Saturday, May 23, 2009

Influenza A ~ H1N1...selesema babi???

Influenza A?
Kini menjadi topik perbualan hangat masyarakat. Ia dikatakan juga wabak yang pada asalnya dari babi. Ia berbeza dengan selesema biasa walaupun simptom-simptom awalnya adalah sama seperti batuk, demam, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Influenza terbahagi kepada 3 bahagian. Influenza A,B dan C. Secara rumusannya influenza A adalah yang paling merbahaya sehingga membawa maut. Influenza A juga terdapat pecahan-pecahannya tersendiri seperti H1N1, H2N2, H3N2 dll. Rupa-rupanya, selesema bukan hanya menyerang manusia tetapi turut menyerang binatang yakni burung (avian flu) dan babi (swine flu). Yang menjadi padahnya apabila virus yang menyerang babi, menjangkiti manusia. Dan menjadi lebih parah apabila selesema ini mampu menjangkiti manusia lain tanpa memerlukan babi lagi. Wabak ini tidak lagi dikatakan wabak bawaaan babi tetapi wabak global.


Babi?
Merupakan makluk Allah yang mampu mengubah semua virus yang diterima sehingga menjadi virus baru (bermutasi). Apa yang melanda kita sekarang adalah satu bentuk virus gabungan genetik. Babi ini menerima virus secara serentak dari burung, manusia dan dirinya sendiri seterusnya menukarkan virus tersebut kepada virus yang membunuh manusia. Saintis juga memperakui dan mengishtihar babi sebagai ' The Mixing vassel'. Virus afluenza A ini adalah virus yang sama menyerang pada tahun 1918. WHO turut khuatiri ia akan membunuh sama seperti tahun 1918.

Haram memakan daging babi
Memakan daging babi tidak menyebabkan kita mengidap H1N1. Walau bagaimanapun, penemuan saintifik menunjukkan daging babi membawa pelbagai penyakit disebabkan didalamnya ada bukan sekadar cacing pita tetapi ada virus didalam sistem genetik y tidak boleh dibunuh secara biasa malah akan terus berkembang sehingga akhirnya menyerang manusia.
Seharusnya kita perlu kembali kepada agama supaya dipelihara Allah. Kita boleh melihat bagaimana islam telah meletakkan sesuatu supaya kita tidak terjebak dengan sesuatu yang memusnahkan kita .Sekiranya Allah mengharamkan sesuatu akan ada hikmah yang tersendiri disisi Allah SWT.
Wahai orang-orang yang beriman makanlah kamu daripada perkara yang baik-baik yang ada diatas permukaan bumi sebagai rezeki yang Allah SWT berikan kepada kalian dan jangan lupa bersyukur kepada Allah sekiranya kamu benar-benar kepada dialah mengabdikan diri.
~Surah Al-Baqarah:172~

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah; maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedangkan ia tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu) maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah maha pengampun, lagi maha mengasihani.
~surah Al-Baqarah:173~
Ayat diatas merupakan satu perintah Allah. Dalam banyak-banyak daging, Allah hanya mengharamkan yakni tidak membenarkan manusia untuk memakan daging babi. Walaupun kita tidak tahu sebab ia diharamkan, tuhan yang menciptakan binatang itu tahu, dan tuhan yang menjadikan manusia juga tahu makanan mana yang layak untuk tubuh badan kita sehingga menjadi darah daging kita. Masyarakat selalu mengatakan "Islam ni sikit-sikit haram, sikit-sikit haram", padahal yang haram dalam Islam itu sikit dan yang halal itu banyak. Jangan hanya banyak berkata-kata, tetapi kajilah ia. Manusia keseluruhan tidak kira agama dan di mana dapat melihat mudarat dari binatang ini. Oleh itu jangan ia dibiak, jangan ia dibela, jangan ia dibelai dan jangan dicium. =)


Telah termaktub dalam Al-Quran bahawa babi itu haram. Seharusnya ia tidak dipertikaikan. Apabila Allah katakan 'jangan' maka janganlah. Kite perlu mencari sebab bukan untuk melihat betul atau tidak hukum yang telah diharamkan tetapi untuk memperkukuhkan lagi hukum Allah. Itulah sebabnya apabila Islam menyebut sesuatu perkara, fenomena disebut dahulu baru dibiarkan kita mencari sebab musababnya. Sebagai contoh dalam Al-Quran ada menyatakan bahawa 'langit dan bumi dahulunya bercantum kemudian datang perintah Allah ia berpisah'. Dan fenomena ini telahpun dibuktikan oleh saintis zaman ini. Ini membuktikan Al-Quran telah mendahului apa yang dilihat oleh zaman.

Langkah pencegahan
Pada masa ini, vaksin untuk virus H1N1 ini masih belum ditemui. Apa yang boleh kita lakukan?

1. Beriman dengan 1 keyakinan, bahawa yang memberikan wabak itu Allah, yang menyebabkan penyakit itu Allah, yang menghilangkan dan menyembuhkan penyakit adalah Allah, Allah , Allah dan Allah semata-mata. Kita tidak ada kudrat dan tidak ada kuasa untuk mengawal apa-apa. Justeru kita perlu mendekatkan diri kepada Allah. Semoga dengan itu, Allah akan bantu kita. Minta tolong dengan Allah dengan formula 'sod'. Sabar dan Solat. Ini adalah formula dari Allah.


2. Disamping itu, kita boleh mencari pendekatan lain untuk mengawal wabak ini yakni dengan banyak membasuh tangan (saranan WHO). Alhamdullillah, kita orang Islam sedia rajin membasuh tangan. Bukan kerana wabak tetapi kerana Allah yakni dengan berwudhuk.


3. Sunah Rasulullah juga mengajarkan kita bersin dengan menutup mulut menggunakan tangan @ perca kain. Nabi sudah mengajar umatnya sedari dulu. Barulah sekarang masyarakat mahu membuka mata lantas dikempenkan di dalam iklan-iklan di televisyen.


4. Membina imune badan yakni dengan memakan makanan 'halalan toyyiba'. Makanan yang halal dan berkhasiat. Datanglah virus apapun, tidak akan mampu membiak. Sunnah nabi juga, baginda mengamalkan diet yang sihat.


5. Kurangkan memakan benda-benda manis kerana kuman sukakan benda manis (lebih mudah membiak).


6. Dan yang terakhir...doa, Minta Allah simpangkan kita dari segala penyakit. Insyaalah jika akidah kita betul, usaha kita betul, insyaallah Allah akan bantu kita. Doa dan usaha adalah sesuatu yang selari dengan kita.


Kesimpulan
Apabila terjadinya tragedi, jangan terus terngadah. Daripada ini juga, membolehkan kita berdakwah dan menyebarkan kebenaran Islam. Sebagai contoh, krisis dunia menyedarkan dunia bahawa sistem ekonomi Islam itu hebat. Ekonomi Islam meningkat ketika indeks ekonomi merudum. Dan dalam menghadapi tragedi baru (H1N1), disaat datangnya ujian, mehnah dan tribulasi, dapat kita melihat begitu cantiknya Islam dan hukum Allah yang mengharamkan babi sehingga saintis barat turut mengkaji perkara ini. Hasil kajian mereka, khinzir ini menelan semua yang ia mahu dan mereka turut menyeru dunia tidak menjadikan babi termasuk dalam diet dan pemakanan.

(ringkasan Halaqah TV9 - 'Selesema Babi' )

more extra info pasal khinzir@pork boleh lawat blog senior badar,
http://nuruluyunahmad.blogspot.com/2009/05/chang-you-makan-lagi-tak-itu-pork.html

Tuesday, May 19, 2009

mencari dan menjadi

“Saya sedar saya tidaklah sehebat
Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing
saya”, kata seorang mahasiswi.

“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab
itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak
memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.


Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk
mendapatnya?


Semua sibuk mencari. Jika jumpa,
mudahkah untuk mengekalkannya?


Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.



Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?


Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!


Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.


Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.


Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.


Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.


Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

~Anjeruby~

Thursday, May 14, 2009

Doa perjuangan

Dilantunkan oleh K.H. Rahmat Abdullah,
Lapangan Masjid Agung Al-Azhar Jakarta, 09 Agustus 1998, yang
diiringi oleh titisan air mata hadirin.


Ya ALLAH, berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia.
Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya.
Engkau pencipta dan pelindungnya

Ya ALLAH, perbaiki hubungan antara kami
Rukunkan antara hati kami
Tunjuki kami jalan keselamatan
Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang
Jadikan kumpulan kami jama'ah orang muda yang menghormati orang tua
Dan jama'ah orang tua yang menyayangi orang muda
Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan dan kekasaran
terhadap sesama hamba beriman
Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan kedengkian

Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar
Wahai yang menyambung segala yang patah
Wahai yang menemani semua yang tersendiri
Wahai pengaman segala yang takut
Wahai penguat segala yang lemah
Mudah bagimu memudahkan segala yang susah
Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran
Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak
Engkau Maha Tahu dan melihatnya

Ya ALLAH, kami takut kepada-Mu
Selamatkan kami dari semua yang tak takut kepada-Mu
Jaga kami dengan Mata-Mu yang tiada tidur
Lindungi kami dengan perlindungan-Mu yang tak tertembus
Kasihi kami dengan kudrat kuasa-Mu atas kami
Jangan binasakan kami, karena Engkaulah harapan kami
Musuh-musuh kami dan semua yang ingin mencelakai kami
Tak akan sampai kepada kami, langsung atau dengan perantara
Tiada kemampuan pada mereka untuk menyampaikan bencana kepada
kami

"ALLAH sebaik baik pemelihara dan Ia paling kasih dari segala
kasih"

Ya ALLAH, kami hamba-hamba-Mu, anak-anak hamba-Mu
Ubun-ubun kami dalam genggaman Tangan-Mu
Berlaku pasti atas kami hukum-Mu
Adil pasti atas kami keputusan-Mu

Ya ALLAH, kami memohon kepada-Mu
Dengan semua nama yang jadi milik-Mu
Yang dengan nama itu Engkau namai diri-Mu
Atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu
Atau Engkau ajarkan kepada seorang hamba-Mu
Atau Engkau simpan dalam rahasia Maha Tahu-Mu akan segala ghaib
Kami memohon-Mu agar Engkau menjadikan Al Qur'an yang agung
Sebagai musim bunga hati kami
Cahaya hati kami
Pelipur sedih dan duka kami
Pencerah mata kami

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Nuh dari taufan yang
menenggelamkan dunia

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Ibrahim dari api kobaran yang
marak menyala

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Musa dari kejahatan Fir'aun dan
laut yang mengancam nyawa

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Isa dari Salib dan pembunuhan
oleh kafir durjana

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Muhammad alaihimusshalatu
wassalam dari kafir Quraisy durjana, Yahudi pendusta, munafik
khianat, pasukan sekutu Ahzab angkara murka

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Yunus dari gelap lautan, malam,
dan perut ikan

Ya ALLAH, yang mendengar rintihan hamba lemah teraniaya
Yang menyambut si pendosa apabila kembali dengan taubatnya
Yang mengijabah hamba dalam bahaya dan melenyapkan prahara

Ya ALLAH, begitu pekat gelap keangkuhan, kerakusan dan dosa
Begitu dahsyat badai kedzaliman dan kebencian menenggelamkan
dunia
Pengap kehidupan ini oleh kesombongan si durhaka yang membuat-
Mu murka
Sementara kami lemah dan hina, berdosa dan tak berdaya

Ya ALLAH, jangan kiranya Engkau cegahkan kami dari kebaikan
yang ada pada-Mu karena kejahatan pada diri kami

Ya ALLAH, ampunan-Mu lebih luas dari dosa-dosa kami
Dan rahmah kasih sayang-Mu lebih kami harapkan daripada amal
usaha kami sendiri

Ya ALLAH, jadikan kami kebanggaan hamba dan nabi-Mu
Muhammad SAW di padang mahsyar nanti
Saat para rakyat kecewa dengan para pemimpin penipu yang
memimpin dengan kejahilan dan hawa nafsu
Saat para pemimpin cuci tangan dan berlari dari tanggung jawab
Berikan kami pemimpin berhati lembut bagai Nabi yang menangis
dalam sujud malamnya tak henti menyebut kami, ummati ummati,
ummatku ummatku
Pemimpin bagai para khalifah yang rela mengorbankan semua
kekayaan demi perjuangan
Yang rela berlapar-lapar agar rakyatnya sejahtera
Yang lebih takut bahaya maksiat daripada lenyapnya pangkat dan
kekayaan

Ya ALLAH, dengan kasih sayang-Mu Engkau kirimkan kepada kami
da'i penyeru iman
Kepada nenek moyang kami penyembah berhala
Dari jauh mereka datang karena cinta mereka kepada da'wah
Berikan kami kesempatan dan kekuatan, keikhlasan dan kesabaran
Untuk menyambung risalah suci dan mulia ini
Kepada generasi berikut kami
Jangan jadikan kami pengkhianat yang memutuskan mata rantai
kesinambungan ini
Dengan sikap malas dan enggan berda'wah
Karena takut rugi dunia dan dibenci bangsa

Salam perjuangan buat semua...

Bonding of The Most Genuine Love


Pernah terdengar tentang "instinct message"?

ikuti kisah dibawah ini.....

"Ya Allah, duit dah nak habis. Tiket balik kampung x beli lagi ni.." Saya mengeluh sendirian setelah melihat wang simpanan dalam bank sudah di tahap tidak dapat dikeluarkan lagi.

Tangan melihat telefon. Mahu ditekan atau tidak nombor ini. Mahu. Tidak mahu. Malu... Malu untuk meminta lagi.

Telefon berdering dgn nada "My Mother" alunan group Yusuf Islam.
"Ada duit x?" "Mcm mana peperiksaan tadi? Boleh jawab? Ayah bangun tahajjud, buat doa khas supaya Allah mudahkan menjawab soalan."

Saya terkedu. Ayah dapat merasai naluri anaknya!


Inilah instinct message yang paling berjaya di dunia. Bonding of love yang wujud ketika kita semua masih di tulang sulbi dan taraa'ib mereka.

Bahagia saat ku melihat kau tersenyum
Terharu ku melihat mu berlinang air mata

Ibuku kau kan selalu ku cinta
Ayahku kau kan selalu ku banggakan

Tak sedikitpun hatimu sakit keranaku
Dan tak pernah jua kau membenci diriku
Meski banyak pengorbananmu untukku
tak pernah pula kau mengeluh


Ya Allah sayangilah mereka
Ayah bondaku yang telah menyayangiku
Kusedari ku tak pernah bisa bahagiakan
Tapi kumohon bahagiakanlah mereka

Ayah, bondaku
Maaf kami yang hanya bisa membebanimu
Tapi ku yakin kebaikan hatimu
kan menjadi saksi
Kebesaran hatimu
di hadapanNya


Hasil nukilan,
~salsabila~

Tuesday, May 5, 2009

Sebesar Sekepal Tangan itu Berzikir


Pernah melihat jantung manusia secara live? Saya tidak pernah masuk ke dewan bedah lagi, tetapi saya telah melihat jantung manusia secara live, iaitu dalam bilik mayat.

Namun, saya sangat teruja dengan cerita Team Medical Dragon I & II, di mana cerita yg datang dr negara matahari terbit ini berjaya membawa penonton utk merasai sendiri debaran2 pasukan perubatan bahagian cardiovascular beraksi dalam dewan bedah.

Tidak rugi menyaksikan drama 11 siri ini, kerana ia bukanlah sejelek Cinta Medik di Malaysia. Tiada unsur percintaan, malah setiap saat penuh dengan input dan sesuai bagi sesiapa yang ingin menonton tv, semata2 utk menambah ilmu pengetahuan. Dan drama 11 siri yang terbaru, juga diterbitkan di Jepun ialah Code Blue, cerita mengenai kumpulan perubatan di bahagian Emergency.

Percayakah anda, bahawa jantung yang berdenyut di dalam badan anda itu hanyalah sebesar sekepal tangan? Jantung itulah yang mengepam darah, utk dihantar ke seluruh badan, di mana di dalam darah itu, adanya oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel2 badan anda.

Jika ia berhenti, maka dalam masa 4 minit...semuanya akan berhenti, terutama otak..

Cuba letak tapak tangan anda di bahagian kiri dada anda, dan rasai degupannya..

Mengikut kajian saintifik, jantung itu bukan berbunyi "dub dub", tetapi ia berbunyi " lub dub". Bunyi ini dihasilkan daripada injap2 yang terdapat di bahagian jantung itu yang terbuka n tertutup.

Tetapi baru2 ini, saya mendapat SMS drp seorang sahabat...
Mengatakan bahawa penemuan terbaru..jantung bukan berbunyi "lub dub"...
Tetapi..

Ia berbunyi "rub rub" sebenarnya.. atau dalam bahasa yang mudah difahami..."Rabb, Rabb.."
yang bermaksud.. Tuhan yang mencipta alam.

Cuba anda letak tapak tangan anda sekali lagi..dan perhatikanlah...dengan mata hati..

Jantung itu sentiasa berzikir, memuji Tuhannya...namun kita?...

Buat diri yang sering lupa

jalan-dakwah

Katakanlah, “Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. [At-Taubah:24]