Tuesday, March 10, 2009

Assalamualaikum w.b.t dan salam perpaduan.


Saban tahun, kita meraikan maulidur rasul pada setiap 12 Rabiulawal.Tarikh keramat ini begitu bermakna bagi umat islam kerana pada hari tersebut lahirlah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Namun begitu, pernahkah kita terlintas sebab musabab mengapa kita meraikannya?? Ini adalah kerana kita ini, umat akhir zaman yang tidak pernah melihat Nabi, para sahabat Nabi dan para solehin terdahulu. Iman dan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW hanya senipis kulit bawang, tidak sepadan dengan kecintaan para sahabat kepada Nabi. Para sahabat melihat sendiri Nabi, membuatkan kecintaan mereka kepada baginda sangatlah tinggi. Mereka tidak perlukan program-program seperti sambutan Maulidur rasul untuk meningkatkan kecintaaan mereka kepada baginda. Tetapi program-program seperti ini memang sangat baik untuk kita yang tidak sempat melihat baginda, dan dengan kecintaan kita kepada baginda yang hanya senipis kulit bawang ini.

Sesungguhnya mencintai Nabi Muhammad itu wajib, Ini dapat kita fahami daripada hadith-hadith baginda sebagaimana di bawah:

“Tidak beriman seorang daripada kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain.” (Bukhari & Muslim)

“Tidak beriman seorang hamba sebelum aku (Rasulullah) lebih dicintainya daripada isterinya, hartanya dan seluruh umat manusia.” (Bukhari & Muslim)

“Cintailah aku (Rasulullah), kerana Allah mencintai aku.” (Turmizi)

Abu Razin al-Uqaili bertanya: “Ya Rasulullah, apakah iman itu?” Jawab baginda: “(Iman itu ialah) Allah dan Rasul-Nya lebih kamu cintai daripada yang lain-lain.” (Ahmad)

Sesungguhnya mencintai Nabi Muhammad itu terbukti sesuatu yang wajib. Apakah kita fahami erti “cinta” yang dimaksudkan ini? Secara mudahnya cinta ialah “selalu teringat-ingat, selalu dicakap-cakap”. Apa benda yang banyak kita ingat dan banyak kita cakapkan, maka itulah benda yang kita cinta. Contohnya seorang yang minat memancing, malah sampai ke tahap gila memancing. Pasti dalam fikirannya selalu teringat-ingat tentang hal ehwal memancing. Dia juga berasa suka untuk berbicara tentang pancing-memancing dengan orang-orang yang ditemuinya. Jadi, jika benar kita ini mengaku mencintai Allah dan Nabi, sudah tentulah kita selalu teringat-ingat dan suka berbicara tentang Allah dan Nabi- ringkasnya hal ehwal berkaitan agama.

Dalam kita menyambut hari kelahiran baginda, janganlah kita sekadar meraikannya. Lebih penting ialah bagaimana mahu mencontohi baginda dalam kehidupan seharian kita. Allah menjelaskan dalam surah Al-Ahzab ayat 21, “ Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat”.

Oleh itu, sama-samalah kita mempelajari dan mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah. Walaupun tidak mampu banyak, sedikit sudah mencukupi dalam membentuk peribadi dan sahsiah diri.

Wallahualam.
Salam Maulidur Rasul.
(a copy from Qalbu Fiqri BADAR 09)

3 comments:

Ibnu Jamil said...

mantap-mantap..tahniah..tak nak letak gambar pimpinan badar yang baru..ramai senior tak kenal..diorang tak sempat bersam dengan antum di utm..mereka nak berkenalan dengan antum..moga terus berdaya saing

BADAR KTC said...

syukran ya akh azim. Kami sekadar meneruskan perjuangan nta. Masih banyak kekurangan dan prlukan tunjuk ajr. Btw...nk mintak kebenaran nta u ubah layout BADAR nie bley?? sekadar u mmberi nafas baru..klu x kisah la =p. Klu gambr tue...mmm..akn dfikirkn. Segala cdgn n kritikan dr nta amat2 dialu2kn n dihargai.

Ibnu Jamil said...

blog ni milik bersama antum dan senior2..kami menyokong apa yang antum buat selagi tak lari dari matlamat asal..teruskan membuat perubahan untuk blog ni..berikan nafas baru..moga antum dirahmati Allah