Assalamu’alaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Segala
puji hanya untuk Allah Ta’ala tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas
junjungan Nabi Muhammad SAW, kaum kerabat, sahabat r.a dan pengikut-pengikut
baginda hingga ke akhir zaman. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan maaf kepada rakan seperjuangan dan juga pembaca yang sering mengharapkan entry baru dari pihak kami. Jadi saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang saya baca dari sebuah buku terbitan Darul Nu'man. InsyaAllah saya akan menyambung entry akan datang dengan sedaya upaya saya secepat yang boleh.
Allah
menjadikan seminggu itu dengan hari-hari yang penuh dengan rahmat. Seminggu
yang penuh itu terdiri dari tujuh hari yang mempunyai rahsia dan peristiwa yang
tersendiri. Marilah kita rungkai peristiwa dan rahsia yang terjadi pada hari
yang mengisi minggu-minggu kita.
HARI AHAD
“Bahawa
Rasulullah SAW ditanyakan tentang hari ahad, maka baginda menjawab : Hari ahad
adalah hari menciptakan dan memakmurkan. Para sahabat bertanya: Mengapa
demikian ya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: Kerana pada hari ahad itulah
Allah mulai menciptakan dunia dan memakmurkannya.” (Riwayat Anas bin Malik)
Antara
perkara yang telah dicipta pada hari ahad adalah :
1.
Tempat
jalan bintang-bintang
2.
Bintang-bintang
yang bergerak
3.
Neraka
yang bertingkat
4.
Bumi
yang berlapis
5.
Lautan
yang besar
6.
Anggota
tubuh manusia
7.
Hari-hari
dalam seminggu
Yang
pertama adalah tempat jalan
bintang-bintang. Penciptaannya
adalah pada hari ahad. Dikisahkan bahawa Allah telah menjadikan tujuh bahagian
daripada kepulan asap. Bahagian-bahagian itu adalah air, embun, perak, emas, mutiara,
mira delima dan besi. Kemudian Allah SWT menciptakan dari satu asap itu tujuh
langit yang berbeza-beza lapisannya. Lebih unik lagi adalah Allah menurunkan
air dari langit yang berfungsi menyuburkan bumi yang tandus. Dari setiap
titisan itu terhasilnya pelbagai tumbuh-tumbuhan yang mempunyai pelbagai warna
dan rasa.
Firman Allah
SWT di dalam surah Ar-Ra’d, ayat 4 :
“Di bumi
ada terdapat bahagian-bahagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur,
tanam-tanaman dan pohon tamar yang bercabangdan tidak bercabang disiram dengan
air yang sama. Kami melebihkan tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain
tentang rasanya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda
(kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.”
Seterusnya
adalah penciptaan bintang-bintang yang
bergerak. Bintang-bintang telah diciptakan oleh Allah pada hari Ahad. Allah
menjadikan bintang dalam tiga bentuk iaitu bintang yang dinamakan dengan
tsawabit atau bintang tetap; bintang-bintang yang tidak bergerak dan tidak
terbenam, yang kedua ialah bintang yang terbit dan terbenam dan yang terakhir
ialah bintang-bntang yang beredar di tempat edarannya.
“Dan
Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk
dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan
tanda-tanda kebesaran Kami kepada orang-orang yang mengetahui.” (Al-An’am:97)
Penciptaan api neraka yang
bertingkat-tingkat juga
telah dicipta pada hari ahad. Neraka mempunyai tujuh pintu sebagaimana Firman
Allah:
“Jahannam
itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan
tertentu dari mereka.” (Al-Hijr:44)
Neraka
yang bertngkat-tingkat itu ialah:
1.
Neraka
Jahannam (golongan pendusta)
2.
Neraka
Sa’ir (golongan yang lalai dalam solat)
3.
Neraka
Saqor (golongan pengumpat dan pencela)
4.
Neraka
Jahim (golongan orang sombong dan kafir)
5.
Neraka
Huthamah (golongan yang mempersekutukan Allah)
6.
Neraka
Lazo (golongan yang keras hati)
7.
Neraka
Hawiyah (golongan yang curang dalam
menimbang)
Rasulullah
SAW bertanya kepada Malaikat Jibril as. Tentang penghuni-penghuni setiaptingkat
daripada neraka.
Maka
Jibril menjawab : “ Neraka tingkat ketujuh adalah tempat orang-ornag munafik.
Tingkat keenam tempat-tempat orang yang derhaka dan mendakwa dirinya sebagai
tuhan. Tingkat kelima adalah untuk orang yang sombong dan aniaya. Tingkat yang
keempat adalah orang-orang yang sombong dan kafir. Tingkat ketiga adalah tempat
orang-orang yahudi. Tingkat kedua adalah tempat orang Nasrani.” Kemudian Jibril
pun diam. Maka Rasulullah menanyakan tentang penghuni neraka tingkat pertama
itu kepada Jibril. Akhirnya Jibril menjawab: “penghuni neraka tingkat pertama
itu adalah orang-orrang derhaka dari umatmu.”
Mendengar
penjelasan itu, Rasulullah SAW terjatuh dan tidak sedarkan diri. Setelah sedar
kembali, baginda menangis dengan tersedu-sedu, kemudian baginda masuk ke dalam
rumahnya dan mengunci pintu. Rasulullah bermunajat kepada Allah. Maka turunlah
Jibril membawa khabar gembira iaitu bahawa Rasulullah mempunyai ‘Syafaat’.
Allah
juga telah mencipta tujuh lapis bumi pada
hari ahad.
Selain
itu, penciptaan tujuh lautan yang besar terjadi
pada hari ahad.
Allah
berfirman : “Dan Dialah yang menundukkan lautan untukmu, agar kamu dapat
memakan daripadanya daging yang segar dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan
yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu
mencari (keuntungan) dari kurnianya, dan supaya kamu bersyukur.” (An-Nahl:14)
Allah
SWT menegaskan : Aku kumpulkan dalam lautan itu dua macam air yang berbeza.
Yang satu tawar, segar dan sedap diminum sedangkan yang satu lagi masin dan
pahit. Dan Aku jadikan suatu dinding di antara keduanya, sehingga tidak dapat
bercampur yang satu dengan yang lainnya.
Penciptaan tujuh anggota tubuh
manusia. Sebahagian
ulama mengatakan bahawa tujuh anggota tubuh manusia adalah otak, urat saraf,
tulang belulang, daging, darah dan kulit. Ada pula yang menyatakan kebaikan itu
dibahagi kepada tujuh bahagian iaitu kehalusan,keelokan,sinar,cahaya
terang,kegelapan,kelembutan dan kebersihan.
Telah diriwayatkan
bahawa salah seorang nabi bermunajat kepada Allah, ia berkata: “Ya Allah,
setiap raja itu mempunyai perbendaharaan , maka apakah perbendaharaan-Mu?”
Allah
berfirman: “Aku mempunyai perbendaharaan yang lebih besar dari Arsy, lebih luas
dari Kursy, lebih baik daripada Syurga, dan lebih indah daripada kerajaan yang
amat besar. Hati seorang Mukmim buminya
makrifah, langitnya iman, mataharinya rindu, bulannya cinta, bintangnya buah
fikiran, tanahnya kemahuan, dindingnya keyakinan, awannya akal, hujannya
rahmat, pohonnya ketaatan, buahnya hikmah, dan ia mempunyai empat tiang iaitu
tawakkal, sabra, yakin, dan kemuliaan. Dan ia mempunyai empat pintu iaitu ilmu,
akhlak yang mulia, redha dan pintu kesabaran. Dan atas semuanya itu ada fikiran
itulah hati.”
Hari
Ahad juga telah terjadinya penciptaan
tujuh hari dalam seminggu. Sebahagian ulama mengatakan sesungguhnya Allah
menamakan hari pertama itu dengan hari ahad, kerana pada hari itulah Allah
memula penciptaan segala sesuatu. Allah berfirman bahawa hari Ahad adalah hari
pertama, sebelumnya tidak ada sesuatu apapun selain Tuhanmu.
Subhanallah.
Inilah bukti menunjukkan betapa hebatnya ciptaan Allah. Segala bukti terbentang
di depan mata, hanya menunggu untuk dilihat oleh orang-orang yang berfikir dan
bersyukur.
Sebarang
kesilapan minta dimaafkan.
p/s :
harap anda terus memberi sokongan anda terhadap BADAR KTC. Segala kekurangan dan kelemahan dalam blog ini harap ditegur dan tidak disimpan di dalam hati