Saturday, October 8, 2011

“Tujuh golongan yg akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya di hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya.

  1. Pemimpin yg adil
  2. Pemuda yg sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya
  3. Orang yg hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid
  4. Dua orang yg saling mengasihi karena Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah
  5. Seorang lelaki yg diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yg cantik utk melakukan kejahatan tetapi dia berkata, ‘Aku takut kepada Allah!’
  6. Seorang yg memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yg diberikan oleh tangan kirinya
  7. Seseorang yg mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dr kedua matanya”
(HR. Bukhari Muslim)



::Ayuh Sahabat KTC, marilah kita berlumba mencari redha Ilahi::


Wednesday, September 14, 2011

KALAM PERTAMA DARI KETUA BADAR KEPADA MAHASISWA BARU SESI 2011/2012

Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum wbt.

           Setinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih dapat menghirup udara yang dibekalkan kepada kita dengan percuma.Terlalu banyak kelebihan dan rezeki yang Allah SWT telah kurniakan kepada kita.Satu persoalan yang ingin dilontarkan, adakah kita bersyukur? Ramai orang yang mengucapkan syukur dengan lisan tetapi tidak dengan perbuatan. 

          Di sini saya ingin mengucapkan tahniah kerana anda semua dapat menyambung pelajaran anda di Universiti Teknologi Malaysia. Apakah perancangan anda semua di UTM ini?Ada yang telah membuat perancangan untuk belajar bersungguh-sunguh dan mendapatkan gred 4.0.Mungkin ada juga yang merancang untk menjadi atlit sukan UTM yang terkenal.Walau apapun perancangan anda semua ingatlah semua perbuatan kita sentiasa dilihat olehNya.

       Sekali lagi saya ingin ucapkan tahniah khusus kepada keluarga Kolej Tuanku Canselor yang baru. Di sini terdapat pelbagai keistimewaan yang akan anda semua pelajari satu demi satu nanti. Semoga kita semua sentiasa mendapat kerahmatan dan keampunan
Allah. Selamat Maju Jaya.

MUHAMMAD RIDZUAN BIN MUHAMMAD SAID,
KETUA BIRO KEROHANIAN DAN DAKWAH (BADAR),
KOLEJ TUANKU CANSELOR

MATA PEDANG MAHASISWA

“Masa ibarat mata pedang. Jika kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita”

           Masa. Satu perkataan yang tidak asing lagi kepada setiap individu, apatah lagi jika individu tersebut bergelar mahasiswa. Namun, sejauh manakah kita menggunakan masa sepenuhnya?

           Mahasiswa yang gagal mengurus masa dengan baik bukan sahaja akan menjejaskan kualiti hidupnya apabila membuat kerja pada saat akhir, malah menyusahkan orang di sekeliling yang “terpaksa melayan kerenah” mahasiswa terbabit. Jelas sekali, kegagalan mengurus masa dengan baik bukan sahaja memberi impak terhadap individu terbabit, bahkan juga memberi kesan kepada keluarga, organisasi dan juga negara.




Oleh itu, marilah kita sama-sama menghayati dan mengamalkan lapan pedoman yang digariskan oleh Profesor Yusof   Qardawi (1986) dalam bukunya, Detik-detik Masa dalam Kehidupan Muslim:

· Menjaga masa lebih daripada menjaga harta
· Jangan membazir masa
· Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat
· Berlumba-lumba melakukan kebaikan
· Mengambil pengajaran daripada perjalanan masa untuk
· difikirkan
· Mengadakan jadual waktu
· Mengadakan amalan soleh sepanjan masa
· Mengambil kesempatan daripada “waktu perdana”

Akhir kalam, sama-samalah kita hayati ayat-ayat cinta yang diturunkan Allah khas buat hamba-hambanya:

“Demi Masa(1) Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian (2) KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh,  dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 daesabaran (3)”  ~Surah al-Asr, ayat 1-3~


Wednesday, August 17, 2011


"Saya malulah nak ikut tadarus. Saya tak lancar baca Al-Quran"



Wahai sahabat, jangan risau. Raslulullah s.a.w bersabda:

الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة والذي يقرأ القرآن ويتتعتع فيه وهو عليه شاق له أجران

Ertinya : "Orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Rasul yang ta'at, manakala orang yang membaca Al-Quran walau dalam keadaan tersekat dan tergagap, dan padanya kesukaran, baginya dua pahala." ( Riwayat Muslim, no 1329, 1/550)



Ayuh, marilah kita bersama-sama mengalunkan ayat-ayat cinta yang diturunkan Allah khusus buat hamba-hambaNya di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Ramadhan, syahrul Quran^_^







Friday, August 12, 2011

BEDAH BUKU: BENARKAH ISKANDAR BUKAN ZULQARNAIN


  • Pengarang : Afareez Abdul Razak Al-Hafiz
  • Penerbit : PTS Millennia Sdn. Bhd.
  • Harga : RM 17.50
  • Jumlah Muka Surat : 224 halaman



“A’lam ketahui olehmu, pada zaman dahulukala, dan pada masa yang lalu, kata yang empunya ceritera, bahawa Raja Iskandar, anak Raja Darab, Rom bangsanya, makaduniah nama negerinya, Zulqarnain gelaranya; sekali persetua baginda berjalan hendak melihat matahari terbit, maka baginda sampai satu bi’at, negeri Hindi.”
-Sejarah Melayu

            Masyarakat Alam Melayu, secara umumnya lebih selesa menyamakan Alexandar atau Raja Iskandar sebagai Zulqarnain, lelaki misteri yang disebut dalam Surah al-Kahfi.

            Namun, sejauh manakah kesahihan fakta tersebut? Benarkah Alexander adalah Zulqarnain, lelaki yang  membina dinding bagi menghalang kemasukan kaum Yakjuj Makjuj?  Benarkah Alexander adalah lelaki soleh yang disebut di dalam Al-Quran?

            Ayuh, dapatkan buku ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut sirah-sirah nabi serta hujah-hujah yang pasti membuka minat mahasiswa untuk megkaji dengan lebih lanjut sirah para nabi. Diolah dengan bahasa yang mudah difahami, mahasiswa yang sering “melelapkan mata” apabila membuka buku sejarah, pasti teruja membaca buku ini. Apatah lagi dengan gambar dan ilustrasi yang dilampirkan bersama, yang pastinya akan meningkatkan pemahaman mahasiswa.

Thursday, August 4, 2011

RAMADHAN: Bulan Keberkatan

RAMADHAN

"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan. Bulan keberkatan yang Allah wajibkan puasa di dalamnya. Dalam bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa yang tidak mendapat kebaikan di dalamnya, maka ia telah luput dari banyak kebaikan." (HR Ahmad)

Syukur kepada Allah, ramadhan datang:

1. Dengan membawa kebaikan dan keberkatan.

2. Dengan membawa berita gembira untuk seluruh alam. 

3. Untuk menyuci hati hamba-hamba yang berdosa.
 

4. Untuk mengangkat darjat para hamba yang berbakti ke tahap semakin tinggi dari sebelumnya.

Ayuh, sahabat! Rebut peluang ini selagi masa untuk kita terus beribadat masih ada.

Tuesday, August 2, 2011

Jualan Hebat Bulan Ini~

Penulis:  Nurul Azzyaty Binti Jayah

Timbalan Pengarah Kelab Remaja Ukhuwah (KRU), Kolej Tuanku Canselor

Bismillahirahmanirrahim…


“Selamat datang ! Sudahkah anda bersedia untuk melewati satu kawasan yang menjadi kegilaan ramai kerana jualan yang sangat hebat? Lebih hebat dari Year End Sale(YES).Offer menggila-gila. Mari masuk! Ahlan wa sahlan!”

Subhanallah. Apakah itu? Tidak tergiurkah anda? Begitulah yang dapat kita analogikan dengan bulan ramadhan yang penuh kemuliaan ini. Bayu lembut ramadhan sudah mula menyapa. Subhanallah, sekali lagi kita berupaya untuk bersamanya. Bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam. Bulan yang didalamnya ada malam yang lebih baik dari seribu bulan yakni malam al-Qadr(lailatul qadar-malam ditutunkan al-Quran). Bulan yang ganjaran pahalanya berlipat ganda sehingga mencapai 700 kali ganda. Jika Allah menampakkan ganjaran yang diberikanNya, pasti kita berlumba-lumba untuk mendapatkannya.
Sewaktu kecil, perasaan pasti bercampur baur antara seronok dan tidak. Yang seronoknya, waktu berhadapan dengan juadah berpuasa. Tunjuk sahaja di bazaar ramadhan pasti abah dan ibu kita belikan untuk memujuk kita berpuasa tetapi yang tidak seronoknya kerana perlu mengikat perut dari pagi-pagi lagi sampailah ke maghrib. Manakan tidak, bukan semua kawan-kawan berpuasa. Itu satu cabaran yang hebat buat si adik kecil yang berpuasa.
Jika sudah terbiasa, pastilah mudah untuk kita berpuasa bila sudah akil baligh nanti. Tidak perlu rasa tertekan malah itu menguji tahap kesabaran kita. Tidak sia-sialah didenda makan berasingan kerana tidak berpuasa kerana hasilnya, kita mampu memenuhi tuntutan berpuasa di dalam bulan ramadhan iaitu rukun? Sudah tentunya islam (“,)
Namun tidak dinafikan ada dalam kalangan kita walaupun sudah dewasa masih berlegar-legar dikepala mereka isu yang sama iaitu puasa olok-olok. Sedih apabila melihat segelintir saudara semuslim kita yang masuk ke kedai makan curi-curi untuk makan, hisap rokok, curi-curi minum air, dan memberi beribu alasan untuk tidak mahu berpuasa. Adakah mereka tidak sedar kesalahan mereka? Adakah mereka tidak sedar jika mereka mampu berselindung daripada mata-mata manusia, adakah mereka mampu untuk berselindung daripada Allah yang Maha Melihat? Mari kita insafi bersama..
Ramadhan bulan yang penuh keberkatan ini pasti kita gunakan dengan sebaik mungkin. Untuk mereka yang belum dapat merasai rindu dan seronoknya pada ramadhan, mari kita selusuri apakah yang indah dalam ramadhan kareem yang sangat-sangat dinantikan oleh para  sahabat nabi ini. Puasa salah satu ibadah yang sangat memberi impak yang positif. Puasa sebenarnya memiliki  rahsia dan dilengkapi pula dengan syarat kebatinannya. Puasa juga merupakan perisai buat diri dari segala perkara yang keji. Tau tak?
***************************************************************************
Imam Ghazali dalam kitabnya Bimbingan Mukminin menggariskan enam perkara dalam perkara rahsia iaitu:
  1. Memejamkan mata dan menahannya daripada memandang perkara tercela dan dibenci agama, mengganggu hati, melalaikan daripada mengingat Allah.
  2. Memelihara lidah daripada bercakap kosong, bohong, mencaci maki, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan sombong.
  3. Pelihara pendengaran daripada hal yang dilarang dan dibenci serta ungkapan yang diharamkan.
  4. Memelihara seluruh anggota badan seperti tangan, kaki dan perut daripada dosa. Contohnya berpuasa menahan lapar, tetapi berbuka dengan makanan haram.Iman Ghazali memperi perumpamaan seperti seorang yang membina istana yang indah kemudian memusnahkannya. Rasulullah SAW bersabda maksudnya ”Ada ramai yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga.”
  5. Jangan membanyakkan makan waktu berbuka hingga terlampau kenyang dan terlalu mewah engan makanan.Bagaimana mahu melawan syaitan dan nafsu sedangkan perut yang terlalu kenyang itu sebenarnya mengundaang syahwat baru? Perbuatan makan sampai terlalu kenyang bertentangan dengan maksud puasa itu sendiri.
  6. Hatinya hendaklah bimbang diantara takut dan harapan iaitu sama ada amalannya diterima Allah atau puasanya ditolak hingga digolongkan orang yang jauh dari rahmat Allah. Imam Ghazali menyifatkan perasaan seumpama itu harus sentiasa ada dalam diri seseorang setiap kali menunaikan apa jua ibadat.
***************************blog ‘peribadi rasulullah’***************************
Itu baru perihal puasa. Belum lagi kita lewati ganjaran pahala yang bakal kita perolehi dengan amalan-amalan sunat  yang lain, insya Allah. Terlalu panjang untuk dinukilkan disini perihal ganjaran yang bakal setiap muslim perolehi untuk setiap malam bagi solat sunat tarawikhnya. Namun silakan blog walkingdisini > http://b00kmark.wordpress.com/2010/08/10/rahasia-ibadah-shalat-tarawih-dibulan-ramadhan/
Pasti tidak membuang masa.Malah silakan hebah pada sahabat-sahabat dan keluarga anda di luar sana.
 Hrmmm, tidak mampu untuk kita baitkan satu demi satu keindahan, keseronokan, kelebihan yang ada di dalam penghulu segala bulan ini. Teruskan mencari serta menggali ilmu dan tidak lupa berdoa supaya Allah menitipkan rasa cintaNya ke dalam hati kita kerana dengan hati yang sihat itulah yang mampu membuat kita sangat tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan ramadhan. Mulalah countdown anda disamping mempersiap siagakan diri untuk memasuki fasa baru ini.
Gunakanlah ‘Mr Google’ anda jika anda terlalu sibuk untuk mencari lagu-lagu, poster-poster, artikel-artikel berkaitan ramadhan sebagai usaha tambahan anda untuk mengingatkankan anda lebih kepadaNya.
Dalam menyambut masuknya bulan Ramadhan, Rasulullah SAW membacakan doa berikut:

Ya Allah, telah tiba bulan Ramadhan. Wahai Tuhan pemilik bulan Ramadhan, Engkau telah menurunkan Al-Qur’an di dalamnya dan telah menjadikannya sebagai penjelas atas petunjuk dan pembeda antara yang hak dan yang batil. Wahai Tuhan kami, berkatilah kami di dalamnya dan bantulah kami dalam melaksanakan puasa dan menunaikan shalat di dalamnya. Terimalah amal-amal kami di bulan ini.” )

Imam Thabrani meriwayatkan suatu hadits dari sahabat Ubadah bin Shamit r.a. yang menyatakan bahwa suatu hari di bulan Ramadlan Rasulullah saw. bersabda: 
“Telah datang bulan Ramadhan kepada kalian, bulan barakah yang di dalamnya Allah mendatangi kalian.  Maka turunlah rahmat.  Dan dihapuskanlah kesalahan-kesalahan. Di bulan itu Allah mengabulkan doa.  Di bulan itu Allah melihat (memperhatikan) perlumbaan di antara kalian.  Dan Allah membanggakan kalian kepada para malaikatNya.  Maka perlihatkanlah kepada Allah kebaikan sebab orang yang celaka adalah yang tidak mendapatkan rahmat  Allah di dalamnya “.
Mohon maaf atas segala khilaf sepanjang coretan ini kerana diri ini hanyalah insan dhoif yang sekadar menulis untuk menegur dan memberi peringatan kepada sahabat diluar sana terutama empunya diri. Walaupun sedikit usaha yang kita lakukan, moga ianya istiqamah insya Allah.
Grab the Ramadhan Awesome Sales (RAS) selagi kita bernafas, kerana jika Allah berkenan menarik nikmat yang kecil sekalipun, pasti kita akan menyesal kerana tidak mensyukuri dengan nikmat yang dahulunya Allah pernah kurniakan.Sedarlah lapang, kaya, sihat, muda, hidup juga merupakan satu nikmat yang tidak terhingga besarnya.
Marhaban  ya RAMADHAN KAREEM ! Sambutlah ramadhan ini sebaik mungkin. Tanamkanlah azam. Lakukanlah segigih mungkin. Bukanlah menjadi hamba ramdhan namun semata-mata ingin mencapai mardhotillah.
Wallahu’alam.