Keesokan harinya, selepas berqiamullai dan solat subuh berjemaah, peserta diberi sedikit pengisian untuk mengisi hati-hati yang dahagakan ilmu. Pengisian mantap bertajuk ukhuwah dalam berorganisasi, banyak menyedarkan peserta betapa pentingnya ukhuwah itu sendiri. Tanpa ukhuwah, masalah miss communication akan berlaku dan ini akan merencatkan perkembangan malahan aktiviti sesuatu organisasi itu sendiri.
Program kemudiannya diteruskan dengan slot-slot yang disusun khas untuk memantapkan lagi para peserta. Bermula dengan perancangan strategik oleh saudara Ridwanto, Mesyuarat berkesan oleh saudari Junainah, Pengurusan kertas kerja dan pengurusan masa oleh saudara Hafiz Muhamad dan akhirnya diakhiri oleh saudara Izwan dalam slotnya, Strategi Perancangan. Setiap slot disampaikan dalam bentuk yang kreatif dan berbeza-beza membuatkan para peserta tidak jemu mahupun bosan. Setiap slot juga diselang-selikan dengan LDK untuk memberi lebih kefahaman kepada para peserta. LDK-LDK yang dijalankan pula menjurus kepada pelaksanaan program yang akan diadakan pada malam harinya. Ini bagi membolehkan para peserta mengaplikasikan semua teknik yang dipelajari sebelumnya.
LDK terakhir yang dijalankan cukup menarik yaitu para peserta diberi task dalam tulisan jawi untuk membeli 1 hamper dan barang-barang keperluan untuk program Hari Keluarga Badar dan Ajk Surau yang akan diadakan selepas solat isyak pada hari yang sama. Peserta dibekalkan dengan sejumlah wang dan dikehendaki bergerak dalam kumpulan. Segala aktiviti pembelian hendaklah dilakukan diluar universiti sama ada di Jusco mahupun Giant dengan menaiki kenderaan awam seperti bus, teksi, komuter, LRT dan sebagainya. Para peserta juga dilarang sama sekali untuk membeli barang-barangan yang diboikot dan hendaklah berkumpul semula di bilik seminar pada waktu yang ditetapkan. Alhamdulillah, para peserta dapat berkumpul semula dalam waktu yang ditetapkan dan tidak lalai dengan nikmat dunia.
Setelah penat merancang dan menjalankan gerak kerja dalam tempoh masa yang singkat, para peserta akhirnya berjaya juga melaksanakan Hari Keluarga selaku majlis penutupan induksi. Walaupun masih terdapat kekurangan, namun segalanya berjalan seadanya. Diharapkan para peserta tidak mensia-siakan pengalaman dan ilmu-ilmu yang diperolehi kerana mereka yang hadir adalah peserta-peserta terpilih yang dipilih Allah untuk menerima input-input berharga yang tidak ternilai dengan wang ringgit dunia. Wallahua’lam.
3 comments:
salam..pimpinan badar fikirkan bagaimana nak pastikan rakan biro yg tak hadir induksi dapat sama dengan apa yg antum dpt ms induksi..ana ada slide ms induksi..klau nk boleh beritahu ana
mmm...betoi2...kne share coz sharing is caring =). ilmu2 yang kami dapat mmg sgt2 berguna u kami dan mereka. Tp..mcmmne ea?? if burn dlm cd je...x pe x?? if nak wat satu slot khas, masing2 da mule sibuk...Tp..effectivekah cara itu?? satu persoalan...
terpulanglah pada antum kalau nak burn..fikirkan dan terus berfikir methodnya..critical thinking..
Post a Comment