Tuesday, October 13, 2009

Kecemerlangan Diri


Setiap insan inginkan kecemerlangan di dalam diri mereka. Kecemerlangan diri tersebut adalah untuk diri individu itu sendiri, keluarga, kerjaya, bangsa, agama dan negara. Teknik atau cara untuk cemerlang dipelajari sama ada melalui didikan daripada ibubapa, guru, saudara mara, jiran, rakan-rakan, kursus/seminar atau melalui pengalaman realiti yang telah ditempuhi. Maknanya, terdapat pelbagai cara yang boleh dipelajari dan dipraktikkan mengikut kesesuaian diri individu itu sendiri.

Di sini ana ingin berkongsi beberapa tips atau panduan bagi merealisasikan kecemerlangan diri kepada para pembaca sekalian. Keberkesanannya adalah bergantung kepada kesesuaian, cara dan keikhlasan anda mempraktikkannya."Tepuk dada tanyalah selera".


1. Bersikap positif terhadap perubahan
Perubahan adalah satu harapan dan bukannya ancaman. Yakin bahawa kita boleh melakukan sesuatu untuk berubah. Melihat diri sebagai agen perubahan.

2. Bersikap postif terhadap diri sendiri
Yakin bahawa setiap kelemahan boleh diatasi.
Semangatkan diri untuk mendapatkan kemahiran baru. Wujudkan keberanian dan yakin dengan Allah. Menerima ketidaksempurnaan tetapi perlu menghormati diri sendiri. Bentuk imej diri yang positif. Bersyukur bila dikeji dan beristighfar bila dipuji.

3. Bersikap positif terhadap kepemimpinan
Yakin mengenai kebolehan untuk memimpin diri dan orang lain.

Mempunyai pegangan positif mengenai :
I. Kebijaksanaan diri
II. Kebolehan diri
III. Kemampuan/keupayaan diri

Yakinkan diri bahawa kita mampu untuk :
I. Mencari alternatif dan pilihan serta boleh membuat keputusan.(lakukan solat istikharah untuk membantu)
II . Bertanggungjawab untuk membuat keputusan bagi diri sendiri - menulis skrip hidup sendiri.
III. Mengubah apa yang perlu diubah secara mental, emosi dan tindakan.
IV. Berusaha mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

4. Bersikap positif terhadap masalah
Menerima hakikat bahawa "masalah adalah asam garam kehidupan". Setiap masalah boleh dipecahkan kepada beberapa masalah kecil. Setiap masalah Insya-Allah ada jalan penyelesaiannya jika berikhtiar dan bertawakkal kepada Allah. Jika kita tidak mampu menyelesaikannya, orang lain mungkin boleh membantu. Setiap masalah mempunyai hikmah yang tersembunyi. Merasionalkan pemikiran bahawa masalah adalah satu cabaran atau keputusan yang perlu diurus.


5. Bersikap positif terhadap orang lain. Kita berjaya sebab dibantu oleh orang lain. Kita boleh belajar sesuatu dari orang lain. Kita memerlukan orang lain untuk berkongsi idea atau pendapat.

6. Bersikap positif terhadap keadaan emosi atau mood Emosi perlu 'berehat' sekali-sekala (emotional retreat). Perubahan emosi mengingatkan kita untuk muhasabah diri. Setiap emosi ada maksud yang tersirat. Kawal emosi agar kita jadi manusia yang lebih baik. "Ada pasang, pasti ada surut".

7. Bersikap positif terhadap idea yang kreatif
Hormati idea dan pemikiran sendiri. Sedari bahawa satu idea boleh mencetuskan satu organisasi baru. Walaupun idea kurang bermutu, jangan menyalahkan diri sendiri kerana sekurang-kurangnya anda mempunyai idea.

8. Bersikap positif terhadap keputusan yang dibuat
Ingat bahawa setiap keputusan mempunyai risiko.
Tidak mahu membuat keputusan adalah satu "keputusan". Orang yang cemerlang selalunya membuat keputusan yang baik.

9. Bersikap positif terhadap qada' dan qadar
Tidak ada manusia yang dapat melawan ketentuan Allah. Apa yang Allah berikan kepada kita adalah yang terbaik untuk kita. Manusia mampu merancang tetapi Allah yang menentukan.

10. Bersikap positif terhadap matlamat yang ditetapkan. Matlamat akan positif jika dikuasai oleh pemikiran yang positif. Perlu rasa malu pada diri sendiri sekiranya matlamat yang ditetapkan tidak dirancang dengan baik dan tidak dilaksanakan dengan berkesan. Sentiasa memperbaiki diri jika matlamat tidak tercapai dan jangan berputus asa.


Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir
Wan najihin wal faizin fil Imtihan

No comments: