Penulis: Nurul Azzyaty Binti Jayah
Timbalan Pengarah Kelab Remaja Ukhuwah (KRU), Kolej Tuanku Canselor
Bismillahirahmanirrahim…
“Selamat datang ! Sudahkah anda bersedia untuk melewati satu kawasan yang menjadi kegilaan ramai kerana jualan yang sangat hebat? Lebih hebat dari Year End Sale(YES).Offer menggila-gila. Mari masuk! Ahlan wa sahlan!”
Subhanallah. Apakah itu? Tidak tergiurkah anda? Begitulah yang dapat kita analogikan dengan bulan ramadhan yang penuh kemuliaan ini. Bayu lembut ramadhan sudah mula menyapa. Subhanallah, sekali lagi kita berupaya untuk bersamanya. Bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam. Bulan yang didalamnya ada malam yang lebih baik dari seribu bulan yakni malam al-Qadr(lailatul qadar-malam ditutunkan al-Quran). Bulan yang ganjaran pahalanya berlipat ganda sehingga mencapai 700 kali ganda. Jika Allah menampakkan ganjaran yang diberikanNya, pasti kita berlumba-lumba untuk mendapatkannya.
Sewaktu kecil, perasaan pasti bercampur baur antara seronok dan tidak. Yang seronoknya, waktu berhadapan dengan juadah berpuasa. Tunjuk sahaja di bazaar ramadhan pasti abah dan ibu kita belikan untuk memujuk kita berpuasa tetapi yang tidak seronoknya kerana perlu mengikat perut dari pagi-pagi lagi sampailah ke maghrib. Manakan tidak, bukan semua kawan-kawan berpuasa. Itu satu cabaran yang hebat buat si adik kecil yang berpuasa.
Jika sudah terbiasa, pastilah mudah untuk kita berpuasa bila sudah akil baligh nanti. Tidak perlu rasa tertekan malah itu menguji tahap kesabaran kita. Tidak sia-sialah didenda makan berasingan kerana tidak berpuasa kerana hasilnya, kita mampu memenuhi tuntutan berpuasa di dalam bulan ramadhan iaitu rukun? Sudah tentunya islam (“,)
Namun tidak dinafikan ada dalam kalangan kita walaupun sudah dewasa masih berlegar-legar dikepala mereka isu yang sama iaitu puasa olok-olok. Sedih apabila melihat segelintir saudara semuslim kita yang masuk ke kedai makan curi-curi untuk makan, hisap rokok, curi-curi minum air, dan memberi beribu alasan untuk tidak mahu berpuasa. Adakah mereka tidak sedar kesalahan mereka? Adakah mereka tidak sedar jika mereka mampu berselindung daripada mata-mata manusia, adakah mereka mampu untuk berselindung daripada Allah yang Maha Melihat? Mari kita insafi bersama..
Ramadhan bulan yang penuh keberkatan ini pasti kita gunakan dengan sebaik mungkin. Untuk mereka yang belum dapat merasai rindu dan seronoknya pada ramadhan, mari kita selusuri apakah yang indah dalam ramadhan kareem yang sangat-sangat dinantikan oleh para sahabat nabi ini. Puasa salah satu ibadah yang sangat memberi impak yang positif. Puasa sebenarnya memiliki rahsia dan dilengkapi pula dengan syarat kebatinannya. Puasa juga merupakan perisai buat diri dari segala perkara yang keji. Tau tak?
***************************************************************************
Imam Ghazali dalam kitabnya Bimbingan Mukminin menggariskan enam perkara dalam perkara rahsia iaitu:
- Memejamkan mata dan menahannya daripada memandang perkara tercela dan dibenci agama, mengganggu hati, melalaikan daripada mengingat Allah.
- Memelihara lidah daripada bercakap kosong, bohong, mencaci maki, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan sombong.
- Pelihara pendengaran daripada hal yang dilarang dan dibenci serta ungkapan yang diharamkan.
- Memelihara seluruh anggota badan seperti tangan, kaki dan perut daripada dosa. Contohnya berpuasa menahan lapar, tetapi berbuka dengan makanan haram.Iman Ghazali memperi perumpamaan seperti seorang yang membina istana yang indah kemudian memusnahkannya. Rasulullah SAW bersabda maksudnya ”Ada ramai yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga.”
- Jangan membanyakkan makan waktu berbuka hingga terlampau kenyang dan terlalu mewah engan makanan.Bagaimana mahu melawan syaitan dan nafsu sedangkan perut yang terlalu kenyang itu sebenarnya mengundaang syahwat baru? Perbuatan makan sampai terlalu kenyang bertentangan dengan maksud puasa itu sendiri.
- Hatinya hendaklah bimbang diantara takut dan harapan iaitu sama ada amalannya diterima Allah atau puasanya ditolak hingga digolongkan orang yang jauh dari rahmat Allah. Imam Ghazali menyifatkan perasaan seumpama itu harus sentiasa ada dalam diri seseorang setiap kali menunaikan apa jua ibadat.
***************************blog ‘peribadi rasulullah’***************************
Itu baru perihal puasa. Belum lagi kita lewati ganjaran pahala yang bakal kita perolehi dengan amalan-amalan sunat yang lain, insya Allah. Terlalu panjang untuk dinukilkan disini perihal ganjaran yang bakal setiap muslim perolehi untuk setiap malam bagi solat sunat tarawikhnya. Namun silakan blog walkingdisini > http://b00kmark.wordpress.com/2010/08/10/rahasia-ibadah-shalat-tarawih-dibulan-ramadhan/
Pasti tidak membuang masa.Malah silakan hebah pada sahabat-sahabat dan keluarga anda di luar sana.
Hrmmm, tidak mampu untuk kita baitkan satu demi satu keindahan, keseronokan, kelebihan yang ada di dalam penghulu segala bulan ini. Teruskan mencari serta menggali ilmu dan tidak lupa berdoa supaya Allah menitipkan rasa cintaNya ke dalam hati kita kerana dengan hati yang sihat itulah yang mampu membuat kita sangat tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan ramadhan. Mulalah countdown anda disamping mempersiap siagakan diri untuk memasuki fasa baru ini.
Gunakanlah ‘Mr Google’ anda jika anda terlalu sibuk untuk mencari lagu-lagu, poster-poster, artikel-artikel berkaitan ramadhan sebagai usaha tambahan anda untuk mengingatkankan anda lebih kepadaNya.
Dalam menyambut masuknya bulan Ramadhan, Rasulullah SAW membacakan doa berikut:
“Ya Allah, telah tiba bulan Ramadhan. Wahai Tuhan pemilik bulan Ramadhan, Engkau telah menurunkan Al-Qur’an di dalamnya dan telah menjadikannya sebagai penjelas atas petunjuk dan pembeda antara yang hak dan yang batil. Wahai Tuhan kami, berkatilah kami di dalamnya dan bantulah kami dalam melaksanakan puasa dan menunaikan shalat di dalamnya. Terimalah amal-amal kami di bulan ini.” )
“Ya Allah, telah tiba bulan Ramadhan. Wahai Tuhan pemilik bulan Ramadhan, Engkau telah menurunkan Al-Qur’an di dalamnya dan telah menjadikannya sebagai penjelas atas petunjuk dan pembeda antara yang hak dan yang batil. Wahai Tuhan kami, berkatilah kami di dalamnya dan bantulah kami dalam melaksanakan puasa dan menunaikan shalat di dalamnya. Terimalah amal-amal kami di bulan ini.” )
Imam Thabrani meriwayatkan suatu hadits dari sahabat Ubadah bin Shamit r.a. yang menyatakan bahwa suatu hari di bulan Ramadlan Rasulullah saw. bersabda:
“Telah datang bulan Ramadhan kepada kalian, bulan barakah yang di dalamnya Allah mendatangi kalian. Maka turunlah rahmat. Dan dihapuskanlah kesalahan-kesalahan. Di bulan itu Allah mengabulkan doa. Di bulan itu Allah melihat (memperhatikan) perlumbaan di antara kalian. Dan Allah membanggakan kalian kepada para malaikatNya. Maka perlihatkanlah kepada Allah kebaikan sebab orang yang celaka adalah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di dalamnya “.
Mohon maaf atas segala khilaf sepanjang coretan ini kerana diri ini hanyalah insan dhoif yang sekadar menulis untuk menegur dan memberi peringatan kepada sahabat diluar sana terutama empunya diri. Walaupun sedikit usaha yang kita lakukan, moga ianya istiqamah insya Allah.
Grab the Ramadhan Awesome Sales (RAS) selagi kita bernafas, kerana jika Allah berkenan menarik nikmat yang kecil sekalipun, pasti kita akan menyesal kerana tidak mensyukuri dengan nikmat yang dahulunya Allah pernah kurniakan.Sedarlah lapang, kaya, sihat, muda, hidup juga merupakan satu nikmat yang tidak terhingga besarnya.
Marhaban ya RAMADHAN KAREEM ! Sambutlah ramadhan ini sebaik mungkin. Tanamkanlah azam. Lakukanlah segigih mungkin. Bukanlah menjadi hamba ramdhan namun semata-mata ingin mencapai mardhotillah.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment