Wednesday, September 14, 2011

KALAM PERTAMA DARI KETUA BADAR KEPADA MAHASISWA BARU SESI 2011/2012

Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum wbt.

           Setinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih dapat menghirup udara yang dibekalkan kepada kita dengan percuma.Terlalu banyak kelebihan dan rezeki yang Allah SWT telah kurniakan kepada kita.Satu persoalan yang ingin dilontarkan, adakah kita bersyukur? Ramai orang yang mengucapkan syukur dengan lisan tetapi tidak dengan perbuatan. 

          Di sini saya ingin mengucapkan tahniah kerana anda semua dapat menyambung pelajaran anda di Universiti Teknologi Malaysia. Apakah perancangan anda semua di UTM ini?Ada yang telah membuat perancangan untuk belajar bersungguh-sunguh dan mendapatkan gred 4.0.Mungkin ada juga yang merancang untk menjadi atlit sukan UTM yang terkenal.Walau apapun perancangan anda semua ingatlah semua perbuatan kita sentiasa dilihat olehNya.

       Sekali lagi saya ingin ucapkan tahniah khusus kepada keluarga Kolej Tuanku Canselor yang baru. Di sini terdapat pelbagai keistimewaan yang akan anda semua pelajari satu demi satu nanti. Semoga kita semua sentiasa mendapat kerahmatan dan keampunan
Allah. Selamat Maju Jaya.

MUHAMMAD RIDZUAN BIN MUHAMMAD SAID,
KETUA BIRO KEROHANIAN DAN DAKWAH (BADAR),
KOLEJ TUANKU CANSELOR

MATA PEDANG MAHASISWA

“Masa ibarat mata pedang. Jika kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita”

           Masa. Satu perkataan yang tidak asing lagi kepada setiap individu, apatah lagi jika individu tersebut bergelar mahasiswa. Namun, sejauh manakah kita menggunakan masa sepenuhnya?

           Mahasiswa yang gagal mengurus masa dengan baik bukan sahaja akan menjejaskan kualiti hidupnya apabila membuat kerja pada saat akhir, malah menyusahkan orang di sekeliling yang “terpaksa melayan kerenah” mahasiswa terbabit. Jelas sekali, kegagalan mengurus masa dengan baik bukan sahaja memberi impak terhadap individu terbabit, bahkan juga memberi kesan kepada keluarga, organisasi dan juga negara.




Oleh itu, marilah kita sama-sama menghayati dan mengamalkan lapan pedoman yang digariskan oleh Profesor Yusof   Qardawi (1986) dalam bukunya, Detik-detik Masa dalam Kehidupan Muslim:

· Menjaga masa lebih daripada menjaga harta
· Jangan membazir masa
· Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat
· Berlumba-lumba melakukan kebaikan
· Mengambil pengajaran daripada perjalanan masa untuk
· difikirkan
· Mengadakan jadual waktu
· Mengadakan amalan soleh sepanjan masa
· Mengambil kesempatan daripada “waktu perdana”

Akhir kalam, sama-samalah kita hayati ayat-ayat cinta yang diturunkan Allah khas buat hamba-hambanya:

“Demi Masa(1) Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian (2) KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh,  dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 daesabaran (3)”  ~Surah al-Asr, ayat 1-3~