Tuesday, June 1, 2010

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Sunday, May 2, 2010

Keutamaan Membaca Al-Quran

1.Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, manakala sembahyang sebesar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.

2.Pahala membaca Al-Quran: 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 kali manakala menurut Ibnu Al Jauzi diganda 700 kali

3.Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga

4.Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga

5.Pahala membaca satu huruf al-Quran ;-
   Dalam sembahyang - 100 kebajikan
   Di luar sembahyang berwudhuk 50 kebajikan
   Tanpa wudhuk - 10 kebajikan

6.Pembaca al-Quran adalah hartawan dan pahala membaca tidak akan putus menurut Ibnu Abbas.

7.Untuk selamat daripada api neraka

8.Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama Malaikat.

9.Di hari kiamat, al-Quran menjadi pembela

10.Pembaca akan memperolehi keamanan

11.Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan Malaikat.

12.Pembaca dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin.

( Petikan dari ‘Keagungan Kitab Al-Quran dan Peminatnya’ oleh Ustaz Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh).

Thursday, April 29, 2010

It`s all about STRUGGLING

Aman found a cocoon of a butterfly. One day a small opening appeared. He sat and watched the butterfly for    several hours as it struggled to force its body through that little hole. Then it seemed to stop making any progress. It appeared as if it had gotten as far as it could, and it could go no further.
So the man decided to help the butterfly. He took a pair of scissors and snipped off the remaining bit of the cocoon.
The butterfly then emerged easily. But it had a swollen body and small, shriveled wings.
The man continued to watch the butterfly because he expected that, at any moment, the wings would enlarge and expand to be able to support the body, which would contract in time.
Neither happened! In fact, the butterfly spent the rest of its life crawling around with a swollen body and shriveled wings. It never was able to fly.
What the man, in his kindness and haste, did not understand was that the restricting cocoon and the struggle required for the butterfly to get through the tiny opening were Allah's way of forcing fluid from the body of the butterfly into its wings so that it would be ready for flight once it achieved its freedom from the cocoon.
Sometimes struggles are exactly what we need in our lives. If Allah allowed us to go through our lives without any obstacles, it would cripple us.
We would not be as strong as what we could have been. We could never "fly"!
I asked for Strength.........
And Allah gave me Difficulties to make me strong.
I asked for Wisdom.........
And Allah gave me Problems to solve.
I asked for Prosperity.........
And Allah gave me Brain and Brawn to work.
I asked for Courage.........
And Allah gave me Danger to overcome.
I asked for Love..........
And Allah gave me Troubled people to help.
I asked for Favours.........
And Allah gave me Opportunities.
I received nothing I wanted ........
I received everything I needed!

"So blessed be Allah, the best of creators!"
Surah The Believer (23) verse 14 

Monday, April 5, 2010

salam imtihan..


05042010
Bermulalah perjuangan pena bagi semua warga kampus UTM Skudai
Di kala ini kami pihak BADAR dengan tulusnya ingin mengucapkan selamat menghadapi imtihan
Ingatkan bahawa perjuangan ini bukanlah sekadar untuk mendapat keputusan 4flat sahaja
malahan..
sedarlah kita bahawa ini merupakan salah satu jihad kita dalam menegakkan Islam di muka bumi ini
Pada masa ini juga kita perlulah membetulkan niat dan dekatkanlah diri kepadaNYA
setiap waktu
bukan ketika menghadapi imtihan sahaja
dekatkanlah diri denganNYA
nescaya Dia akan sentiasa dekat dengan kita..
Semoga terus berjuang..
fight3x(lawan nafsu)


Tuesday, March 9, 2010

Datang LAGI..

BEDAH BUKU DATANG LAGI..
Tarikh : 16 Mac 2010
Hari : Selasa (selepas solat maghrib)
Tempat : Surau KTC (surau As-Syakirin)
Tajuk : Agenda Yahudi menakluk dunia
(rahsia di sebalik karangan Sabaruddin Hussein)
Pembedah jemputan : Saudara Mohd. Firdaus
(mantan timb. presiden PMIUTM 2009)


         


p/s : boleh didapati di kedai buku dengan harga rm17
Jemputlah datang beramai-ramai dan selamat menambah ilmu..