Sunday, February 28, 2010

kerana sayangkanmu

`KERANA SAYANGKANMU`
Itu merupakan tema bagi kempen budaya endah (KBE) yang dianjurkan oleh 
Jawatankuasa KTC dengan kerjasama Pusat Islam dan Fakulti Tamadun Islam.

Berikut merupakan maklumat mengenai KBE;
Tarikh - 28 Feb-6 Mac 2010
Tempat - Di sekitar KTC dan Dewan Astana

Aktiviti yang disediakan;
PERTANDINGAN KUIZ KEMPEN BUDAYA ENDAH
Kertas kuiz boleh diambil di hadapan bilik jm dan surau as-Syakirin(S01).
Cara penghantaran:sila masukkan ke dlam kotak yang disediakan di blok kediaman anda.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 4 Mac 2010.
Sebarang kemusykilan boleh rujuk kepada no 0194503469

PERJUMPAAN PELAJAR TAHUN SATU DENGAN FELO
Tarikh; 4 Mac 2010
Masa: 8.45pm - 10.30 pm
Kehadiran tahun satu adalah diwajibkan
Turut mengalu-alukan kehadiran mahasiswa tahun lain

FORUM KERANA SAYANGKANMU
(6 Mac 2010, 8.30pm - 11.15pm)
Moderator - Saudara Muhajirih Ahmad
Ahli Panel 1)Ust. Abbas Abdul Latif
                   2)Ustz. Nurazmallail Marni
Persembahan movie menarik
Penyampaian hadiah kepada para pemenang kuiz

EXPLORACE
Tarikh - 6 Mac 2010
Masa - 8.45am-11.00am
Hadiah menarik menanti kumpulan yang menang
Terbahagi kepada 2:(muslimin dan muslimat)
Penyertaan & persoalan : sms  
ke 0132530504 sebelum 5 Mac 2010

Semoga kita akan sama-sama berjuang untuk memperoleh rahmat dan hidayahNYA.
Selamat menuntut pengalaman dan ilmu

Friday, February 26, 2010

MENGHIDUPKAN SUNAH-SUNAH RASULALLAH

Salam maulud..

Alhamdulillah kita dapat menyambut kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pada hari ini. Sesungguhnya ajaran Islam yang kita nikmati kini tidak akan dapat diperoleh tanpa usaha dan pengorbanan dari Baginda. Baginda amatlah menyayangi dan mencintai kita sebagai umatnya. Bahkan ketika menghadapi detik-detik kematian pun baginda masih mengingati kita `Ummati, ummati, ummati.`,namun pernahkah kita mengintai sejenak jendela hati adakah kita juga turut menyintai Baginda sebagaimana cinta baginda? Apakah kita pernah mrindui Baginda? Pernahkah kita melakukan sunah-sunah Baginda? Pernahkah lidah ini basah dalam melafazkan selawat kepada Baginda? Adakah dada ini penuh dengan sejarah silam dan kisah-kisah baginda?

Renungilah dan dalamilah perjuangan Nabi Muhammad dalam mempertahankan Islam sehingga kita dapat mengecapi nikmat Islam dan iman hingga ke hari ini.



Selamat berselawat..

Saturday, February 20, 2010

tazkirah corner

salam perubahan

Pihak BADAR telah mewujudkan satu aktiviti berjudul `tazkirah corner` bertempat di surau As-Syakirin,s01 di Kolej Tuanku Canselor.Berikut merupakan maklumat-maklumat mengenai tazkirah corner:

Hari kejadian: Setiap hari selasa dan sabtu
Aktiviti: Bedah buku, pidato dan tazkirah

Manakala pada setiap hari rabu pula (2 minggu sekali ) akan diadakan kuliah aqidah oleh Ustaz Rusdi. Beliau akan membentangkan kitab miftahul murid.



Ayuh, bersamalah kita berebut-rebut mengumpul ilmu Allah..
selamat menuntut ilmu..

Wednesday, February 17, 2010

the TRUTH

the TRUTH..
Apa itu?..

The TRUTH merupakan majalh keluaran pihak BADAR yang diterbitkan sebanyak 2 kali setiap bulan. Sasaran bagi majalah ini adalah untuk warga KTC khususnya. The TRUTH merupakan salah satu transformasi yang diwujudkan untuk mendekatkan para warga kepada ajaran Islam serta saling mengingati antara kita.Edisi pertama the TRUTH telahpun diedarkan sebelum cuti raya cina yang lepas dan edisi seterusnya bakal menyusul dengan paparan yang buletin yang lebih mantap, insyaALLAH.

The TRUTH menyajikan pelbagai info menarik untuk tatapan pembaca.Antaranya ruangan berita kampus dan semasa, peringatan hadith, Love Letter, komik tarbiyah, bookcafe dan lain lagi. Semoga langkah BADAR kali ini mendapat sokongan dari semua pihak dan moga setiap perubahan yang dilakukan mendapat keredhaan dariNYA.

 
lampiran pertama the TRUTH edisi pertama
nantikan edisi the TRUTH seterusnya.
insyaALLAH

Saturday, January 30, 2010

pilihanraya kampus

salam ukhwah..28 januari adalah tarikh semua mahasiswa UTM turun mengundi untuk memilih bakal pemimpin2 mereka.keputusan juga telah diketahui pada malam yang sama.untuk pelajar tahun 1 macam saya,suasana seperti ini adalah suasana yang agak berlainan daripada piliharaya semasa di matrikulasi.malam pengumuman pun agak meriah dengan penyokong-penyokong calon.

cuma apa yang saya rasa agak terkilan adalah kerana tidak dapat mengenali calon dengan baik.ini kerana tempoh berkempen selama 3 hari adalah sangat singkat dan tiada kempen dari bilik kuliah ke bilik kuliah.kalau di matrik dahulu,saya dapat mengenali kesemua calon kerana kempen yang dijalankan.saya mengharapkan suasana pilihanraya yang lebih meriah daripada tahun ini.mungkin kempen boleh dilanjutkan kepada 1 minggu??ini hanyalah cadangan daripada seorang mahasiswi.
 
keputusan telah pun diumumkan dan takziah pada kesemua calon yang memenangi kerusi.harapan saya,semoga kalian dapat bekerja dengan penuh amanah dan jangan sesekali meninggalkan amanah tersebut.kalian harus ingat bahawa kalian berada di atas adalah dengan undi dari mahasiswa,tak kiralah mereka mengundi disebabkan bakat kepimpinan,hubungan persaudaraan atau paras rupa,kalian telah pun berada di tampuk pemerintahan paling atas bagi mahasiswa UTM.Semoga MPP kali ini akan melakukan lebih banyak program bersama JKM kolej. salam juang dari saya

Friday, January 29, 2010

maafkan dia

Kadang-kadang tentu kita berasa sukar untuk memaafkan orang yang berbuat salah terhadap kita. Kita selalu menganggap diri terlalu mulia kerana terlalu memaafkan kesalahan orang. Beranggapan bahawa harga diri dipijak-pijak oleh mereka yang lain.

Daripada sikap enggan memaafkan kesalahan akan melahirkan perasaan benci dan yang lebih parah akan menimbulkan dendam di dalam hati. Aduh, amatlah simpati bagi mereka yang hidup dalam dendam dan penuh benci. Bagaimanakah si fulan itu akan menikmati rasa cinta rindu dan kasih dari ILAHI.

Wahai teman-teman, renungkanlah diri kita semoleknya. Pantaskah kita mengaku sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w sedangkan kita tidak mencontohi sikap pemaaf baginda? Tidak malukah kita terhadap Baginda yang sudi memaafkan penduduk Mekah semasa peristiwa penaklukan Mekah? Bahkan Baginda pernah bersabda "Matilah kamu dengan marahmu!"

Sungguh tidak dinafikan bahawa kita sebagai manusia memang tidak lepa dalam melakukan dosa, namun mudah-mudahan kita diberikan kesedaran dan masa untuk kembali ke jalan yang lurus.

AMEEN..

Saturday, January 23, 2010

Hargailah matamu..


Matalah segala punca segala kelakuan yang ganjil-ganjil
Api bernyala asalnya dari percikannya yang kecil
Betapa banyaknya penglihatan yang mengganggu hati tuannya!
Laksana panah yang menikam jantung menembusi
sanubarinya
Selama manusia mempunyai mata yang mempermain-
mainkannya
Merenung pandangan ke mata jelitawan tetap
membahayakanya
Matalah yang bergembira namun hati yang
menerima padahnya
Biar tidak gembira kira diri yang ditimpa mudaratnya

Puisi Arab yang dipetik Syed Ahmad Semait


Tiga manusia yang matanya tidak akan melihat api neraka;
  1. Mata yang sentiasa berjaga di medan perang
  2. Mata yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
  3. Mata yang menahan penglihatannya terhadap larangan Allah



Di manakah posisi kita?