melayani bangsa Iran."

Berikut adalah gambaran Ahmadinejad, yang membuat orang ternganga dan kehairanan :
1. Perkara pertama yang dilakukannya apabila masuk ke pejabat presiden, beliau menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid2 di Teheran dan menggantikannya dengan karpet biasa yang mudah dibersihkan.

2. Bilik yang besar dan luas ruangan untuk menerima dan menghormati tamu VIP lalu beliau memerintahkan untuk menutup ruang tersebut dan menggantikannya dengan ruangan biasa yang hanya ada 2 kerusi kayu,meski sederhana tetapi tetap impresive!


3. Jika ada masa terluang, beliau gemar berbual dengan petugas kebersihan di sekitar rumah dan pejabat presidennya.
4. Langkah pertamanya adalah beliau mengumumkan kekayaan dan asetnya yang terdiri dari Peugeot 504 tahun 1977,sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun yang lalu di sebuah daerah kumuh di Teheran.

5. Informasi seterusnya, Presiden masih tinggal di rumahnya.Hanya itulah yang dimiliki oleh seorang presiden dari negara yang mempunyai kekuatan dari segi ekonomi,politik..itu belum ambil kira dari sumber minyak dan pertahan negara.bahkan beliau tidak mengambil gajinya, alasannya adalah bahwa semua kesejahteraan adalah milik negara dan beliau bertugas untuk menjaganya.

6. Seperkara lagi yang membuat staff2 nya kagum dengan sifatnya, adalah beg yang dibawa setiap hari selalu berisi sarapan;roti isi atau roti keju yang disiapkan isterinya dan memakannya dengan gembira,beliau juga menghentikan kebiasaan menyediakan makanan yang dikhususkan untuk presiden.


7. Hal lain yang beliau ubah adalah kegunaan Pesawat Terbang Peribadi Presiden diubahnya menjadi pesawat kargo supaya dapat memberi khidmat kepada rakyat Iran. untuk dirinya..terbang dengan pesawat biasa di kelas Ekonomi!

8. Semasa menginap di hotel, beliau meminta diberikan bilik tanpa katil yang tidak terlalu besar kerana beliau tidak suka tidur di atas katil, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.Adakah perilaku tersebut merendahkan posisi presiden?Presiden Iran tidur di ruang tamu rumahnya.Menurut akhbar Wifaq, foto2 yg diambil oleh adiknya,kemudian disebarkan oleh media masa di seluruh dunia, termasuk Amerika.

9. Sewaktu solat berjemaah, anda dapat melihat bahawa beliau tidak akan berada di saf paling hadapan.

10. Bahkan ketika suara azan berkumandang,beliau terus menunaikan solat walau di mana pun beliau berada meskipun hanya beralaskan karpet biasa.
14. Baru-baru ini beliau baru saja menerima seorang menantu. Tapi pernikahan putera Presiden ini seperti pernikahan orang bawahan.berikut disertakan gambaran pernikahan itu:

Saya suka membaca perihal Presiden Iran yang menjalani hidupnya dengan amat sederhana selaras dengan tuntutan Islam. Melalui artikel ini diharapkan dapat membuka minda kita agar insaf dan sedar bahawa bila kita berkuasa, jangan disalahgunakan kuasa yang ada dan bersikaplah seadilnya untuk kebaikan bersama.

Mudah-mudahan kita akan bertemu pemimpin sebegini sifatnya di Malaysia...mungkinkah ketemu??!! Wallahua'lam...

Selembar Bulu Mata

Pada hari akhirat kelak, ada seorang manusia yang hanya dengan pertolongan selembar bulu mata..Dia dituduh bersalah , menyia2kan umurnya di dunia dengan berbuat maksiat ..Tetapi dia berkeras membantah,

"Tidak..Demi Allah yang menciptakan langit dan bumi.."

"Tetapi saksi2 mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat ...Orang itu menoleh kiri dan kanan dan ke segenap penjuru . Anehnya dia tidak nampak sesiapun sebagai saksi..

Di situ hanya ada dia sendirian..Maka diapun menyanggah, "Manakah saksi2 yang kau maksudkan? Di sini tiada siapa pun kecuali aku dan suaramu.." "Inilah saksi2 itu," ujar malaikat..

Tiba tiba mata angkat bicara, "Saya yang melihat ,"...

Di usul dengan telinga, "Saya yang mendengar,"...

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium ."...

Bibir mengaku, "saya yang merayu,"....
Lidah menjawab .."Saya yang menghisap ."..

Tangan pula meneruskan, "saya yang meraba .."..
Kaki menyusul, "Saya yang berjalan kearah maksiat itu,"...

"Nah .. kalau aku biarkan , seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu," ucap malaikat..

Perasaan gerun menyelinap segenap ruang tubuh orang itu..Dia bagaikan berputus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dilemparkan ke dalam jahannam . Padahal , rasa rasanya dia telah terbebas dari tuduhan dosa..

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan itu..sekonyong konyong terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya, "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi,"...
"Silakan." kata malaikat. "Terus terang saja , menjelang ajalnya , pada suatu tengah malam yang bening, aku pernah dibasahinya dengan airmata ketika dia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya."

"Bukankah Nabinya pernah berjanji, dua mata yang tidak disentuh api neraka; mata yang berjaga pada jalan Allah dan juga mata yang menangis kerana takutkan Allah ."

" Maka saya ,selembar bulu matanya , berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sehingga membasahi saya dengan air mata penyesalan ."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu ,orang itu dibebaskan dari neraka dan dihantar ke syurga.

Sebaik menjengah ke pintu syurga , kedengaran suara penghuninya :
"Lihatlah ,Hamba Tuhan ini masuk syurga kerana pertolongan selembar bulu matanya.."

Ya Allah.....