Tuesday, June 2, 2009

Rokok Oh Rokok.....


Namaku Malboro, barang kesayangan Perokok sedunia. Adik beradik dan saudaraku banyak sekali; Peter Suyversant, Dunhil, Rothmans dan bayak lagi. Sepupuku dari Indonesia rajin datang ke sini, si Udang Garam, si Jarum, si Bentol dan Semporna datang berkodi-kodi, bermanja-manja mohon disayangi.




Orang bilang keluarga kami bangsa terhina. Siapa bilang? Kami disayangi semua Perokok. Dibungkus dengan kotak perdana...aneka warna. Walaupun harga kami tinggi, kami dibeli setiap hari oleh tua bangka, muda remaja, sama segala bangsa. Pasukan kami berjuang dengan tujuan yang sama. Untuk mempastikan agar kamu ketagihan sentiasa. Walaupun kami jadikan hidupmu sengsara. bila kamu sudah ketagihan, kami diperlukan setiap masa. Menjadikan kamu susah berpuasa. Tidakkah kaum kami sangat berkuasa?


Dibulan Ramdhan dapat kau tahan perutmu yang lapar, tekakmu yang dahaga, dapat juga kau sabar. Tetapi....ketagihan nikotinku, kau sampai nak jadi gila. Engkau ketagihan daun kering yang dibakar. Berapa pun hargaku, engkau mabuk, engkau mengarut, garu kepala seperti beruk. Bila keinginan kau rasuk dirasuk...oleh kaum kami Pasukan Rokok.

Nenekku berasal dari daun yang hijau. Orang memanggilnya daun tembakau. pohonnya hijau mudah dijangkau, disalai kering...dicampur pula racun meracau. Duitmu habis... puasamu rosak...nafasmu sesak...kenapakah engkau masih tidak risau? Bila jantungmu barah, Engkau pun rasa nak mati. Siapakah yang engkau akan marah, selain dirimu sendiri. Waktu engkau nazak, ingatlah waktu iklanku ini....

2 comments:

Ibnu Jamil said...

Hisap rokok x best ka?tp knp org sk mrokok ye?.x pernh cb la pulak

nsrisman said...

sebab best, kandungan nikotin dan gas2 beracun yang terkandung di dalam asap yang disedut boleh membuatkan penghisapnya merasa rasa kenyang selepas makan, hilang rasa mengantuk, menambah keyakinan diri, dan yang paling best, cepat dapat lari dari masalah (kalau umo xpjg)...