بسم الله الرحمن الرحيم~
Cat Steven atau dikenali sebagai Yusuf Islam pernah berkata, " Cara hidup barat serta pegangan hidup mereka ibarat sebuah kapal yang sedang karam, dan umat Islam kini sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya.
Ya benar, Gaya hidup barat memang menyeronokkan. Apa tidaknya, mendedahkan aurat, pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, arak, seks bebas, homoseksal... Semuanya selari dengan keinginan hawa nafsu. Yang peliknya, umat Islam zaman ini tifak segan silu, malah berbangga mengikut jejak langkahBarat serta menganggap mereka yang tidak mengikuti budaya ini sebagai kolot dan ketinggalan zaman. Tidak pelik zaman sekarang jika anak melayu yang beragama Islam mendedahkan aurat, berpegang-pegang tangan antara lelaki dan wanita dan sebagainya. Masyarakat melayu kita sudahtdak hairan dengan fenomena ini yang seolah-olah dapat menggambarkan mereka meredhaikan akan perkara ini.
Tiada teman lelaki atau wanita dianggap janggal di kalangan remaja. Sudah ada teman lelaki atau wanita, diupload pula gambar mereka di dalam facebook, instagram, twitter dan sebagainya dengan perasaan bangga tanpa rasa bersalah. Mereka yang 'bercouple' ini tidak sah jika tidak keluar bersama. Kadangkala perhubungan dibina bukan atas dasar cinta atau niat untk berkahwin. Hanya sekadar ckup syarat atau main-main sahaja. Biar orang lain tidak melebel mereka sebagi tidak laku atau tidak cool. Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim pernah menyatakan bahawa umat Islam akan datang akan mengikuti jejak langkah golongan yahudi dan Kristian sedikit demi sedikit, sehingga jika mereka masukke dalam lubang Dhab (biawak padang pasir) pun, umat Islam akan mengikuti mereka tanpa berfikir terlebih dahulu.
Bilakah zaman kegemilangan Islam akan kembali jika perkara ini terus- menerus berlaku? Tambah menyedihkan lagi apabila golongan tersebut bukanlah orang awam yang tidak faham akan hukum-hakam Islam tetapi pelajar jurusan agama serta para penghafaz Al-quran turut sama tidak terkecuali. Keserokan gaya hidup barat pada hari ini sebenarnya ibarat candu yang mengkhayalkan. Keseronokannya hanyalah bersifat sementara. Namun, implikasi buruknya amatlah besar selepas berlakunya tempoh keseronokan tersebut.
Umat islam zaman ini amat dahagakan pemuda yang beriman kepada Allah dan rasulnya serta mengamalkan nilai-nilai islam dalam kehidupan sehari-harian mereka. Mereka yakin bahawa kebahagian dan kejayaan hanyalah di dalm Islam. Jika pemuda yag diharapkan-harapkan ini bukan kita, maka siapa lagi.. Justeru, sudah bersediakah kita untuk menjadi golongan rabbani sepertimana yang digambarkan di dalam Al-Quran??.. Wallahu'alam
الحمدلله