Wednesday, March 28, 2012

Ukhuwah itu INDAH

Assalamuailaikum warahmatullah wabarakatuh,
salam perkenalan dan salam ukhuwah :)

Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.
Imam Hasan Al Banan mengatakan bahawa ukhuwah islamiyah ialah keterikatan hati dan jiwa antara satu sama lain dengan ikatan akidah.


Ada 3 peringkat dalam ukhuwah islamiyah iaitu:
1.Taaruf-mengenal (Al-Hujurat 49:13)
"Wahai manusia!Sungguh,Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan , kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.Sungguh,yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.Sungguh,Allah Maha Mengetahui Maha Teliti."
2.Tafahum-memahami
3.Taawun-membantu


Cara untuk memperkuatkan ukhuwah islamiyah ialah:
1.Doa-"Tidak seorang mukmin berdoa bagi saudara melainkan malaikat berdoa bagimu seperti itu."(Hadis Riwayat Muslim)
2.Berjabat tangan apabila bertemu
3.Silaturahmi(kunjung-mengunjungi)
4.Memberi hadiah bila ada peristiwa penting
5.Memerhati dan memenuhi kehendak saudara


Manfaat orang yang menjalinkan ukhuwah islamiyah ialah:
1.Mendapat nikmat iman
2.Mendapat perlindungan Allah di hari kiamat(menjadi 7 golongan yang dilindungi) 
"Tidak beriman seseorang diantaramu hingga kamu mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri" (HR. Bukhari-Muslim).

Saturday, October 8, 2011

“Tujuh golongan yg akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya di hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya.

  1. Pemimpin yg adil
  2. Pemuda yg sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya
  3. Orang yg hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid
  4. Dua orang yg saling mengasihi karena Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah
  5. Seorang lelaki yg diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yg cantik utk melakukan kejahatan tetapi dia berkata, ‘Aku takut kepada Allah!’
  6. Seorang yg memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yg diberikan oleh tangan kirinya
  7. Seseorang yg mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dr kedua matanya”
(HR. Bukhari Muslim)



::Ayuh Sahabat KTC, marilah kita berlumba mencari redha Ilahi::


Wednesday, September 14, 2011

KALAM PERTAMA DARI KETUA BADAR KEPADA MAHASISWA BARU SESI 2011/2012

Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum wbt.

           Setinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih dapat menghirup udara yang dibekalkan kepada kita dengan percuma.Terlalu banyak kelebihan dan rezeki yang Allah SWT telah kurniakan kepada kita.Satu persoalan yang ingin dilontarkan, adakah kita bersyukur? Ramai orang yang mengucapkan syukur dengan lisan tetapi tidak dengan perbuatan. 

          Di sini saya ingin mengucapkan tahniah kerana anda semua dapat menyambung pelajaran anda di Universiti Teknologi Malaysia. Apakah perancangan anda semua di UTM ini?Ada yang telah membuat perancangan untuk belajar bersungguh-sunguh dan mendapatkan gred 4.0.Mungkin ada juga yang merancang untk menjadi atlit sukan UTM yang terkenal.Walau apapun perancangan anda semua ingatlah semua perbuatan kita sentiasa dilihat olehNya.

       Sekali lagi saya ingin ucapkan tahniah khusus kepada keluarga Kolej Tuanku Canselor yang baru. Di sini terdapat pelbagai keistimewaan yang akan anda semua pelajari satu demi satu nanti. Semoga kita semua sentiasa mendapat kerahmatan dan keampunan
Allah. Selamat Maju Jaya.

MUHAMMAD RIDZUAN BIN MUHAMMAD SAID,
KETUA BIRO KEROHANIAN DAN DAKWAH (BADAR),
KOLEJ TUANKU CANSELOR

MATA PEDANG MAHASISWA

“Masa ibarat mata pedang. Jika kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita”

           Masa. Satu perkataan yang tidak asing lagi kepada setiap individu, apatah lagi jika individu tersebut bergelar mahasiswa. Namun, sejauh manakah kita menggunakan masa sepenuhnya?

           Mahasiswa yang gagal mengurus masa dengan baik bukan sahaja akan menjejaskan kualiti hidupnya apabila membuat kerja pada saat akhir, malah menyusahkan orang di sekeliling yang “terpaksa melayan kerenah” mahasiswa terbabit. Jelas sekali, kegagalan mengurus masa dengan baik bukan sahaja memberi impak terhadap individu terbabit, bahkan juga memberi kesan kepada keluarga, organisasi dan juga negara.




Oleh itu, marilah kita sama-sama menghayati dan mengamalkan lapan pedoman yang digariskan oleh Profesor Yusof   Qardawi (1986) dalam bukunya, Detik-detik Masa dalam Kehidupan Muslim:

· Menjaga masa lebih daripada menjaga harta
· Jangan membazir masa
· Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat
· Berlumba-lumba melakukan kebaikan
· Mengambil pengajaran daripada perjalanan masa untuk
· difikirkan
· Mengadakan jadual waktu
· Mengadakan amalan soleh sepanjan masa
· Mengambil kesempatan daripada “waktu perdana”

Akhir kalam, sama-samalah kita hayati ayat-ayat cinta yang diturunkan Allah khas buat hamba-hambanya:

“Demi Masa(1) Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian (2) KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh,  dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 daesabaran (3)”  ~Surah al-Asr, ayat 1-3~


Wednesday, August 17, 2011


"Saya malulah nak ikut tadarus. Saya tak lancar baca Al-Quran"



Wahai sahabat, jangan risau. Raslulullah s.a.w bersabda:

الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة والذي يقرأ القرآن ويتتعتع فيه وهو عليه شاق له أجران

Ertinya : "Orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Rasul yang ta'at, manakala orang yang membaca Al-Quran walau dalam keadaan tersekat dan tergagap, dan padanya kesukaran, baginya dua pahala." ( Riwayat Muslim, no 1329, 1/550)



Ayuh, marilah kita bersama-sama mengalunkan ayat-ayat cinta yang diturunkan Allah khusus buat hamba-hambaNya di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Ramadhan, syahrul Quran^_^







Friday, August 12, 2011

BEDAH BUKU: BENARKAH ISKANDAR BUKAN ZULQARNAIN


  • Pengarang : Afareez Abdul Razak Al-Hafiz
  • Penerbit : PTS Millennia Sdn. Bhd.
  • Harga : RM 17.50
  • Jumlah Muka Surat : 224 halaman



“A’lam ketahui olehmu, pada zaman dahulukala, dan pada masa yang lalu, kata yang empunya ceritera, bahawa Raja Iskandar, anak Raja Darab, Rom bangsanya, makaduniah nama negerinya, Zulqarnain gelaranya; sekali persetua baginda berjalan hendak melihat matahari terbit, maka baginda sampai satu bi’at, negeri Hindi.”
-Sejarah Melayu

            Masyarakat Alam Melayu, secara umumnya lebih selesa menyamakan Alexandar atau Raja Iskandar sebagai Zulqarnain, lelaki misteri yang disebut dalam Surah al-Kahfi.

            Namun, sejauh manakah kesahihan fakta tersebut? Benarkah Alexander adalah Zulqarnain, lelaki yang  membina dinding bagi menghalang kemasukan kaum Yakjuj Makjuj?  Benarkah Alexander adalah lelaki soleh yang disebut di dalam Al-Quran?

            Ayuh, dapatkan buku ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut sirah-sirah nabi serta hujah-hujah yang pasti membuka minat mahasiswa untuk megkaji dengan lebih lanjut sirah para nabi. Diolah dengan bahasa yang mudah difahami, mahasiswa yang sering “melelapkan mata” apabila membuka buku sejarah, pasti teruja membaca buku ini. Apatah lagi dengan gambar dan ilustrasi yang dilampirkan bersama, yang pastinya akan meningkatkan pemahaman mahasiswa.

Thursday, August 4, 2011

RAMADHAN: Bulan Keberkatan

RAMADHAN

"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan. Bulan keberkatan yang Allah wajibkan puasa di dalamnya. Dalam bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa yang tidak mendapat kebaikan di dalamnya, maka ia telah luput dari banyak kebaikan." (HR Ahmad)

Syukur kepada Allah, ramadhan datang:

1. Dengan membawa kebaikan dan keberkatan.

2. Dengan membawa berita gembira untuk seluruh alam. 

3. Untuk menyuci hati hamba-hamba yang berdosa.
 

4. Untuk mengangkat darjat para hamba yang berbakti ke tahap semakin tinggi dari sebelumnya.

Ayuh, sahabat! Rebut peluang ini selagi masa untuk kita terus beribadat masih ada.